1,720,968 research outputs found

    Ulasan buku: Punk, Penentangan dan Politik Transnasionalisme oleh Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah dan Muhamad Takiyuddin Ismail

    Get PDF
    Buku terbitan tahun 2016 ini merupakan hasil penulisan Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah dan Muhamad Takiyuddin Ismail, terbitan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Keseluruhan buku ini mengandungi 190 halaman termasuk rujukan dan asalnya merupakan tesis Sarjana Sharifah Nursyahidah semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah Program Sains Politik. Penyelia tesis berkenaan, Muhamad Takiyuddin kemudiannya mencadangkan agar tesis tersebut dikembangkan menjadi buku, lantas proses penambahbaikan dan penstrukturan semula dilakukan. Projek penerbitan buku ini kemudiannya disertai oleh Muhammad Febriansyah, yang ketika itu sedang menjalankan penyelidikan berhubung politik transnasional Malaysia-Indonesia

    Bantuan demokrasi di Malaysia: peranan promoter berprofil rendah

    No full text
    Berikutan isu pendanaan asing yang mendominasi politik Malaysia sejak 2011, artikel ini menelusuri aktiviti promoter demokrasi berprofil rendah di Malaysia.Berbeza dengan promoter demokrasi berprofil tinggi seperti Amerika Syarikat (AS), Open Society Foundation (OSF) dan yayasan politik Jerman (Stiftungen),promoter demokrasi berprofil rendah terikat dengan kod diplomasi yang lebih sihat. Perbincangan mendapati aktiviti promoter demokrasi berprofil rendah di Malaysia adalah sejajar dengan pendirian umum mereka yang lebih menumpukan kepada program serasi-rejim seperti tadbir urus baik, kesetaraan gender, komuniti terpinggir, alam sekitar dan menggalakkan penyebaran idea-idea kebebasan dan sivik. Penekanan ini sejajar dengan konsep pluralisme dalam promosi demokrasi dan melihat demokrasi sebagai satu proses jangka panjang. Keperluan menjaga kepentingan nasional juga membataskan mereka untuk menjalankan aktiviti yang lebih mengusik status-quo seperti bantuan pilihan raya dan bantuan parti politik.Implikasi kepada organisasi masyarakat sivil Malaysia pula ialah, mereka disarankan mengadakan pertautan yang lebih besar dengan promoter demokrasi berprofil rendah untuk memudahkan aktiviti mereka tidak dibayangi oleh retorik promoter berprofil tinggi

    Aliran neokonservatif dalam dasar luar Amerika Syarikat: konservatif atau nasionalis idealis?

    No full text
    Artikel ini menyorot falsafah dan ideologi politik neokonservatif yang telah menjadi satu "buzzword" di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam membicarakan kekasaran dasar luar Presiden Bush (2000-kini). Neokonservatif bukanlah satu ideologi yang baru muncul dalam pentadbiran Bush ataupun dalam politik Amerika Syarikat (AS) amnya. Ia boleh ditelusuri sejak zaman Presiden Johnson (1963-1969) pada 1960-an dan mula meletakkan pengaruh yang signiflkan dalam era Presiden Reagan (1980-1989). Falsafah yang pada asalnya direncanakan untuk pembentukan dasar domestik akhimya berubah menjadi tunjang pembentukan dasar luar dalam penentangan AS terhadap komunisme. Tumbangnya ideologi komunis sekaligus memberi inspirasi kepada generasi kedua neokonservatif yang melihat AS wajar menggunakan pendekatan dan strategi yang sama untuk menumbangkan ancaman terorisme pasca 9/11. Berdasarkan hujah-hujah dan kerangka teori yang telah disediakan, kajian ini menganggap kumpulan ini sebagai "nasionalis idealis berorientasikan intelektual yang ingin mengekalkan hegemoni AS". Penulis merasa skeptikal dengan istilah neokonservatif kerana kumpulan ini cenderung kepada perubahan progresif iaitu perubahan dari status quo kepada sesuatu yang berbeza dan juga penggunaan kekerasan. Golongan nasionalis idealis ini juga tidak berpegang secara dominan terhadap pendekatan realis dan idealis dalam hubungan antarabangsa. Mereka merupakan gambaran fahaman yang meletakkan aspek pendemokrasian global dan keselamatan Israel sebagai tunjang utama dasar luar AS pada abad ke-21

    Abdullah Ahmad Badawi dan Nikita Khrushchev sebagai reformis: suatu perbandingan

    No full text
    Artikel ini menyangkal pendapat umum yang menyamakan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Abdullah Ahmad Badawi dengan pemimpin tersohor Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev. Sebaliknya, penulis berhujah bahawa kronologi kenaikan dan kejatuhan Abdullah lebih mirip dengan pemimpin reformis Soviet, Nikita Khrushchev. Walaupun kedua-dua pemimpin ini berusaha membebaskan kepimpinan mereka daripada kepincangan kepimpinan sebelumnya, mereka menganggar-rendahkan pengaruh unsur-unsur konservatif yang telah terinstitusi kuat dalam rejim kepimpinan sebelumnya. Proses reformasi didapati bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mengekalkan keseimbangan rejim. Sekiranya sifat rejim itu diubah, ia berpotensi menimbulkan ancaman dan tentangan. Menyulitkan agenda reformasi ini kerana kedua-dua pemimpin mempunyai apa yang dipanggil \u27paradoks reformis\u27 iaitu kelemahan-kelemahan yang menjejaskan reputasi mereka sebagai seorang reformis. Walaupun Khrushchev akhirnya disingkirkan, reformasi yang dilakukan beliau menjadi panduan kepada Mikhail Gorbachev dalam melaksanakan transformasi politik hampir 30 tahun selepasnya. Diterjemahkan dalam kepimpinan Abdullah pula, inisiatif yang dilaksanakannya telah membuka jalan kepada penggantinya, Najib Razak untuk melanjutkan reformasi dalam kepimpinannya. Walaupun berlakunya usaha untuk mengembalikan semula pendekatan kawalan dalam era Najib, langkah ini menerima kesan libasan yang serius dan memaksa Najib meneruskan keterbukaan dan kelonggaran politik yang telah diasaskan Abdullah

    Revolusi senyap 9 Mei 2018

    No full text
    (Diambil dari Pengenalan Para 1) Rusuhan kaum 1969 sering dijadikan momokan mengenai kesan yang boleh berlaku jika jatuhnya kuasa Melayu (dibaca: UMNO) atau jika kaum bukan Melayu melakukan tuntutan yang keterlaluan. Pemautan terhadap rusuhan kaum berdarah yang berlaku hampir 50 tahun sebelum itu merupakan strategi politik ketakutan yang paling kerap digunakan oleh UMNO dan pertubuhan konservatif Melayu.1 Namun mitos ini berakhir pada 9 Mei 2018 apabila majoriti rakyat Malaysia seakan-akan mengucapkan selamat tinggal pada 13 Mei 1969 dan memilih satu tarikh ikonik yang baru. Sejumlah 5.6 juta pengundi yang memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) berjaya mengeluarkan rejim BN dari kerusi kekuasaan yang dipegang selama 61 tahun

    Kejatuhan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14: analisis pengajaran politik

    No full text
    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan UMNO yang merupakan antara rejim parti dominan terunggul di dunia tumbang. Artikel ini menganalisis kronologi kejatuhan UMNO dalam konteks pengajaran politik. Ia menghujahkan bahawa kesemua sebab yang dilaporkan menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU-14 telah diperkatakan lebih awal sejak tahun 1999. Sebagai parti dominan yang mengalami kejatuhan yang paling lewat, UMNO telah dibentangkan dengan berbagai pembelajaran dan pengajaran politik dari kejatuhan parti-parti dominan sebelumnya. Khusus dalam hubungan ini ialah kejatuhan sebuah lagi parti konservatif terbesar iaitu LDP Jepun pada 2009 yang begitu menggusarkan UMNO. Walaupun UMNO sememangnya memaklumi dan mengambil perhatian terhadap nasib dan halatuju yang menimpa parti-parti dominan yang telah keluar dari kekuasaan, penimbaan pengajaran politik ini seringkali diaplikasikan secara sempit dan hanya cenderung dilontarkan sebagai kegunaan umum (public consumption). Kesenjangan antara pengajaran sebenar dan pengajaran berbentuk artifisial ini dihujahkan menyumbang terhadap kekalahan yang tidak dijangkakan dalam PRU-14

    Doktrin Bush: Satu analisis hegemoni berideologi gramsci

    No full text
    The Bush Doctrine, identified with the document “The National Security Strategy of the United States” (2002) was articulated after the attack of 11th September 2001, or more commonly known as “9/11”. The two main pillars of the doctrine - preemptive attack and regime change - has been the subject of much debate on the pattern of foreign policy under the Bush administration. Since a major objective of the doctrine as generally perceived by scholars was to secure US hegemony in international politics, it is thus imperative to analyse the relationship between the Bush Doctrine and the ideological hegemony theory, as introduced by the Italian Marxist thinker, Antonio Gramsci (1891-1937). The analysis will demonstrate that the Bush Doctrine seems to have failed to meet its objective, and on the contrary, has experienced a strong counter-hegemony due to the growing chaos and anarchy in the Iraq Wa

    Francis Fukuyama dan “Berakhirnya Sejarah” seorang neokonservatif

    No full text
    As a political economy scholar, Francis Fukuyama will always be remembered for “the end of history” thesis. He has made no secrets regarding his affiliation to neoconservatism and his close involvement in the implementation of the Pax Americana agenda through the Project for the New American Century. However, post-September 11, 2001 or widely known as 9/11, has led Fukuyuma to believe that the neoconservative approaches in the war against terrorism are flawed. This article tries to demonstrate the extent of Fukuyama’s disillusionments and his proposals to reinvigorate United States’ foreign policy in his new book, After the Neocons (2006). What seems clear is that Fukuyama still defends neoconservatism as a good approach. Should the idea of democratisation be perceived as effectively practised, the neoconservatives should pay more attention to the aspect of political developmen

    Stiftungen and Political Education in Malaysia

    No full text
    Germany is one of the major democracy promoters in Malaysia. Contrary to popular opinion, most of Germany’s democracy assistance is “regime-compatible.” By focusing on the role played by Germany’s political foundations, this article argues that the balancing principle is an integral feature of their activities in Malaysia.</jats:p
    corecore