1,721,042 research outputs found

    Slanga Kedai Kopi: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

    No full text
    Kajian makna slanga yang dijalankan oleh sarjana lepas kebanyakannya cukup berhenti di tahap semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan penerokaan makna slanga berimplisit menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pengkaji cuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambil kira data – transkripsi perbualan di kedai kopi (KK), teori, kognitif, falsafah dan akal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI. Hal ini demikian kerana tutur kata di kedai kopi ada yang menganggapnya sebagai suatu perbualan yang kosong bagi mengelakkan situasi yang hambar dan janggal di tempat tersebut. Namun, di dalam setiap tutur kata berikut wujudnya suatu makna yang implisit di dalam slanga yang dibicarakan oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan telah mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif. Analisis rangka rujuk silang (RRS) dilakukan terhadap slanga yang mempunyai kesiratan makna daripada 15 data terpilih berdasarkan transkripsi perbualan di KK ini. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian bagi slanga di KK ini antaranya terdiri daripada slanga kedai kopi yang berasosiasi dengan anggota tubuh badan, tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, kelakuan manusia dan objek tidak hidup. Dalam masa yang sama penggunaan slanga ini mengandungi bahasa-bahasa figuratif yang masih mampu difahami namun, berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana ada topik yang dibualkan itu dianggap sulit. Oleh itu, perincian makna secara lebih saintifik terhadap tutur kata masyarakat di KK dapat dikemukakan daripada hanya membuat perspektif umum sahaja. Kata kunci: slanga, makna implisit, transkripsi perbualan, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang (RRS) How to cite: Muhammad Zaid Daud. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Unpublished final year project). Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Malaysia

    ABSTRAK Kajian makna slanga yang dijalankan oleh sarjana lepas kebanyakannya cukup berhenti di tahap semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan penerokaan makna slanga berimplisit menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pengkaji cuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambil kira data – transkripsi perbualan di kedai kopi (KK), teori, kognitif, falsafah dan akal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI. Hal ini demikian kerana tutur kata di kedai kopi ada yang menganggapnya sebagai suatu perbualan yang kosong bagi mengelakkan situasi yang hambar dan janggal di tempat tersebut. Namun, di dalam setiap tutur kata berikut wujudnya suatu makna yang implisit di dalam slanga yang dibicarakan oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan telah mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif. Analisis rangka rujuk silang (RRS) dilakukan terhadap slanga yang mempunyai kesiratan makna daripada 15 data terpilih berdasarkan transkripsi perbualan di KK ini. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian bagi slanga di KK ini antaranya terdiri daripada slanga kedai kopi yang berasosiasi dengan anggota tubuh badan, tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, kelakuan manusia dan objek tidak hidup. Dalam masa yang sama penggunaan slanga ini mengandungi bahasa-bahasa figuratif yang masih mampu difahami namun, berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana ada topik yang dibualkan itu dianggap sulit. Oleh itu, perincian makna secara lebih saintifik terhadap tutur kata masyarakat di KK dapat dikemukakan daripada hanya membuat perspektif umum sahaja. Kata kunci: slanga, makna implisit, transkripsi perbualan, transkripsi perbualan, rangka rujuk silang (RRS) How to cite: Muhammad Zaid Daud. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Unpublished final year project). Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Malaysi

    Slanga Kedai Kopi: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

    No full text
    Kajian makna slanga yang dijalankan oleh sarjana lepas kebanyakannya cukup berhenti di tahap semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan penerokaan makna slanga berimplisit menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pengkaji cuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambil kira data – transkripsi perbualan di kedai kopi (KK), teori, kognitif, falsafah dan akal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI. Hal ini demikian kerana tutur kata di kedai kopi ada yang menganggapnya sebagai suatu perbualan yang kosong bagi mengelakkan situasi yang hambar dan janggal di tempat tersebut. Namun, di dalam setiap tutur kata berikut wujudnya suatu makna yang implisit di dalam slanga yang dibicarakan oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan telah mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif. Analisis rangka rujuk silang (RRS) dilakukan terhadap slanga yang mempunyai kesiratan makna daripada 15 data terpilih berdasarkan transkripsi perbualan di KK ini. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian bagi slanga di KK ini antaranya terdiri daripada slanga kedai kopi yang berasosiasi dengan anggota tubuh badan, tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, kelakuan manusia dan objek tidak hidup. Dalam masa yang sama penggunaan slanga ini mengandungi bahasa-bahasa figuratif yang masih mampu difahami namun, berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana ada topik yang dibualkan itu dianggap sulit. Oleh itu, perincian makna secara lebih saintifik terhadap tutur kata masyarakat di KK dapat dikemukakan daripada hanya membuat perspektif umum sahaja. Kata kunci: slanga, makna implisit, transkripsi perbualan, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang (RRS) How to cite: Muhammad Zaid Daud. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Unpublished final year project). Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Malaysia

    Penggunaan eufemisme dalam kalangan penutur Iban

    No full text
    Penggunaan eufemisme digunakan dalam sesuatu ujaran adalah bagi menunjukkan suatu tabu bahasa itu kedengaran lebih sopan dan beradab jika didengari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun begitu, penggunaan eufemisme dalam kalangan penutur kini terbatas penggunaannya. Oleh itu, objektif utama kajian ini akan (i) menentukan kekerapan penggunaan eufemisme dalam kalangan masyarakat Iban berdasarkan umur mereka dan (ii) untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi penggunaan eufemisme dalam masyarakat Iban. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah digunakan oleh penyelidik dengan menemu bual dua penutur bahasa Iban berumur 50 tahun ke atas berdasarkan teori Allan dan Burridge dan seterusnya, soal selidik telah diedarkan kepada 105 orang responden di Kampung Lebor, Serian, Sarawak. Hasil daripada soal selidik menunjukkan terdapat jurang umur dalam penggunaan eufemisme terutamanya bagi golongan muda iaitu sebanyak 24.8% sebagai yang terendah diikuti dengan golongan dewasa iaitu sebanyak 25.5% manakala, golongan tua mencatatkan penggunaan eufemisme yang tertinggi iaitu sebanyak 39.5%. Di samping itu, kajian ini turut mendapati bahawa faktor penggunaan eufemisme bagi penutur Iban melibatkan perkara seperti berikut, (1) menjaga hati dan perasaan pendengar walaupun dalam keadaan marah(2) penghormatan kepada adat, kepercayaan dan golongan yang sudah meninggal dunia(3) perkara yang melibatkan kemudaratan seperti makhluk halus atau haiwan berbahaya serta (4) perkara yang sulit atau aib

    Eufemisme dalam bahasa Iban: satu kajian kes di Kampung Lebor, Serian, Sarawak

    No full text
    This study is to determine the existence of euphemism in the Iban language, in Kampung Lebor, Serian, Sarawak based on the theories by Allan & Burridge (1991). The main objective is to identify the euphemistic expressions in the Iban language. The methods used are interviews and questionnaires involving a man and a woman aged 50 and above, who speaks fluent Iban. The findings show that there were nine types of euphemism in the Kampung Lebor Iban community. They includefirst, body parts, second, sex, third, gender involving masculinity and femininity, fourth, anger, fifth, hate, sixth, illnesses, seventh, death, eight, fear-oriented by animals and spirits, and finally, ninth, God or religion. The main factor in the usage of euphemistic expressions in the Iban community in Kampung Lebor is caused by the influence of customs and beliefs, which were used and passed down for generations

    Gallus gallus domesticus dan paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa melayu: analisis semantik inkuisitif

    No full text
    Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan seharian. Jelmaan sikap haiwan tersebut telah dikiaskan dengan sikap atau kelakuan manusia ini dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Kajian ini akan mencungkil sebab pemilihan leksikal ayam dan musang dalam peribahasa Melayu melalui perseptif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain sebagai pengumpulan data peribahasa Melayu. Sejumlah lima peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam dan musang telah dikesan dalam kamus ini. Seterusnya, pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) dilakukan. Analisis seperti ini mampu menghuraikan makna peribahasa Melayu tersebut sehingga ke akal budi penuturnya

    Ayam (Gallus Gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif

    No full text
    Kajian ini merupakan kajian semantik inkuisitif dalam menganalisis Peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) dalam domain kebiasaan dan rezeki. Sebanyak 90 Peribahasa Melayu telah dikesan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain berkaitan dengan ayam. Bagi mencungkil makna sebenar peribahasa tersebut Rangka Rujuk Silang (RRS) telah diaplikasikan dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Dapatan kajian mendapati bahawa, sebanyak 73 peribahasa yang berunsurkan ayam secara umum dan 17 peribahasa yang berunsurkan ayam secara khusus telah diguna pakai sehingga kini. Oleh itu, kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan makna sebenar peribahasa tersebut, namun dapat memperlihatkan kearifan masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan unsur alam bagi mencerminkan sifat/kelakuan manusia secara berkias

    Pengaplikasian Kerangka Semantik Inkuisitif Melalui Slanga

    Full text link
    Slanga merupakan bahasa tidak formal yang telah digunakan dalam sesuatu kelompok komunitinya tersendiri malahan dapat menonjolkan identiti sesuatu kelompok masyarakat yang membawanya sebagai contohnya dalam kalangan remaja. Melalui ujaran slanga ini terdapatnya keimplisitan ujaran yang telah dikesan oleh pengkaji yang mampu dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hal ini demikian kerana penganalisisan semantik inkuisitif sebelum ini hanyalah melibatkan data-data peribahasa - lihat kajian [6-9], [18-20], [23-24], [26] dan [30]. Oleh itu, kajian ini cuba membuktikan bahawa dengan menggunakan slanga juga mampu dicungkil maknanya dengan menggabungkan data, teori, kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu seperti mana kajian-kajian SI telah dijalankan sebelum ini. Sejumlah tiga data telah diperoleh daripada perbualan tidak formal masyarakat Melayu di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia dan Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia yang mengandungi slanga berimplisit yang akan dianalisis oleh pengkaji melalui pendekatan SI. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) juga diaplikasikan bagi membantu pengkaji mendapatkan anteseden tambahan kepada pengkaji dalam memahami konteks sebenar ujaran tersebut sehingga ke akal budi penuturnya
    corecore