1,720,974 research outputs found

    Tasawur teori pembangunan lazim: analisis daripada perspektif tasawur islam

    No full text
    Dalam membangunkan negara umat Islam dan menyelesaikan masalah berkaitan Islam, ada sesetengah pihak dalam kalangan umat Islam mendakwa teori pembangunan lazim (PL) boleh digunakan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pemikiran sebegini telah lama wujud dalam ekonomi Islam. Ia dikenali sebagai aliran pemikiran akomodatif-modifikasi dengan sifat elektisme-metodologik. Berhubung isu inilah, kajian ini dilakukan bagi mencapai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti latar belakang kemunculan teori PL serta tasawurnya dan kedua, menganalisis tasawur teori PL tersebut daripada perspektif tasawur Islam. Kajian kualitatif yang berbentuk penjelasan ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengenal pasti dan menganalisis elemen-elemen tasawur teori PL. Kajian ini mendapati teori PL tidak boleh digunakan untuk membangunkan negara-negara umat Islam dan menyelesaikan masalah berkaitan Islam, kerana falsafah atau tasawurnya jelas berpaksikan Falsafah Pasca-Klasikal dan Falsafah Radikal. Apabila teori PL berpaksikan kedua-dua falsafah ini, maka matlamat akhir pembangunan itu hanya terhad untuk mendapatkan keuntungan ekonomi semata-matamanusia dianggap sebagai makhluk ekonomimenafikan Allah SWT sebagai Pencipta sumber alamagama dianggap sebagai alat pembangunan dan elemen-elemen asas tasawurnya hanya berbentuk mendatar (tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT)

    Pembentukan tasawur dan kesan terhadap pembangunan tradisi keilmuan Islam

    No full text
    This article attempts to discuss the origins of which led to the formation of an Islamic worldview from its grassroots. Islamic worldview has proclaimed by Rasulullah SAW in beginning of era Makkiyyah and Madaniyyah through the delivery of revelation of Allah SWT. Started from there, it has evolved from one stage to another stage until successfully built a strong tradition of Islamic scholarship. The questions raised are, how the Islamic worldview is formed in a relatively long period of time which is about 23 years? What is the effect of the formation of the Islamic knowledge traditions? To answer both of these questions, this article discusses the following three parts. First, to examine the formation of the Islamic worldview. Second, to look at the structure of knowledge formation in the Islamic worldview. Third, to analyze the development of traditional Islamic sciences as a result of the existence of knowledge structures in the Islamic worldview. It is created by focusing the discussion on prominent views of Muslim scholars. All of these views are based on the existing studies. Finally, this article concludes that the development of traditional Islamic sciences is the result of the worldview formation through a revelation by Allah SWT

    Analisis Tematik Kalimah Al-Hilāl Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah

    Full text link
    Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ru’yah hilāl dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah ḥisāb pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan ini, ironinya, bukan baru bermula sejak daripada zaman kemajuan ilmu falak dan astronomi moden, tetapi telah berlaku sejak zaman penulisan kitab fiqh awal dan sharah ḥadīth yang muktabar (Mukarram:nd). Berlatarbelakangkan realiti ini, timbul persoalan bagaimana wujudnya perselisihan tersebut yang masih belum lagi disepakati oleh pengamal falak zaman moden. Bagi menjawab persoalan ini, kertas kajian ini meletakkan objektif bagi meneliti ḥadīth-ḥadīth yang mengandungi kalimah al-hilāl di dalam al-Kutub al-Sittah, serta membangunkan analisis tematik daripada hadith- hadith berkenaan. Seterusnya, kajian akan turut memfokuskan kepada aplikasi pembangunan tema tersebut ke dalam pengurusan taqwim hijriy. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan kalimah al-hilāl di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema ḥadīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Secara umumnya, kajian mendapati bahawa usaha menguruskan sistem taqwim hijriy yang boleh diterima umum, boleh dirancakkan lagi dengan memahami usul perselisihan di dalam ḥadīth mengenai al-hilāl

    Ethnoastronomy In Maritime Activities: An Analysis

    No full text

    Pembentukan Tasawur dan Kesan terhadap Pembangunan Tradisi Keilmuan Islam

    Full text link
    This article attempts to discuss the origins of which led to the formation of an Islamic worldview from its grassroots. Islamic worldview has proclaimed by Rasulullah SAW in beginning of era Makkiyyah and Madaniyyah through the delivery of revelation of Allah SWT. Started from there, it has evolved from one stage to another stage until successfully built a strong tradition of Islamic scholarship. The questions raised are, how the Islamic worldview is formed in a relatively long period of time which is about 23 years? What is the effect of the formation of the Islamic knowledge traditions? To answer both of these questions, this article discusses the following three parts. First, to examine the formation of the Islamic worldview. Second, to look at the structure of knowledge formation in the Islamic worldview. Third, to analyze the development of traditional Islamic sciences as a result of the existence of knowledge structures in the Islamic worldview. It is created by focusing the discussion on prominent views of Muslim scholars. All of these views are based on the existing studies. Finally, this article concludes that the development of traditional Islamic sciences is the result of the worldview formation through a revelation by Allah SWT

    The Conceptual Elements of the Development Worldview in the Qur’ān: A Study of Thematic Exegesis

    No full text
    Abstract This paper aims to identify and analyze selected verses of the Qur'an that are related to the conceptual elements of the development worldview (tasawwu

    Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin

    No full text
    Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor semasa ketika membuat taksiran zakat hasil pertanian yang dibahaskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitab Sabil al-Muhtadin. Kitab Sabil al-Muhtadin adalah tulisan Syeikh Muhammad Arsyad alBanjari yang termasyhur. Persoalannya, apakah beliau telah mengambil kira keadaan semasa dan keperluan setempat pada masa itu semasa kitab Sabil al-Muhtadin ditulis? Bagaimanakah pula kaedah yang dipakai dalam tulisan beliau itu boleh diambil manfaat pada masa kini? Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama akan menyorot secara ringkas biodata Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari sebagai latar belakang. Kedua akan membahaskan taksiran zakat hasil pertanian dalam kitab Sabil alMuhtadin. Ketiga akan menganalisis kaedah taksiran zakat hasil pertanian dalam Sabil al-Muhtadin khususnya dalam menentukan kadar zakat pertanian. Akan dihujahkan bahawa walaupun perbahasan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari terhadap taksiran zakat hasil pertanian dalam kitab Sabil al-Muhtadin telah mengambil kira keadaan semasa pada masa itu, namun akibat keperluan semasa pada masa ini, maka timbul penambahbaikan dalam taksiran zakat hasil pertanian adalh diperlukan khususnya di Malaysia
    corecore