1,723,962 research outputs found

    Lawatan Kerja Rasmi bagi Penawaran Program Ijazah Dual di Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Indonesia, Indonesia

    Full text link
    Delegasi dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (Dekan FSTI) dan delegasi telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Fakultas Kesehatan Masyarakat (FKM), Universitas Indonesia (UI)

    Keputusan Rasmi Pemilihan MPP UPM

    Full text link
    SERDANG, 29 Jan – Keputusan rasmi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2009/2010 menyaksikan pembatalan kemenangan beberapa calon hasil bantahan kerana melanggar tatacara berkempen pemilihan MPP. Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada jam 11 pagi, 29 Januari menyaksikan 16 calon umum dan 32 calon fakulti daripada 99 calon yang bertanding berjaya mengisi 48 kerusi yang dipertandingkan

    Kenyataan rasmi krisis Covid-19 pindaan tarikh kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus pada semester II, sesi akademik 2020 2021

    Full text link
    1. Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Kemasukan Pelajar Secara Fizikal ke Kampus Pada Semester II, 2020/2021 bertarikh 2 Februari 2021 dan berkaitan pengumuman kerajaan mengenai pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negeri kecuali Sarawak sehingga 18 Februari 202

    AirAsia pengangkutan rasmi UUM

    Full text link
    UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menandatangani surat hasrat (LOI) dengan syarikat penerbangan murah AirAsia Bhd (AirAsia)menjadikannya sebagai pengangkutan udara rasmi bagi kakitangannya

    Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

    Full text link
    Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan dan dicadangkan oleh pelbagai pihak. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar. Dari sudut sejarah Nusantara, bahasa Melayu juga dikenali sebagai lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara dalam komunikasi, pertuturan sehari-hari, persuratan dan dalam aktiviti perdagangan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu dapat diterima menjadi bahasa rasmi ASEAN?.Apakah kriteria penting dan faktor yang mewajarkan hal itu. Semua permasalahan tersebut akan diteliti dalam kajian ini. Dua objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor bahawa bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN, dan keduanya, meneliti usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, dalam bentuk buku, kertas kerja, makalah dan siaran akhbar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan bangsa ASEAN bahawa bahasa Melayu bukan sahaja penting dari segi sejarah, tetapi juga kepraktisannya hingga kini. Oleh sebab itu wajarlah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN

    Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

    No full text

    Pekeliling Bendahari Bil.11/2016 : Pesanan Rasmi Belum Berbayar

    Full text link
    Pekeliling Bendahari ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj) berkaitan Pesanan Rasmi belum berbayar dan tindakan yang perlu dilaksanakan berhubung bayaran bil/invois melalui Pesanan Rasmi bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja Universiti Malaysia Sarawak

    Komputerisasi surat rasmi dan perniagaan: wordstar mailmerge

    No full text
    Buku Komputerisasi Surat Rasmi dan Perniagaaan melalui WordStar Mailmerge merupakan bahan rujukan untuk para perniaga yang baru berjinak-jinak dengan operasi DOS. Perisian ini memudahkan para pengguna komputer terutama para peniaga yang ingin mempercepatkan proses penulisan dan penghantaran surat rasmi dan perniagaan

    Persepsi pensyarah bahasa berkenaan gaya bahasa surat rasmi: sejauh mana penulisan surat rasmi menjadi suatu masalah kepada mereka?

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi para pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pulau Pinang berkaitan masalah dalam penulisan surat rasmi yang melibatkan gaya bahasa. Gaya bahasa merupakan elemen yang paling penting dalam penulisan surat rasmi kerana ianya boleh memberi kesan kepada penerimaan sesuatu surat itu. Jika gaya bahasa yang digunakan adalah tidak tepat, maka ianya boleh juga mengakibatkan salah faham di antara pengirim dan penerima surat dan seterusnya menyebabkan sesuatu program itu tertangguh akibat kesalahan surat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan analisis dapatan data daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah sememangnya mengalami kekeliruan berkenaan gaya bahasa dalam penulisan surat rasmi dan peratusan tertinggi menunjukkan majoriti pensyarah yang bersetuju bahawa mereka keliru tentang penggunaan slogan/moto yang betul dalam penulisan surat rasmi. Kajian ini diharap dapat membantu penyelidik dalam menyediakan satu kaedah penyelesaian untuk memudahkan para pensyarah di APB UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam penulisan surat rasmi

    Laman Web Rasmi UMP bertaraf 5 bintang

    Full text link
    Laman web rasmi Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini diiktiraf lima bintang sekaligus meraih tempat ketiga laman web terbaik bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
    corecore