1,821,316 research outputs found
Raja-Raja dalam Al Qur’an dan As Sunnah serta pandangan Islam terhadap pemerintahan beraja
Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, MalaysiaPemerintahan beraja adalah salah satu sistem pemerintahan tertua di dunia. Dalam
tradisi Islam sistem pemerintahan pertama ialah kenabian sejak Adam Alaihisalam.
Tamadun dan peradaban besar seperti Mesopotamia, Mesir, China, Indus dan
banyak lagi diperintah oleh raja. Sejarah Islam juga mencatatkan adanya kerajaan
yang diperintah oleh raja secara dinasti. Sejak dinasti Umaiyah diasaskan
sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah. Kertas ini akan menyorot raja-raja
yang disebutkan dalam al Qur’an dan hadis Nabi serta kerajaan yang mereka kuasai.
Ada beberapa raja yang adil dan soleh menguasai kerajaan yang makmur dan besar.
Kemudian akan dibawakan raja-raja yang wujud pada zaman Nabi Muhammad dan
interaksi dakwah Nabi dengan kerajaan mereka. Sebilangan raja menerima dakwah
Nabi dengan baik dan beriman, manakala sebilangan yang lain tidak beriman. Pada
bahagian berikutnya dibawakan permulaan pemerintahan sistem beraja selepas era
khulafa ar-rasyidin serta pendapat ulama’ terhadap sistem pemerintah beraja
Relevansi Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia mendaulatkan Islam di Malaysia. Satu sorotan menurut Perlembagaan Persekutuan
Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.Sejak 50 tahun Malaysia merdeka, banyak perubahan berlaku terhadap dasar politik,
sosial, ekonomi, kebudayaan malah ia turut mempengaruhi pendekatan beragama
dalam kalangan orang Melayu. Meskipun begitu, Perlembagaan negara telah
memperuntukkan kedaulatan raja dan sultan, hak istimewa orang Melayu, tanah
simpanan Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan. Perubahan kondisi dan realiti
keperluan masyarakat yang dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak
terhadap cara berfikir dan persepsi umat Melayu terhadap institusi Raja-Raja.
Justeru itu, kerja kerja ini bertujuan untuk melihat tinjauan menyeluruh mengenai
peranan institusi Beraja sebagai faktor teras yang memayungi umat Islam sebagai
ketua agama Islam di Tanah Melayu. Sebagai ketua agama ada asas penting yang
membolehkan faktor pemayung untuk berkongsi asas kemajuan dan pembangunan
berasaskan prinsip keadilan, amanah, timbang rasa dan juga kemanusiaan supaya
asas kestabilan dan keamanan terus wujud dan kelangsungan agama Islam dapat
diperkasakan. Bagi melestarikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di
Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk
menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang
meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut
dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja
Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Tanggungjawab
untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah
YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan
pemerintahan negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha
daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama
Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan negara.
Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang
terkandung dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu
dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya
sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu. Oleh itu
pengiktirafan Perlembagaan tersebut seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia
tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab
tersebut mempunyai roh dan jasad. Dengan pengiktirafan tersebut, institusi Raja-
Raja dianggap sebagai benteng pertahanan dan sebagai katalis untuk mendaulat
dan membumikan Islam di Malaysia bagi berdepan dengan pelbagai cabaran yang
menghakis kesucian ajaran Islam
Islam dan Raja
Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 5-6 Jun 2013 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
7 wasiat Raja-Raja Melayu: Satu analisis sejarah dan Perlembagaan negara Malaysia
Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Majlis Raja-Raja harapan rakyat
PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara.
Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.
Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara.
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja
Institusi Raja dan Islam tidak boleh dipisahkan
Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 5-6 Jun 2013 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Kajian literasi pelajar IPTA terhadap pemahaman amalan Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia: Satu analisis deskriptif
Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.Sistem pentadbiran negara dunia terbahagi pada raja mutlak, raja berperlembagaan,
republik, presidensi dan sistem satu parti. Negara-negara di Asia ini mengamalkan
sistem pentadbiran yang diamalkan oleh negara kolonial, sejarah bangsa atau
pengaruh sekutunya dari Barat. Malaysia dan Thailand mengamalkan kaedah Raja
Berperlembagaan sesuai dengan sekutu British. Negara Indonesia dan Filipina pula
mengambil kaedah urus tadbir Belanda, Amerika Syarikat dan Sepanyol iaitu
Presidensi. Malaysia terus mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana Seri
Paduka Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara. Perdana Menteri dan kabinet
sebagai badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya di peringkat Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri. Kertas ini memberi fokus kepada hasil tinjauan awal tahap
literasi atau celik huruf pelajar universiti tempatan terhadap sistem Raja
Berperlembagaan. Metodologi kutipan data ialah kaji selidik (survey) yang
menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 38 item dikemukakan kepada 347
responden siswa dan data yang dikutip telah dianalisis menggunakan software
SPSS. Umumnya, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap literasi dan
penerimaan siswa terhadap institusi raja adalah tinggi. Hasil tinjauan ini boleh
menjadi tanda aras kepada kepentingan kaedah Raja Berperlembagaan merentasi
tempoh masa, benua negara, umur penduduk dan kepelbagaian etnik penduduk
Raja sebagai ‘Ulil ‘Amri dan tradisinya di Negeri Perlis: perspektif Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.Kedatangan Islam ke alam Melayu sesungguhnya telah memperteguh kedaulatan
Institusi Raja. Agama Islam yang kekal dianuti oleh bangsa Melayu sehingga ke hari
ini mengiktiraf kekuasaan para Raja sebagai juzuk daripada manhaj Ahlis Sunnah
Wal Jama’ah, terutamanya prinsip al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (penolakan).
Justeru daripada devaraja, Institusi Raja yang diislamkan telah mengalami
transformasi kepada ‘Ulil Amri (pemegang urusan pemerintahan). Di Negeri Perlis,
raja-rajanya daripada Dinasti Jamalullail yang dinasabkan kepada Ahl al-Bait
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihiwas Sallam, tidak terkecuali daripada memiliki tradisi
tersendiri dalam pengamalan konsep Raja sebagai ‘Ulil Amri. Unggul dan tersendiri
sekiranya dibandingkan dengan pengalaman kerajaan-kerajaan Melayu yang lain,
Institusi Raja Negeri Perlis memikul tanggungjawab besar selaku payung negeri
pelindung utama kepada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang bertunjangkan al-
Qur’an, bersendikan al-Sunnah dan berpasak kukuh kepada jalan para Sahabat
Ridwanullahi ‘Alaihim Ajmain. Justeru kertas kerja ini mempersembahkan sudut
pandang manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah terhadap Institusi Raja sebagai ‘Ulil
Amri serta pengamalannya di Negeri Perlis
Peranan institusi pengajian tinggi dalam memartabatkan dan memperkasakan Institusi Raja di Malaysia
Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 5-6 Jun 2013 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemansuhan Akta Hasutan perlu perkenan raja-raja
Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang diperkata ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dikhuatiri mendatangkan kesan besar kepada beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa ciri utama Perlembagaan.
Cadangan pemansuhan ini hendaklah dibincangkan dengan serius dan dibawa kepada khalayak terbanyak kerana ini membabitkan Perkara 10(4) yang menjamin kedudukan beberapa isu sensitif seperti kewarganegaraan, keistimewaan Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja.
Penting juga untuk diperhatikan dengan teliti sama ada pemansuhan Akta Hasutan memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5).
Pihak yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan mengaitkannya dengan asal usul dan tujuan awal akta ini. Akta Hasutan ini juga dikatakan sudah archaic atau ketinggalan zaman. Ia juga sekatan kepada kebebasan bersuara
- …
