1,721,560 research outputs found
Saudaraku Palestin
Palestin perang, Perang di Palestin, Palestin Palestin Palestin, Saban tahun, Berdekad lamany
Tiga langkah bantu Palestin
“Jika tempat parkir khas dirampas orang pun kita sudah mengamuk dan menuntut hak, inikan pula tindakan merampas negara!”
Analogi teman dan guru saya, Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman ini mudah difahami. Itulah hakikat berlaku dalam konflik Israel Palestin.
Orang Palestin seumpama tuan rumah yang dihalau keluar sekumpulan samseng yang punyai sokongan pihak berkuasa dunia.
Dalam situasi ini, tuan rumah yang berusaha mengambil kembali hak mereka, diperlaku dengan zalim. Anaknya dibunuh, isterinya dicabul, bahkan dia pula yang dituduh sebagai pengganas yang tidak reda dengan ‘takdir’ rumahnya diambil orang yang lebih kuat.
Perang terbaharu antara Israel-Palestin sekali lagi menggegarkan dunia. Orang yang tidak faham mungkin cenderung menyalahkan orang Palestin dalam konflik ini.
Mereka mungkin termakan propaganda mengatakan Palestin bumi yang Allah sendiri janjikan untuk orang Yahudi dalam al-Quran
Duhai Palestin Kami Bersamamu Selamanya
Di tengah gurun pasir yang luas terbentang
Warga Palestin berdiri, di tempat sejarahnya berkisah
Tapi jauh di dalam hati mereka, rahsia terpendam
Kisah yang tak tidakkan tergambar oleh pena dan kata-kat
UMPSA kumpul dana bantu pelajar Palestin
PEKAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menggerakkan usaha mengumpul dana buat pelajar dari Palestin, Yasin Y.Albarqouni
UMPSA kumpul dana bantu pelajar Palestin
PEKAN, 17 November 2023 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM 15,000 kepada Yasin Y.Albarqouni, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) yang berasal dari Palestin sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib pelajar ini
Kemerdekaan Malaysia perlu dipertahankan dan bantu pembebasan Palestin
PAYA BESAR, 2 September 2022 - Rakyat Malaysia perlu mempertahankan kemerdekaan negara kerana ini merupakan salah satu faktor yang membantu ke arah pembebasan Palestin
Usahakan projek tanam pokok zaitun, tin di Palestin
RAMAI umat Islam mendakwa berlakunya projek penanaman pokok gharqad di sekitar Palestin yang terjajah. Pokok ini disebut dalam hadis sebagai pokok Yahudi yang mana Nabi Muhammad SAW menyatakan orang Yahudi nanti akan menyorok di belakang pokok gharqad semasa berperang dengan orang Islam
Palestin dan konspirasi Zionis
Bab ini menyentuh tentang konspirasi zionis dalam usaha jahat mereka untuk menubuhkan sebuah negara haram Israel di bumi Palestin. Bermula dengan latar belakang Sejarah Palestin dengan pembukaan Baitul Maqdis oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan perebutan kuasa oleh Tentera Salib untuk menakluk Kota lama Jerusalem di Palestin dari tangan umat Islam. Kerajaan Kristian hanya bertahan selama 88 tahun di Palestin sehingga Salahudin Al-Ayubi berjaya merampas semula Palestin dari tangan mereka. Konspirasi Zionis bermula dengan penubuhan Majlis Yahudi Antarabangsa 1798
Palestin Kepentingannya Kepada Umat Islam
Kepentingan Palestin kepada umat Islam sememangnya telah mendapat perhatian penulis. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang dan sejarah kewujudan negara Palestin. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan negara Palestin kepada umat Islam dan peranan yang perlu dimainkan oleh umat Islam dalam menyelesaikan isu Palestin. Kajian ini menggunakan metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisis data untuk mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti umat Islam menyedari tentang pentingnya peranan mereka untuk membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Namun demikian, umat Islam kurang memberi maklumbalas berkesan terhadap tindakan yang sewajarnya diambil dalam menyelesaikan kemelut yang menimpa Palestin. Di akhir kajian, dinyatakan kesimpulan dan cadangan untuk perhatian pihak tertentu yang terlibat bagi menangani isu Palestin dengan lebih sistematik dan berkesan
Antologi Palestin: bebaskan Al-Aqsa
Antologi Palestin: Bebaskan Al-Aqsa adalah himpunan 5 artikel berhubung dengan isu yang berkait rapat dengan Palestin dan juga Masjid al-Aqsa. Antologi Palestin ini dikeluarkan khusus bagi menzahirkan solidariti Persatuan Penulis-Penulis eBook Muslim Antarabangsa (IME) terhadap perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman dan penjajahan zionis Israel.
Artikel Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Chik menyentuh tentang konspirasi zionis dalam usaha jahat mereka untuk menubuhkan sebuah negara haram Israel di bumi Palestin.
Artikel Dr. Nik Rahim Nik Wajis pula menyentuh tentang karakter dan sifat buruk kaum Yahudi Bani Israeal seperti yang didedahkan oleh al-Quran.
Dalam artikel Kamarul Azizan Abd Raman tulisan tertumpu kepada proses normalisasi yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dengan Israel serta kesannya terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Manakala dalam artikel Kamarudin Sulaiman pula, penulis menyentuh tentang tanggungjawab setiap individu Muslim utuk mencintai Palestin dan tidak menganggap Palestin sebagai sebuah negara asing yang tiada kaitan dengan umat Islam.
Dalam artikel Siti Nor Khalis Harun Narasid penulis menekankan tentang peri pentingnya menanamkan sifat cintakan Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam ke dalam diri anak-anak sejak di usia muda mereka
- …
