1,720,983 research outputs found

    Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah IPTA. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan adalah tinggi secara keseluruhan. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang ketara tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar mengikut demografi. Namun, dari segi tahap penerimaan terdapat perbezaan yang agak ketara mengikut etnik, agama dan aliran pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan bahasa Melayu. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya

    Persepsi pelajar ukm terhadap hubungan etnik di Malaysia

    No full text
    Isu-isu hubungan etnik di Malaysia telah banyak berubah dalam tempoh lima dekad lalu. Pada tahun 1950-an, isu kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan etnik, diikuti dengan isu bahasa pada tahun 1960-an sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), manakala kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1990-an dan milenium, isu-isu agama begitu kuat mempengaruhi hubungan etnik di negara ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar UKM terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 618 responden. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik diterima dengan baik oleh pelajar seperti masyarakat pelbagai etnik di Malaysia hidup secara harmoni, Malaysia adalah negara contoh untuk negara pelbagai etnik dan bahasa dan agama berupaya menyatupadukan rakyat Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia

    Hubungan etnik di Malaysia dari perspektif Islam

    No full text
    Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan pandangan Islam terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam. Turut dibincangkan ialah prinsip kesamarataan dan keadilan dalam Islam dengan melihat situasi yang berlaku di Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hasil perbincangan menunjukkan, kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesamarataan dalam Islam berdasarkan empat hujah iaitu pertama, walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun ia bukan melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Kedua, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu tidak menjejaskan kedudukan ekonomi, dan pendidikan serta politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik daripada orang Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang telah wujud sebelum merdeka dan dimasukkan kembali apabila perlembagaan digubal. Keempat, ia adalah persetujuan yang telah dicapai melalui perundingan antara etnik

    Implikasi peruntukan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap hubungan etnik di Malaysia

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji implikasi peruntukan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences(SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar tentang implikasi peruntukan Islam dan orang Melayu terhadap hubungan etnik di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan perihal Islam dan orang Melayu sangat memberi implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia kerana pelajar Melayu khususnya masih lagi sensitif dan peka terhadap hal yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan isu berkaitan dengan agama Islam dan orang Melayu ini sering muncul. Antaranya seperti semangat tolak ansur dan persefahaman dalam kalangan rakyat yang semakin luntur, peranan media massa dalam mensensasikan isu yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam serta tiadanya pengetahuan tentang sejarah penggubalan kontrak sosial. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif, berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya

    Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah IPTA. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan adalah tinggi secara keseluruhan. Namun, terdapat perbezaan yang ketara tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar mengikut etnik dan aliran pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan orang Melayu. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya

    Persepsi belia terhadap etos bangsa: kajian di Lembah Kelang

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi belia terhadap etos bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah Kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi belia terhadap etos bangsa. Hasil kajian menunjukkan persepsi belia terhadap etos bangsa adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan belia terhadap etos bangsa iaitu daripada segi nilai, semangat, kepercayaan dan identiti adalah tinggi

    Analisis peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan persekutuan Malaysia dalam konteks hubungan etnik

    No full text
    Perbincangan artikel ini menjurus kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihan raya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melihat kepada dokumen yang berkaitan dengan perlembagaan. Analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5)(f), Perkara 89 dan 90 dan Jadual Ketiga belas tentang persempadanan kawasan pilihan raya. Hal ini menunjukkan kedudukan orang Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding etnik lain di Malaysia

    Bahasa Melayu dalam perlembagaan persekutuan: Kedudukan dan peranannya dalam konteks komunikasi perpaduan

    No full text
    Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukanperuntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan kebangsaan
    corecore