1,721,340 research outputs found
The sage and his heritage (Pendeta dan warisannya): Dr Muhammad Ariff Ahmad
Dr. Muhammad Ariff Ahmad, a great contributor to Malay language and literature in Singapore and Southeast Asia.Published versio
Ucapan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris anugerah Ijazah Doktor Kehormat di konvokesyen ke-8; 24 Ogos 2006 [Thank you speech to the Sultan Idris Education University for the Honorary Doctorate Degree award at the 8th convocation; 24 August 2006]
Speech delivered at the Anugerah Ijazah Doktor Kehormat, 24 August 2006, Universiti Pendidikan Sultan Idris, MalaysiaUcapan ini disampaikan oleh Cikgu Muhammad Ariff Ahmad di upacara anugerah Ijazah Doktor Kehormat di Konvokesyen ke-8, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyampai mengucapkan terima kasih kepada UPSI yang menganugerahkan ljazah Doktor Kehormat Persuratan kepadanya sempena majlis tersebut. Anugerah ijazah doktor ini merupakan penghormatan yang amat tinggi. Ia merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan pencapaian si penerima dalam bidang kepakarannya. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad berkongsi pengalaman pendidikannya dari zaman kanak-kanak hingga zaman pendudukan Jepun, zaman pentadbiran Inggeris dan juga semasa beliau menjadi guru pelatih. Beliau menyelesaikan pengajiannya pada Jun 1949, dan semenjak itu beliau menjadikan dua puisi untuk muhasabah diri, dan juga untuk memeriksa tiap langkah dan tindakannya sebagai guru, sasterawan, bahasawan atau budayawan. The speech was delivered by Muhammad Ariff Ahmad at the 8th Graduation Ceremony, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). The speaker thanks UPSI for awarding the honorary doctorate to him. This distinguished award is a recognition of the recipients' ability and achievements in their fields. The speaker shares his experiences from when he was a child, during the Japanese occupation right to the British administration period, and when he was a trainee teacher. He completed his studies in June 1949, and since then he used two poems as a self-reference to constantly check and evaluate his every action as a teacher, writer, linguist and cultural doyen
Lagu maktab [College song]
The Teachers’ Training College (TTC) song was first sung at the TTC Graduation on 4 November 1967. Leong Yoon Pin and Muhammad Ariff Ahmad were lecturers of TTC
Perihal gurindam [About stanza]
Artikel ini berkenaan dengan perihal 'gurindam'. Menurut R.J. Wilkinson, kekata gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan bermakna rangkap yang menjadi bidalan atau pepatah berangkap yang berpadan dengan tempatnya, sesuai rangkap dengan maksudnya; sesuai pemula dengan kesudahannya; sesuai sebab dengan akibatnya dan seimbang salah dengan hukumnya. Za'ba menjelaskan bahawa gurindam itu suatu jenis syair yang berjela, rangkapnya bersukat tetapi tidak tetap. lsi gurindam ialah fikiran yang bernas, yang disampaikan dengan bahasa nyanyian yang kemas dan riang. Gurindam membawa bahasa tamsil, ibarat dan umpama, serta melukiskan isinya dengan warna yang indah lagi bijaksana. Za'ba menyatakan seterusnya: isi gurindam dinyatakan terus-menerus sahaja. Dengan bahasa yang riang (humour), banyak gurindam tua yang lekat pada lidah Melayu sebagai bidalan. Contoh dua buah gurindam yang disiarkan media cetak ialah Gurindam Melayu, karya Zafilin A Hamid dan salinan kedua daripada 12 rangkaian Gurindam Duabelas, ciptaan Raja Ali Haji bin Haji Ahmad pada tahun 1846. Selain menyatakan sebab-akibat, Gurindam Duabelas membawakan iktibar dan nasihat yang disampaikan menerusi lukisan, kiasan dan ibarat. Penulis memberikan penjelasan mengenai jenis-jenis gurindam seperti gurindam bersajak, yang tidak bersajak, tidak bersukat dan gurindam melarat. This article is about 'gurindam'. According to R.J. Wilkinson, the word 'gurindam' was originally from the Sanskrit language and means stanzas of discourse that are a kind of proverb, which is suitable with the situation and time; with a beginning and ending; its cause and effect; and balanced with the law and its consequences. Za'ba explained that 'gurindam' is a lengthy poem, measured but not fixed stanzas. The 'gurindam' contents are thoughtful, delivered with a neat and concise language, fresh, and allegorical. 'Gurindam' carries the language full of examples, parables and metaphors; and depicts its contents with colour and wisdom. Za'ba further states that the contents of 'gurindam' are expressed continuously. The author found two 'gurindams' on the printed media; one is the Gurindam Melayu, by Zafilin A Hamid. The other was the second of the 12 series of Gurindam Duabelas, created by Raja Ali Haji bin Haji Ahmad in 1846. The 'gurindam duabelas' brought teachings and lessons expressed by words painting a picture, figuratively and allegorically. The writer gives further explanations on the types of 'gurindam' such as the 'gurindam bersajak' (rhyme), 'tidak bersajak' (does not rhyme), 'tidak bersukat' (unmeasured) and 'gurindam melarat' (lengthy gurindam)
Tentang kekata sebarang dan sembarang [About the word "any"]
Tulisan ini adalah mengenai penggunaan kekata 'sebarang dan sembarang'. Kebanyakan kekata bahasa Melayu mempunyai dua jenis makna: leksikal dan kultural; makna pertamanya neutral dan objektif, manakala makna keduanya kondisional lagi subjektif. Oleh itu, banyak perkataan Melayu dikelompokkan dalam kategori sinonim, antonim dan homonim. Kekata 'sebarang' dan 'sembarang', tidak terkecuali daripada tertakluk kepada fenomena tersebut. Dalam Kamus Dewan, kekata 'sebarang' bersinonim 'sembarang'. Makna lain kekata 'sembarang' adalah 'apa sahaja' dan 'asal sahaja'. Bagaimanapun, 'sembarangan' tidak pula disinonimkan dengan 'sebarangan'. Kekata 'sembarangan' dimaknakan sebagai 'dengan begitu sahaja', 'tidak menentu', 'tidak memilih' dan 'tanpa usul periksa'. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mendaftarkan kekata 'sebarang' dimaknakan sebagai 'apa saja' dan 'bukan pilihan'; manakala kekata 'sembarang' dimaknakan sebagai 'apa (siapa, dimana, bilamana) saja'. Maka itu makna leksikal kekata 'sebarang' dan 'sembarang' itu tidaklah berbeda walaupun kedua-duanya tidak persis. Namun, nilai kulturalnya berlainan - kekata 'sebarang' digunakan ketika menyatakan sesuatu yang neutral tetapi kekata 'sembarang' digunakan ketika menyatakan sesuatu yang tidak menyenangkan. This writing is about the use of the word 'sebarang' and 'sembarang'. Most Malay nouns have two meanings: lexical and cultural; its first meaning is neutral and objective, while the second meaning is both conditional and subjective. Thus, many Malay words are grouped in the category of synonyms, antonyms, and the homonyms. The words 'sebarang' and 'sembarang' are no exceptions from being subjected to such phenomena. In the Kamus Dewan (KD): the word 'sebarang' is synonymous with the word 'sembarang'. The other meanings of 'sebarang' are anything and if. However, 'sembarangan' is not also synonymous with 'sebarangan'. The word 'sembarangan' means just like that, uncertain, not demanding and without scrutiny. According to Kamus Besar Bahasa the word 'sebarang' means anything and not an option, whereas the word 'sembarang' means what, who, where, when. The word 'sembarangan' means without choosing, without looking. Thus, the lexical meaning of 'sebarang' and 'sembarang' is no different, although both are not exact. However, its cultural values are not equal - the word 'sebarang' is used when declaring something neutral, but the word 'sembarang' is used when stating something unpleasant
Perihal kanan dan kiri (1) [About right and left (1)]
Tulisan ini adalah perihal 'kanan' dan 'kiri'. Kekata 'kanan' dan 'kiri', selain dari menunjukkan arah banyak pula yang dipakai tidak semata-mata membawa makna leksikal tetapi membawa juga makna budayanya. Peribahasa seperti 'cubit paha kanan, paha kiri sakit juga' dan 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'. Sesuatu yang masuk dari kanan, biasanya, melambangkan yang baik manakala yang dari kiri melambangkan yang sebaliknya. Bagaimanapun, keadaan sekarang ini, masuk kanan keluar kiri, merupakan sistem laluan yang kita amalkan di banyak tempat di dunia ini termasuk ikut pintu 'entry', keluar ikut pintu 'exit'. Dari segi budaya pula, makna bagi kanan dan kiri pada perjawatan itu bukanlah lagi yang mengarah ke timur atau ke barat, tetapi ialah pangkatnya. Jika dibandingkan dengan kata lnggeris, 'kanan' senilai dengan kata 'senior' dan 'kiri' senilai dengan kata 'junior'. Dan didalam pertadbiran kita sekarang lengkap pula dengan Menteri Negara Kanan, Pengarah Kanan, Doktor Kanan, Guru Kanan, Jururawat Kanan dan banyak lagi jawatan-jawatan kanan yang tanpa kirinya. This article is about the words' kanan' and 'kiri'. The words 'kanan' and 'kiri' refer to its lexical meanings and have cultural significance. For example, proverbs such as 'cubit paha kanan, paha kiri sakit juga' and 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'. Whatever that goes in from the right, usually symbolises good while the left represents the opposite. However, the current situation, where the phrase 'masuk kanan keluar kiri' is the route system that are practiced in many places in the world including using 'entry' and 'exit' doorways. In terms of culture, the meanings of 'kanan' and 'kiri' for job designations refer to seniority. For example, in the administration or the organisationn there is the 'Menteri Negaran Kanan', 'Pengarah Kanan', 'Doktor Kanan', 'Guru Kanan', 'Jururawat Kanan' and other designations but without the 'kiri'
Ucapan disampaikan kepada Angkatan Karyawan Islam sempena terima Anugerah Tun Seri Lanang [Speech delivered at the Angkatan Karyawan Islam in conjunction to receiving the Tun Seri Lanang Award]
Speech delivered at the Anugerah Tun Seri Lanang, 6 March 1993, Pusat AMP, Jalan Tembusu, SingaporeUcapan ini disampaikan di majlis penyampaian Anugerah Tun Seri Lanang anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura, 1993. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad meletakkan dirinya sebagai pemelihara dan pemaju bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu. Berbuat baik kepada masyarakat adalah sebahagian daripada ibadah jariahnya. Beliau yakin yang segala usaha yang dikerjakan itu diberkati Allah SWT maka keberkatan itulah, barangkali, yang telah mendorong para penilai memilihnya sebagai penerima anugerah Tun Seri Lanang bagi tahun 1993. Beliau berharap Anugerah Tun Seri Lanang itu akan menjadi penggalak kepada sekalian penulis dan sasterawan, terutama penulis dan sasterawan muda untuk lebih serius, kreatif dan tekal dalam usaha menatarkan mutu persuratan kita sejajar dengan persuratan dan kesusasteraan dunia. This speech by Muhammad Ariff Ahmad was presented at the award-giving ceremony of the Tun Seri Lanang Award from the Singapore Malay Language Council for the year 1993. The speaker sees himself as a guardian and advocate for the development of the Malay language, literature and culture. He believes that all his good deeds and efforts have been blessed by Allah SWT, and therefore he was selected as the recipient of the Tun Seri Lanang Award for the year. He hopes that the Tun Seri Lanang award will motivate all writers, especially the young writers, to be more serious, creative and consistent in the quest to improve the quality of literature so as to be on par with the world's literature
Perihal adat melangkah bendul [About step-over custom]
Teks ini berkenaan dengan perihal adat 'melangkah bendul'. Adat 'melangkah bendul' itu bukan daripada ajaran Islam dan bukan juga perintah namun tidak pula ditegah. Adat semenda orang Melayu ialah pihak lelaki yang mencari, memilih dan melamar calon isteri dan pihak perempuan hanya menunggu. Jika anak dara yang dilamar itu mempunyai kakak yang belum bersuami atau belum bertunang, maka adat melangkah bendul diwujudkan dengan muafakat orang tua-tua Melayu lama. Upacara melangkah bendul itu dilaksanakan pada hari persandingan adiknya dengan cara yang teliti dan cara bersembunyi. Pemberian melangkah bendul itu bukanlah pampasan atau ganti rugi dan merupakan sepersalinan pakaian sebagai tanda terima kasih kepada si kakak. Adat ini tidak berlaku bagi abang-abang perempuan yang dinikahkan. Sistem mengaturkan jodoh sekarang dilakukan oleh diri yang hendak berkahwin itu sendiri. Maka tidaklah lagi timbul masalah siapa kahwin dahulu siapa yang kemudian. Sesuai dengan keadaan, kekata 'andartu' elok pula dipinda menjadi 'andartang' (anak dara yang cukup matang). Dengan memperkenalkan perkahwinan pada umur andartang, sistem kekeluargaan Melayu akan lebih mantap tanpa adat melangkah bendul. This text is about the 'melangkah bendul' (step over) custom. This custom is not from religion and is not commanded, but it is also not prohibited. It is a Malay custom when choosing their spouses, the boy's family will be the one to seek, select and visit the candidates while the girls' family will wait for prospective grooms. If the girl who is proposed to have an older sister who is not married or not engaged yet, then the custom is implemented by consensus of olden Malays elders. The ceremony will be held on the wedding of the younger sister in a thorough yet subtle manner. The gifts given to the older sister are not compensation and consist of a set of clothes as a sign of gratitude to the elder sister. This custom does not apply to elder brothers of the bride. Following the current situation, the word 'andartu' means an old maid should be changed to 'andartang' which means a mature girl. By introducing the marriage at the age of 'andartang', the Malay family system will be more stable without this custom
- …
