1,721,024 research outputs found
Kebarangkalian bekerja wanita berkahwin di Malaysia
Kajian ini mengenalpasti penentu penyertaan tenaga kerja wanita berkahwin di Malaysia. Menggunakan data bancian yang dibuat kepada isi rumah di negeri Selangor dan Kedah yang dipilih secara rawak berstrata dua peringkat dan kelompok, kajian ini mengguna model probit untuk meninjau penentu kebarangkalian bekerja wanita berkahwin. Konsisten dengan kajian lepas, hasil analisis probit mendapati bahawa kadar upah dan bilangan anak yang berumur 18 tahun dan ke atas memberi kesan positif yang signifikan terhadap kebarangkalian bekerja, sementara pendapatan suami dan bilangan anak berumur 0-6 tahun memberi kesan negatif yang signifikan. Menariknya, pemboleh ubah kos jagaan anak didapati mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap penyertaan tenaga kerja wanita berkahwin
Penentu keterlibatan pekerja dalam latihan: kes sektor pendidikan swasta di Malaysia
Latihan semasa kerja adalah penting bagi melahirkan pekerja yang memiliki kemahiran yang bersesuaian demi
meningkatkan lagi produktiviti serta daya saing mereka dalam organisasi. Kerajaan Malaysia telah menekankan
kepentingan pelaburan modal manusia terutamanya latihan dengan memperuntukkan jumlah perbelanjaan negara
yang besar bagi tujuan tersebut. Ini adalah kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya untuk membangunkan
modal insan negara. Objektif artikel ini adalah untuk mengkaji struktur program latihan yang telah dihadiri pekerja
sektor pendidikan swasta di Malaysia dan menganalisis faktor penentu keterlibatan mereka dalam latihan. Analisis
menggunakan sampel 567 pekerja peringkat eksekutif dan ke atas yang telah dikutip melalui kerja lapangan. Hasil
kajian ini mendapati bahawa program latihan yang banyak diikuti pekerja adalah latihan teknikal dan pengurusan,
tempoh latihan kebanyakannya kurang dari 3 bulan dan latihan lebih berbentuk tidak formal yang dijalankan dalam
organisasi. Analisis faktor penentu keterlibatan pekerja dalam latihan menunjukkan pekerja yang berstatus tetap dan
kontrak mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terlibat dalam program latihan dibandingkan dengan pekerja
yang berstatus sementara, manakala pekerja yang memegang jawatan pentadbiran didapati mempunyai peluang
yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tidak memegang jawatan pentadbiran. Peningkatan dalam
bilangan tahun bersekolah pula akan meningkatkan keterlibatan pekerja dalam program latihan. Berdasarkan kepada
dapatan ini adalah dicadangkan supaya keterlibatan pekerja dalam latihan perlu diperluaskan di kesemua peringkat
pekerjaan agar mereka menjadi pekerja yang lebih produktif dan berdaya saing
Tahap dan penentu indeks modal sosial di malaysia level and determinants of social capital index in Malaysia
Modal sosial merupakan salah satu elemen penting dalam mengurangkan insiden
kemiskinan kerana ia mampu mempengaruhi tingkat pendapatan individu atau isi
rumah dalam sesebuah negara. Namun, kajian lepas yang melihat isu modal
sosial masih kurang terutamanya di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan tahap dan mengenal pasti penentu indeks modal sosial di Malaysia
berdasarkan data 2,443 orang ketua isi rumah yang telah dikutip pada tahun
2012 di lima buah negeri di Semenanjung Malaysiaiaitu Kedah, Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu. Analisis kajian ini
melibatkan dua peringkatiaitu menghitung indeks modal sosial dan
menganggar model regresi untuk mengenal pasti penentu indeks modal sosial.
Dapatan kajian ini menunjukkan 72.9% ketua isi rumah berada pada tahap
indeks modal sosial peringkat sederhana dan tinggi, iaitu 0.5 dan ke atas.
Peratus ketua isi rumah di negeri Selangor yang berada pada tahap indeks
modal sosial yang tinggi adalah lebih tinggi dibandingkan dengan di negerinegeri
lain. Selanjutnya dapatan kajian menunjukkan penentu indeks modal
sosial yang signifikan adalah status perkahwinan, lokasi, negeri dan pendapatan
isi rumah. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa Malaysia perlu
menjalankan program yang dapat meningkatkan pendapatan individu atau isi
rumah demi meningkatkan indeks modal sosial mereka yang selanjutnya
meningkatkan tahap pembangunan ekonomi Malaysia
Peranan buruh asing terhadap pertumbuhan output, kesempatan kerja dan upah dalam sektor pembuatan di Malaysia
Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis peranan buruh asing terhadap pertumbuhan output dan kesannya terhadap kadar upah pekerja tempatan serta mengenalpasti faktor penentu permintaan mereka dalam sektor pembuatan di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, model persamaan serentak telah dibina dan penganggaran dibuat berdasarkan kepada data Penyiasatan Industri Pembuatan dari Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh 1985-1996. Hasil kajian menunjukkan bahawa buruh asing profesional memainkan peranan yang signifikan terhadap peningkatan output beberapa kumpulam industri dalam sektor pembuatan. Peranan yang serupa ditunjukkan khusus dalam industri makanan, minuman dan tembakau oleh buruh asing teknikal/penyeliaan dan mahir. Penganggaran terhadap fungsi permintaan buruh asing pula menunjukkan wujudnya hubungan positf antara permintaan buruh asing profesional dan teknikal/penyeliaan dengan output dan upah mereka. Bagi kumpulan buruh asing yang lain hubungan tersebut adalah berbagai. Sementara itu, hubungan antara permintaan terhadap buruh asing kumpulan profesional dan teknikal/penyeliaan dengan harga barangan modal dan upah pekerja tempatan adalah negatif dan signifikan. Ertinya selain barangan modal, kedua-dua kategori buruh asing ini mempunyai hubungan penggenap dengan pekerja tempatan. Bagaimanapun, penganggaran terhadap fungsi upah pekerja tempatan menunjukkan bahawa buruh asing dalam kesemua kategori kemahiran memberi kesan negatif dan signifikan terhadap kadar upah pekerja tempatan untuk kategori yang sama. Ini bererti bahawa peningkatan kemasukan buruh asing merendahkan kadar upah pekerja tempatan
Analisis kecekapan teknikal firma Melayu dalam sektor pembuatan Malaysia
Penglibatan kaum Melayu sebagai usahawan semakin meningkat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Dalam mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai keistimewaan dan kemudahan kepada usahawan Melayu yang merupakan komponen terbesar Bumiputera. Walau bagaimanapun, kecekapan syarikat Melayu dilihat masih lagi rendah dan mereka juga kurang berdaya saing. Artikel ini bertujuan menganalisis dan mengenal pasti faktor penentu kecekapan teknikal (technical efficiency) syarikat milik Melayu dalam sektor pembuatan di Malaysia. Analisis diasaskan kepada 246 usahawan Melayu yang telah ditemubual menggunakan borang soal selidik pada tahun 2001/2002. Dalam mencapai objektif ini dua tahap penganggaran model dijalankan iaitu pertama, menganggarkan fungsi pengeluaran dengan menggunakan pendekatan perbatasan stokastik (stochastic frontier) untuk mendapatkan nilai kecekapan teknikal dan kedua menganggarkan Model Tobit untuk mengenal pasti faktor penentu tahap kecekapan teknikal. Keputusan penganggaran peringkat pertama menunjukkan purata kecekapan teknikal syarikat Melayu dalam sektor pembuatan adalah pada tahap sederhana, dengan subsektor keluaran logam yang direka, jentera, alat elektrik dan pengangkutan merupakan subsektor paling cekap, manakala subsektor keluaran bukan logam, kaca dan tembikar merupakan subsektor paling kurang cekap. Selanjutnya kajian ini mendapati saiz firma dan tahun bersekolah usahawan adalah signifikan dalam menentukan tahap kecekapan teknikal firma yang dikaji
Sumbangan perubahan teknologi terhadap pertumbuhan output Industri Skel Kecil dan Sederhana di Malaysia
Industri Skel Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang amat penting terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bilangan pertumbuhannya yang banyak merangkumi hampir 90% daripada jumlah pertubuhan sektor pembuatan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri ini mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun sumbangannya dari segi output tidak setimpal dengan bilangan pertubuhannya dan jauh lebih rendah daripada sumbangan Industri Skel Besar (ISB) yang banyak didominasikan oleh pelabur asing. Jumlah output atau nilai ditambah IKS hanya merangkumi sekitar 30% daripada keseluruhan ouput pembuatan. Keadaan ini ada kaitannya dengan rendahnya kecekapan IKS dalam mengendalikan aktiviti pengeluarannya dan teknologi yang digunakan jauh terkebelakang daripada yang berlaku dalam ISB. Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada rendahnya Pertumbuhan Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFPG) IKS. Artikel ini akan menganalisis perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG dalam IKS. Seterusnya artikel ini melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output IKS. Bagi mencapai objektif ini data IKS daripada Penyiasatan Industri Pembuatan, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh 1985-2003 digunakan. IKS didefinisikan sebagai industri dengan bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 200 orang. Data ini merangkumi 10 sub industri IKS pada tahap pengkelasan Industri Piawaian Malaysia (MSIC) 3 digit. Analisis kertas ini bermula dengan melihat perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG yang berlaku dalam IKS dengan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Analisis seterusnya ialah menggunakan perubahan teknologi sebagai salah satu pemboleh ubah dalam model pertumbuhan output IKS bersama-sama dengan faktor modal dan buruh untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output. Analisis peringkat kedua ini menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (OLS)
Impak latihan terhadap perbezaan upah antara bandar terpilih di Malaysia
Latihan memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan upah pekerja. Namun demikian, ketakseimbangan mendapatkan peluang latihan dalam kalangan pekerja boleh menimbulkan masalah perbezaan upah. Peluang latihan adalah berbeza mengikut wilayah dan amat bergantung kepada tahap pembangunan sesebuah wilayah itu. Wilayah yang lebih maju, contohnya, mempunyai syarikat yang lebih besar dan peluang latihan yang lebih banyak dibandingkan dengan wilayah kurang maju. Kesan daripada keadaan ini berlakulah perbezaan upah antara wilayah mahupun antara bandar dalam wilayah yang berbeza. Kertas ini bertujuan menganalisis impak latihan terhadap tingkat dan perbezaan upah pekerja mengikut bandar-bandar terpilih di Malaysia. Bandar-bandar ini mewakili tiga wilayah yang berbeza, iaitu Lembah Klang mewakili wilayah tengah, Johor Bahru mewakili wilayah selatan dan Pulau Pinang mewakili wilayah utara. Analisis berasaskan kepada data 488 orang pekerja dalam sektor perhotelan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah dikutip pada tahun 2008/2009 melalui borang soal selidik. Dalam analisis ini program latihan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan yang bukan dikendalikan oleh PSMB. Model upah pekerja secara keseluruhan dan mengikut bandar dianggarkan bagi mengenalpasti faktor penentu tingkat upah. Selanjutnya, model penghuraian perbezaan upah multilateral digunakan dalam melihat faktor penentu perbezaan upah pekerja antara bandar-bandar berkenaan. Hasil kajian ini mendapati latihan di bawah PSMB hanya mempengaruhi tingkat dan perbezaan upah pekerja di Lembah Klang. Tetapi latihan bukan di bawah PSMB mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap upah pekerja di semua bandar. Faktor lain yang penting dalam mempengaruhi perbezaan upah antara bandar-bandar yang dipilih adalah tahun bersekolah, pengalaman kerja dan kategori pekerjaan
Sources of labour productivity growth in large scale industries in Malaysia
Large-scale industries (LSIs) play an important role in the Malaysian industrial development. LSIs\u27 contribution to employment is about 60 percent and 70 percent to value added and fixed assets respectively. LSIs also provide a broad marketing channel to small and medium industries (SMIs) which subsequently spur linkages within the industrial sector. Apart from this, LSIs also serve as a platform for foreign direct investment (FDI) that could potentially lead to technology transfer. Since LSIs play an important role in development, it is crucial to identify and understand the sources of labour productivity growth in this sector. This paper attempts to analyse the sources of labour productivity growth in the LSIs in Malaysia. Three sources of growth identified in this paper are capitallabour ratio, quantity of labour and efficiency. The analyses in this paper are based on the Manufacturing Industrial Survey data of 1982 to 1994 collected by the Department of Statistics Malaysia
Contribution of technical efficiency change and technical change to total factor productivity growth in electrical and electronics industry in Malaysia
The electrical and electronics (E&E) industry contributes more than 60% of Malaysian manufacturing exports. The emergence of trade liberalization through Asian Free Trade Association (AFTA), North American Free Trade Association (NAFTA) and European Unions (EU) creates stiffer trade competition amongst the E&E industry in the region and to be at the competitive edge, this industry must increase its efficiency.
In this regards, total factor productivity (TFP) growth becomes relevant.
An increase in TFP growth through technical efficiency change (TEC) will reduce cost of production and make the industry more competitive because it can produce higher output using same level of inputs. There are two components ofTFP growth, namely, technical efficiency change (TEC) and technical change (TC). The impact ofTFP growth on output growth will be more meaningful if contribution ofTEC supersedes contribution ofTC because TEC will not incur additional cost of production. This paper attempts to analyze TFP growth in the E&E industry at five digits of Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC). Fifteen types of industries are covered in the analysis. The analysis will be based on the Manufacturing Survey data between I995 and 2003 collected by the Department of Statistics Malaysia. The method of Data Envelopment Analysis (DEA) is utilized to get TEC and TC. The results from this study show that, contribution ofTC is higher than that OfTEC in all sub industries under study. Nevertheless, trend analysis shows that during 1998 - 2000 period TEC is higher than TC
Consumer right to safe product: the application of strict criminal liability in product safety legislations in Malaysia
Consumer right to safety is one of the earliest rights that has been recognised by the late President John F Kennedy in 1962, when he presented a speech to the American Congress. Later, this right had been recognised by the International Consumer Unions (presently known as the Consumers International). Presently, the consumer right to safety is one of the basic rights of the consumers that has been recognised universally, together with other basic rights, namely, the right to basic needs, the right to information, the right to choice, the right to redress, the right to be heard, the right to consumer education and the right to live in a clean environment. The objective of this article is to analyse the application of criminal liability in product safety legislations. This article will adopt the content analysis method by analysing the provisions of certain legislations to see the extent of the application of criminal liability in those adopted legislations. The findings of the research show that all of the studied legislations have adopted the strict criminal liability. The strict criminal liability offence is widely used as a means of deterring traders and producers from engaging in certain types of trading abuse which operate to the detriment of consumers. It is believed that the strict criminal liability can protect the consumers from unsafe products and uphold the consumer right to safe products
- …
