1,720,975 research outputs found
Inovasi perkhidmatan awam Malaysia melalui pelaksanaan e-kerajaan: satu kajian empirik tentang penerimaan e-servis di Lembah Kelang
Tahun 2000, menyaksikan lebih banyak perkhidmatan awam di negara ini terinovasi melalui penggunaan kaedah elektronik. Perkhidmatan secara elektronik yang melibatkan permohonan, pembayaran, maklumat, komunikasi, perolehan, pungutan suara, pengurusan khidmat pelanggan dan aduan awam, bukan sahaja menjimatkan masa dan kos malah mampu mengurangkan khidmat konvensional melalui kaunter dan telefon, seterusnya membolehkan kakitangan awam memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting. Sungguhpun inovasi perkhidmatan ini dilihat cekap, namun kecekapan sebenarnya bergantung kepada penerimaannya dalam kalangan rakyat. Penggunaan inovasi ini dengan skala besar dan berterusan adalah penting agar matlamat dasar e-kerajaan itu tercapai. Bagaimanapun berdasarkan kajian, penerimaan ke atas inovasi ini khususnya melibatkan pembayaran elektronik melalui e-servis adalah rendah sungguhpun setelah lapan tahun perkhidmatan ini disediakan. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tersebut ialah persepsi rakyat tentang sejauh mana inovasi tersebut berfaedah kepada mereka, mudah digunakan, boleh dipercayai, mempunyai efikasi diri dan suasana yang mendorong kepada penggunaan inovasi seperti infrastruktur yang mencukupi
Apa hebatnya program transformasi kerajaan?
Program Transformasi Kerajaan (GTP) ialah satu program yang menekankan hasil kerja yang tinggi oleh kakitangan awam supaya rakyat mendapat kepuasan daripada perkhidmatan yang diberikan. Untuk meningkatkan kepuasan tersebut, transformasi secara besar-besaran dan berperingkat telah dilakukan ke atas beberapa sektor perkhidmatan seperti keselamatan, pendidikan, infrastruktur, dan pengangkutan awam dan kemudian dikembangkan kepada sektor perkhidmatan yang lain. Peningkatan kos sara hidup juga cuba dikawal oleh kerajaan melalui bantuan dalam bentuk baucar tunai, kad diskaun dan beberapa pemberian subsidi melalui produk 1Malaysia. Kehebatan GTP dilihat dari segi pelaksanaan, impak dan penerimaan. Dari segi pelaksanaan, penekanan ke atas hasil kerja yang tinggi ke atas kakitangan awam yang diukur melalui Indeks Prestasi Utama (KPI) telah mendorong kepada keberhasilan kerja dalam tempoh yang pantas. Bagaimanapun dari segi impaknya, tidak begitu dirasai oleh rakyat khususnya usaha kerajaan dalam membanteras jenayah dan rasuah. Ini menyebabkan penerimaan rakyat ke atas GTP adalah bersifat sederhana. Hasil survei mendapati, 51 peratus daripada responden menerima GTP secara sederhana, 36 peratus menerimanya pada tahap tinggi, manakala 13 peratus lagi menerimanya pada tahap rendah. Ini bermakna kerajaan perlu mempertingkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan GTP supaya sebahagian besar responden (64%) yang menerimanya pada tahap rendah dan sederhana dapat merasai kehebatan GTP seperti yang diuar-uarkan
Kecerdasan emosi, komunikasi non-verbal dan keterampilan peribadi para pekerja dalam konteks komunikasi keorganisasian
Kecerdasan emosi dan komunikasi non-verbal merupakan aspek komunikasi yang sangat penting
dalam hubungan antara manusia. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pekerja, maka
sesebuah organisasi boleh pincang dan tidak berdaya tahan. Justeru kajian ini dijalankan dengan
tujuan untuk menganalisis tahap kecerdasan emosi, kepentingan komunikasi non-verbal serta tahap
keterampilan peribadi kakitangan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching. Kajian ini juga
cuba mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina dan jawatan, serta menganalisis
pengaruh kecerdasan emosi ke atas keterampilan peribadi responden. Data yang diperoleh menerusi
kaedah survei dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan analisis min, ujian t,
korelasi dan regresi. Hasil dapatan menunjukkan tahap kecerdasan emosi kakitangan Lembaga Hasil
Dalam Negeri Cawangan Kuching berada pada tahap tinggi. Kesedaran kakitangan terhadap
kepentingan komunikasi non-verbal juga berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan keterampilan
peribadi yang dinyatakan oleh mereka, juga berada pada tahap tinggi. Melalui ujian t, ternyata
kumpulan pelaksana mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding kumpulan
pengurusan dan profesional. Perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina pula adalah tidak
signifikan. Sementara analisis regresi mendapati, kecerdasan emosi khususnya dimensi kesedaran
kendiri, motivasi diri dan kemahiran sosial memberi sumbangan varians ke atas keterampilan
peribadi sebanyak 50 peratus
Komunikasi strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi
Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi strategik merupakan komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi perlu dilihat sebagai suatu yang konstitutif, berlandaskan perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Dalam konteks kertas ini, sorotan literatur telah dibuat dan disintesiskan mengikut tema tertentu. Antaranya ialah perbincangan tentang skop komunikasi strategik yang boleh dilihat dalam konteks pendekatan, model dan konsep. Skop yang dibincangkan adalah pelbagai iaitu daripada suatu yang bersifat umum hinggalah kepada suatu yang bersifat khusus. Tema seterusnya yang disoroti ialah peranan komunikasi strategik dalam organisasi. Peranannya yang paling banyak dibincangkan ialah untuk mencari solusi dalam isu komunikasi keorganisasian, diikuti meningkatkan morale pekerja dan mengurangkan konflik emosi, menguruskan reputasi sektor awam dengan berkesan dan mendorong kepada proses perubahan keorganisasian. Komunikasi strategik turut dilihat dari perspektif keberkesanan komunikasi dan impaknya kepada organisasi. Dalam konteks ini, kajian lepas banyak membincangkan tentang elemen yang terkandung dalam komunikasi strategik yang mendorong kepada pencapaian komunikasi berkesan. Antaranya ialah pola komunikasi yang digunakan iaitu baik berupa arah komunikasi, saluran komunikasi, kandungan komunikasi dan gaya komunikasi. Aspek lain yang dilihat ialah peranan kepimpinan, hubungan interpersonal, perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi
Pengaruh pola komunikasi ke atas komunikasi strategik
Komunikasi strategik merupakan suatu bentuk tindakan berstrategi dan sangat penting untuk pembangunan organisasi kerana komunikasi dianggap sebagai penyumbang utama kepada kecekapan organisasi. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti pola komunikasi yang digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menganalisis sejauh mana pola komunikasi mempunyai hubungan dengan amalan komunikasi strategik dan sejauh mana pola tersebut mempengaruhi komunikasi strategik. Pola yang dianalisis ialah pola komunikasi atas ke bawah, pola komunikasi bawah ke atas, pola mendatar, pola berpenjuru dan pola komunikasi luar organisasi. Elemen komunikasi strategik yang dikaji pula ialah perancangan komunikasi, sokongan pengurusan atasan, mesej bersasaran, pemilihan dan penggunaan alat komunikasi, penilaian berterusan dan budaya kerja. Penetapan elemen tersebut adalah bersandarkan kepada Model Komunikasi Strategik Barret (2002). Model Barret ini telah diubah suai oleh pengkaji dengan menambahkan dua lagi elemen iaitu perancangan komunikasi dan budaya kerja. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan survei. Sebanyak 28 aduan yang dihantar oleh pengguna KTMB dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kemudian, survei pula dijalankan ke atas 200 responden yang terdiri daripada kakitangan komuter di Lembah Klang. Hasil kajian mendapati pengguna kerap menghantar aduan dan kebanyakan aduan berkait dengan pengurusan perkhidmatan dan budaya kerja. Pada masa yang sama, KTMB banyak mengamalkan pola komunikasi mendatar dan komunikasi luar organisasi berbanding pola komunikasi atas ke bawah, bawah ke atas dan berpenjuru. Melalui analisis korelasi, hasil kajian mendapati terdapat hubungan sederhana kuat antara pola komunikasi dengan komunikasi strategik. Manakala, bagi analisis regresi pula menunjukkan pola komunikasi mempengaruhi sebanyak 52.4 peratus varians terhadap komunikasi strategik
Advokasi dan penerimaan pengundi terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam PRU-13
Artikel ini membincangkan inisiatif kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) terhadap birokrasi dan perkhidmatan awam supaya hasilnya benar-benar dirasai oleh rakyat. Tumpuan perbincangan diberikan kepada bagaimana advokasi dilakukan dan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap program GTP tersebut bagi bidang yang diberi tumpuan. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, survei dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati advokasi dilakukan dengan kerap melalui media elektronik, khususnya segmen berita dan iklan, juga melalui media cetak atas talian. Melalui advokasi ini rata-rata responden sedar dan faham tentang GTP. penerimaan responden terhadap program GTP adalah pada tahap sederhana sahaja. Mereka memberi reaksi yang pelbagai tentang impak GTP: tiada impak bagi program pembanterasan jenayah dan rasuahimpak minimum bagi usaha mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan tahap penyediaan infrastruktur asas luar bandardan impak ketara hanya dikesan terhadap usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan pengangkutan awam bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kefahaman rakyat tentang GTP dan dasar awam berkaitan supaya mereka lebih mudah menerima dan terlibat dengan program tersebut
Impak persekitaran maklumat terhadap kepuasan komunikasi sektor awam
Sektor awam penting dalam merancang, membentuk dan melaksanakan pelbagai program
pembangunan demi memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Justeru,
kerajaan sentiasa melakukan pemantauan yang serius dengan pelbagai kaedah pengurusan
maklumat terhadap bidang tugas kakitangan awam, corak hubungan majikan dengan pekerja dan
tugas serta tanggung jawab yang diberikan supaya perancangan dan pelaksanaan kerja dapat
dilaksanakan dengan sempurna seterusnya membantu kerajaan mencapai matlamat yang diingini.
Sehubungan dengan itu, pengurusan komunikasi yang baik di dalam organisasi adalah amat
penting agar dapat menjana kepuasan komunikasi terhadap keseluruhan kakitangan dalam
organisasi yang dipercayai sebagai pemangkin kepada kepuasan individu terhadap pelbagai
aspek komunikasi yang berkaitan dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. Oleh yang
demikian, objektif utama kajian memfokuskan kepada hubungan di antara pengurusan maklumat
dengan kepuasan komunikasi. Kajian tertumpu kepada organisasi sektor awam dalam konteks
pengurusan maklumat yang berasaskan kepada Teori Maklumat Organisasi Weick (1979).
Kaedah kajian yang digunakan ialah Kaedah Survei yang melibatkan 420 kakitangan awam
kumpulan sokongan di lima buah kementerian di Putrajaya sebagai responden kajian.
Persampelan rawak mudah diaplikasikan dan soal selidik dijalankan dengan kaedah bersemuka
dan mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A merangkumi soalan berdasarkan profil
responden, Bahagian B memfokuskan kepada aspek-aspek utama Pengurusan Maklumat iaitu
persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi. Manakala, Bahagian C
menumpukan kepada kepuasan komunikasi. Pengukuran pembolehubah berdasarkan Skala
Likert dan dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Versi
17 dan AMOS (Analysis Moment of Structure) Versi 21. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara kesemua aspek pengurusan maklumat dengan
kepuasan komunikasi dalam kalangan kakitangan sokongan. Dalam konteks ini, dapatan kajian
mendapati bahawa aspek kitaran komunikasi dilihat lebih banyak menyumbang kepada kepuasan
komunikasi iaitu sebanyak 90% diikuti dengan aspek ketidakjelasan maklumat (28%) dan aspek
persekitaran maklumat (25%). Sementara itu, bagi faktor penyederhana seperti umur dan
pengalaman bekerja, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud kesan hubungan yang
signifikan di antara pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi. Diharapkan dengan
maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini, amalan yang signifikan pengurusan
maklumat yang lebih cekap dapat dilaksanakan secara berterusan untuk mempertingkatkan
kepuasan komunikasi dalam sektor awam. Selain daripada itu, kajian ini diharapkan dapat
dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian akan datan
Kepentingan kecerdasan emosi dalam komunikasi keorganisasian dan pengaruhnya terhadap kepuasan kerja
Kecerdasan emosi adalah sebahagian daripada aspek penting dalam komunikasi keorganisasian. Kecerdasan emosi merupakan aset penting kepada pekerja dan organisasi. Dengan adanya kecerdasan emosi, akan melahirkan pekerja yang seimbang dari segi fizikal, mental dan psikologikal. Kertas ini mengupas kepentingan kecerdasan emosi terhadap kepuasan kerja kakitangan pelaksana sukan sekitar Lembah Kelang. Kakitangan pelaksana sukan merupakan antara individu yang paling banyak berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat baik dari peringkat Menteri hinggalah kepada atlet dan peminat sukan yang datangnya daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Justeru kebolehan dan kemahiran mereka dari segi menguruskan emosi ketika berhadapan dengan stakeholder adalah sangat penting. Lima dimensi kecerdasan emosi dikaji untuk melihat tahap kecerdasan emosi kakitangan pelaksana sukan serta hubungan dan pengaruh kecerdasan emosi tersebut terhadap kepuasan kerja. Lima dimensi tersebut ialah kesedaran diri, kawalan diri, kemahiran sosial, motivasi diri dan empati. Berdasarkan analisis min, kelima-lima dimensi kecerdasan emosi kakitangan pelaksana sukan berada pada tahap tinggi. Melalui ujian korelasi pula, terdapat hubungan positif yang tinggi dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja (p<.01, r=0.83). Sementara analisis regresi pelbagai pula menunjukkan pengaruh yang signifikan bagi dimensi kemahiran sosial dan kesedaran diri ke atas kepuasan kerja(p<.01, R2 = 0.76). Ini menunjukkan bahawa kemahiran sosial dan kesedaran diri memberi pengaruh ke atas kepuasan kerja sebanyak 76 peratus. Tiga lagi dimensi yang dikaji
iaitu kawalan diri, motivasi diri dan empati adalah tidak signifikan
Penerimaan warga akademik UKM terhadap sasaran penetapan indeks prestasi utama (KPI) dan pengaruhnya terhadap komitmen kerja
Kertas ini membincangkan penerimaan inovasi penilaian prestasi kakitangan awam melalui
pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Melalui GTP, kakitangan awam diminta
meletakkan matlamat lebih tinggi daripada biasa dan mencabar diri untuk mencapainya. Oleh
sebab penetapan matlamat yang tinggi memerlukan usaha yang lebih untuk mencapainya, maka
kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana kakitangan awam khususnya warga akademik UKM
boleh menerima pembaharuan ini dan sejauh mana mereka bersetuju dengan pemberat yang
ditetapkan untuk setiap komponen yang dinilai. Kajian ini menggunakan survey ke atas warga
akademik yang bermula daripada jawatan guru hinggalah kepada profesor. Hasil kajian
mendapati, tahap penerimaan KPI oleh warga akademik UKM berada pada tahap tinggi untuk
semua kategori komponen yang dinilai. Bagaimanapun dari segi persetujuan terhadap pemberat
komponen KPI, secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dari segi pengaruh
penerimaan KPI ke atas komitmen kerja, daripada tiga komponen yang dijadikan pemboleh ubah
peramal, hanya komponen pendidikan memberi pengaruh yang signifikan (R2=.274p<.05) ke
atas komitmen kerja. Dua lagi komponen iaitu penyelidikan dan khidmat adalah tidak signifika
Komunikasi Berkesan dengan Warga Emas: Dari Perspektif Intervensi Kerja Sosial (Effective Communication with Senior Citizens: A Social Work Intervention Perspective)
- …
