1,720,972 research outputs found
Puteri para sahabat Rasulullah
Setiap orang punya idolanya sendiri. Dalam menjadikan satu personaliti itu untuk ikutan atau idola amat dipengaruhi oleh populariti dan kekuatan yang ada pada personaliti itu tersebut. Ramai di kalangan pemimpin, artis, ahli sukan dan nama besar lain dijadikan idola atau kebanggaan setiap individu masa kini.
Tetapi jarang kita dengar atau baca tentang kisah puteri-puteri para sahabat. Mereka ini juga tidak kurang hebat sumbangannya terhadap agama Islam. Kehebatan, kegagahan dan kegigihan mereka boleh menjadi inspirasi untuk golongan muda masa kini
Tambah kosa kata teknik 2PS (2 perkataan sehari): satu kajian tindakan pembelajaran Bahasa Arab
Kemahiran mendengar adalah kemahiran pertama yang berlaku kepada penuntut bahasa. Semua perkataan yang didengar merupakan proses pertama untuk keperluan pembelajaran bahasa. Oleh kerana bahasa Arab bukan bahasa utama di negara kita, maka proses mendengar kosa kata adalah terhad ataupun tidak di dalam kondisi yang dapat memberi impak. Oleh itu kosa kata bahasa Arab perlu dicari, dihafal dan difahami. Ini kerana bahasa memerlukan kosa kata iaitu perkataan. Tanpa kosa kata penuntut bahasa tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Maka pembelajaran bahasa Arab perlu sentiasa dirancang dengan tepat mengikut objektif yang digariskan. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pelaksanaan Teknik 2PS (2 perkataan sehari) dalam usaha menambah kosa kata bahasa Arab bagi para pelajar bersandarkan kepada teori Kemmis dan McTaggart (1988). Sampel kajian adalah pelajar kursus bahasa Arab di Jabatan Kefahaman Islam dan Bahsa Arab, Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Selangor yang dipilih secara purposif seramai 10 orang. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik analisis dokumen dan pemerhatian untuk proses dapatan dan analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa Teknik 2PS dapat membantu para pelajar dalam menambah kosa kata bahasa Arab melalui strategi pembelajaran yang betul dan konsisten. Sokongan berterusan pensyarah dalam pelaksanaan dan semakan kerja pelajar amat penting. Teknik 2PS ini adalah usaha awal dan perlu dijalankan secara berterusan demi kecemerlangan penuntut bahasa Arab
اللغة العربية : الأساس والحدود في تعلم القواعد اللغوية = Arabic Language: basis and extent in learning language grammar
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB DAN MENJAWAB SOALAN BAHASA ARAB SPM ATAU LAIN2
1- Syarat paling utama belajar bahasa ialah: NI BES
NI- Niat yang baik
BE- Berterusan - menggunakan bahasa tersebut, bukan hanya untuk peperiksaan.
S- Suka - akan mendorong kita usaha untuk kuasai bahasa tersebut
Tinjauan respons pelajar terhadap program akademik Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) = Student response review on Academic Bachelor Program of Arabic Language Education as second language at International Islamic University Malaysia (IIUM)
Program akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pengajaran Arab Bahasa Sebagai Bahasa Kedua (TASL) telah ditawarkan di kebanyakan universiti awam (UA) di
Malaysia dengan pelbagai struktur pengajian (study plan) bergantung kepada falsafah universiti dan fakulti yang menawarkannya. Kajian ini dijalankan dalam kalangan para
pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengambil pengkhususan Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (TASL) daripada tahun
1 hingga 4 di Kulliyyah Pendidikan (KOED) bagi mengkaji keberkesanan dan maklum balas para pelajar terhadap program akademik yang telah ditawarkan. .Responden kajian ini dipilih daripada kalangan para pelajar Bahasa Arab yang mengambil subjek Metodologi Penyelidikan EDC 3199 dalam semester 2, 2017/2018 dan semester 1, 2018/2019 yang berjumlah 99 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup (close-ended) dan terbuka (open-ended) yang diadaptasi daripada kajian lampau. Secara umumnya, para pelajar berpuas hati dengan penawaran kursus ini di samping turut memberikan cadangan penambahbaikan untuk program ini pada masa hadapan.
**************************************
The academic programme in Bachelor of Education in Teaching Arabic As a Second
Language (TASL) has been offered in most public universities in Malaysia with a variety of
study plans depending on the university's philosophy and the faculty that are offering the
programme. This study was conducted among students of International Islamic University
Malaysia (IIUM) who are specializing in education in Teaching Arabic As A Second
Language (TASL) from year 1 to 4 in Kulliyyah of Education (KOED) to study its
effectiveness and students’ feedback on the offered academic programs. The respondents of
this study were selected among 70 of Arabic students who registered for the course of EDC
3199 in Research Methodology in semester 2, 2017/2018. The employed instrument was a
questionnaire comprising closed-ended and open-ended questions adapted from previous studies. Generally, students are satisfied with the offering of this course as well as suggesting
improvements for the programme in the future
أثر القراءة المتقدمة في تنمية مهارة قراءة القرآن لطلبة المركز الإعدادي بالجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا = Athar al-qira'ah al-mutaqaddimah fi tanmiyah maharah qira'ah li talabah al-markaz al-i'dadiy bi al-Jami'ah al-Islamiyyah al-'Alamiyyah Maliziya
Arabic for specific purpose: a compact language guide for pilgrimage and Umrah purposes (travelers)
This compact 200-page Arabic language guide book is designed for the consumption of non-native tourists and travellers to the Middle East region in general, and specifically for Pilgrim and Umrah purposes. The design is based on educational principles of Teaching Arabic for Specific Purpose (TASP) and Teaching Arabic as Foreign Language (TAFL) based on Tarey (1998), Abd. Rahman (2007), Conner (2007), Md. Taha (1994), Merriam (2001) and Abd Halim (2005). The language contents have been reviewed by several English, Arabic and Malay subject matter experts (SME) based on suggestions by Tessmer (1993) and Richey & Klein (2007)
Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan guru pelajar sarjana mod pengajian pendidikan Bahasa Arab cuti sekolah UIAM = Application of ‘4C Concept' in 21st Century learning among student teachers for Master in Education for Arabic in school holiday mode, IIUM
Artikel ini bertujuan untuk menilai amalan kendiri dalam kalangan guru pelajar Mod Pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Gombak, Kuala Lumpur dalam pengaplikasian konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah mereka. Seramai 30 orang guru pelatih jurusan Pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua telah terlibat sebagai responden kajian semasa tempoh pengajian yang diadakan selama 3 minggu dari 2 Disember hingga 20 Disember 2019 di Kampus Induk UIAM Gombak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif yang disokong oleh soalan terbuka bagi mendapatkan respons penambahbaikan yang patut dilakukan di sekolah masing-masing dalam melaksanakan PAK21. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau ‘Konsep 4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication) melalui soal selidik kajian yang diubahsuai menggunakan skala likert lima mata. Analisis kajian hanya melibatkan deskriptif kekerapan, peratusan, dan analisis tema kualitatif daripada soalan terbuka bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mencatatkan tahap kekerapan dan peratusan tinggi dan sederhana bagi keempat-empat ‘Konsep 4C’, iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication). Dapatan soalan terbuka juga turut mengumpulkan cadangan penambahbaikan yang patut dilakukan di sekolah masing-masing dalam melaksanakan PAK21 secara teori dan praktikal dalam konteks PdP bahasa Arab di Malaysia.
****************************************************************************
This article aims to assess self-practice among student teachers in Master of Education in Teaching Arabic to Non Native Speaker (M.ED TANAS) for School Holiday mode at International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak Campus, Kuala Lumpur in the application of learning 21st Century Education (PAK21) in Teaching and learning (PdP) in their schools. A total of 30 teachers from Master of Education in Teaching Arabic to Non Native Speaker (M.ED TANAS) for School Holiday mode was involved as a respondent during the study period which was held for 3 weeks from 2 December to 20 December 2019 at the IIUM main campus. The design of this study employs a descriptive quantitative approach supported by open ended questions to obtain in-depth responses in implementing PAK21. The respondents were required to answer 20 items through the four elements of the PAK21 or 'concept of 4C ', namely creativity (creativity), critical thinking (critical have), collaboration (collaborative) and communication (communication) through a a modified survey by using 5 Likert scales. The analysis only involves a descriptive frequency, percentage, and a qualitative theme analysis from open ended question in reporting the findings of the study. The results of the study showed high and moderate percentages of the four ' concept of the 4C', namely creativity (creativity), critical thinking (critical have), collaboration (collaborative) and communication (communication) . The finding of open ended question also collects the proposed improvement to be implemented in their schools in applying PAK21 theoreticaly and practically in the context of teaching and learning (PdP) of Arabic language in Malaysia
صورة موجزة عن تصميم دليل لتعليم اللغة العربية للحجاج والمعتمرين: نمزذج من التعلم الذاتي للعربية لأغراض خاصة (Surah maujuzah min tasmim dalil li ta'lim al-lughah al-arabiyyah lil hujjaj wa al-mu'tamirin:namuj min al-ta'lim al-zati)
- …
