1,720,987 research outputs found
The usage of the semantic mapping strategy in the teaching of Arabic language vocabulary
Pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab : teori & aplikasi
Kosa kata merupakan elemen yang terpenting dalam penguasaan sesuatu bahasa. Keupayaan berbahasa dan berkomunikasi lazimnya dilihat melalui penggunaan kosa kata selain daripada elemen lain seperti tatabahasa. Dalam pembelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab, masalah penguasaan
kosa kata sering kali menjadi halangan kepada pelajar untuk berkomunikasi. Aspek sebutan, makna, struktur kata kolokasi misalnya perlu dikuasai dengan baik untuk membolehkan penghasilan frasa, ayat dan wacana yang berkesan. Bagi para pengajar, kefahaman yang jitu terhadap proses penguasaan kosa kata dan juga strategi pengajaran yang berkesan dan pelbagai perlu dikuasai untuk membantu kejayaan penguasaan kosa kata pelajar. Buku ini sesuai dimiliki oleh mereka
yang terlibat dalam pendidikan dan penyelidikan kosa kata bahasa Arab. Ia mencakupi aspek teori seperti proses penguasaan kosa kata, ciri kosa kata Arab, jenis kesilapan
yang dilakukan oleh pelajar dalam penguasaan kosa kata Arab dan faktornya. Aspek praktikal pula merangkumi teknik dan strategi dalam pengajaran kosa kata Arab serta bentuk latihan dan ujian yang boleh digunakan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar
Peranan kata pinjaman Arab dalam memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa
Suatu hakikat yang tidak dapat disangkal ialah terdapat sejumlah besar kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu. Penggunaan kata pinjaman Arab ini meliputi pelbagai aspek; agama, ekonomi, politik, undang-undang, perubatan dan sosial.Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kata pinjaman Arab adalah positif sehingga dapat mengayakan bahasa Melayu itu sendiri. Justeru, kajian ini melihat sejauh manakah kata pinjaman Arab ini berperanan memperkaya bahasa Melayu dari pelbagai aspek yang mampu memperkukuh fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Seterusnya kajian ini menganalisis peranan kata pinjaman Arab tersebut berlandaskan aspek yang ditentukan. Untuk tujuan itu, sejumlah perkataan pinjaman Arab yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (KDEK4) dijadikan subjek kajian. Kata pinjaman Arab tersebut akan dikategorikan mengikut aspek yang dikemukakan oleh para sarjana bahasa. Hasil daripada penelitian yang dilakukan mendapati bahawa pengaruh dan kesan kata pinjaman Arab terhadap bahasa Melayu dilihat akan tetap dan terus berlaku hingga sekarang terutama sekali dalam bidang agama, perundangan, ekonomi dan hukum-hakam Islam. Hal ini adalah penting untuk membolehkan bahasa Melayu ini bergerak maju seiring dengan kemajuan yang dilalui oleh masyarakat penuturnya yang mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Negara Bangsa
Teknik persediaan nota Bahasa Arab dalam pengajaran
Abstrak
Persediaan nota di dalam kelas adalah perkara asas dalam proses pengajaran. Nota merupakan bahan yang dicatat semasa seseorang guru menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada menghadiri majlis ilmu, kelas amali dan perbincangan. Teknik pengambilan nota yang berkesan adalah amat penting dalam proses ini. Ramai di kalangan guru yang tidak mengetahui teknik pengambilan nota yang berkesan dalam pengajaran. Akibatnya, guru tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Kajian ini bertujuan melihat sejauh manakah penggunaan nota di dalam kelas dibuat oleh guru, memberikan gambaran kepada guru bahawa nota amat penting dalam proses pengajaran, memberikan panduan kepada guru cara-cara dan teknik menyalin nota yang baik. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan menemuduga beberapa guru Bahasa Arab untuk mengetahui kefahaman mereka mengenai “ note taking” dan teknik yang digunakan ketika mengambil nota di dalam kelas. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan peri penting menggunakan teknik yang berkesan ketika penyediaan nota di dalam kelas antaranya, mengenalpasti idea asas yang akan disampaikan, mendapatkan maklumat penting berkaitan pengajaran, untuk dijadikan bahan panduan semasa membuat ulangkaji. Selain daripada itu, persediaan sebelum memasuki kelas dapat membantu penyediaan nota dan kefahaman guru dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini dapat membantu seseorang guru menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan secara teratur dan meminati profesyen perguruan.
Kata kunci: note taking, teknik, persediaa
Mukhtasar pertumbuhan Bahasa Arab, dialeknya dan ilmu-ilmunya
Buku ini cuba menjelaskan sejarah pertumbuhan bahasa Arab sejak zaman awalnya, dialek Arab yang wujud di dunia Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam serta perkaitan
rapat antara qira’at al-Qur’an al-Karim dengan dialek Arab yang pelbagai. Ia juga menyentuh perkembangan ilmu nahu dan balaghah Arab serta tokoh tersohor yang telah menyumbang
jasa yang besar dalam pertumbuhan kedua-dua ilmu tersebut. Di samping itu, buku ini juga membicarakan usaha sarjana linguistik Arab dalam bidang leksikografi yang menghasilkan
pelbagai kaedah penyusunan kamus, manakala dalam bidang semantik pula dipaparkan pendapat ulama Arab silam dan pendapat moden yang dikemukakan oleh sarjana Barat
Penggunaan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
Kata pinjaman bermaksud kata yang dipinjam secara langsung daripada bahasa asing atau kata yang diterjemahkan atau konsep makna yang ditiru daripada kata asing tersebut. Perkataan Arab yang dipinjamkan ke dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek dan menyeluruh dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan Arab yang dipinjam ini telah melalui perubahan dari segi bunyi dan makna. Dari segi bunyi, beberapa perkataan Arab yang dipinjam telah melalui beberapa proses penyesuaian seperti: pengguguran satu daripada dua fonem yang sama, penggantian fonem dengan fonem lain. Dari segi makna pula, didapati berlaku perubahan dalam proses penggunaannya. Di antara perubahannya ialah kata-kata yang dipinjam diberi makna baru sama ada berlainan atau berlawanan. Kata pinjaman itu juga membawa makna yang lebih sempit atau dikhususkan daripada makna asalnya. Perubahan makna yang drastik ini ada kalanya mendatangkan masalah kepada pengguna. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar bahasa Arab mengalami kesukaran serta mengganggu kelancaran semasa menggunakannya dalam proses pembelajaran bahasa Arab. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ketepatan pelajar IPTA menggunakan kata pinjaman Arab ini dalam penulisan bahasa Arab mereka serta mengklasifikasi bentuk penggunaannya. Diharapkan rumusan kajian ini dapat membantu semua pihak yang terlibat sama ada dari pihak pengajar mahu pun pelajar. Dari pihak pengajar, diharapkan hasil kajian ini dapat membantu tenaga pengajar bahasa Arab supaya memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada pelajar terhadap aspek yang belum dikuasai oleh mereka. Ianya juga dapat membantu tenaga pengajar bahasa Arab untuk memilih bahan yang sesuai dalam pengajaran mereka. Manakala dari pihak pelajar pula, saranan yang sesuai akan diketengahkan untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam mengguna kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dengan betul dan tepat
- …
