3,035 research outputs found
PP KOMUNIKASI SAMBUT BAIK KOLABORASI BIDANG MEDIA DENGAN MPRC
PULAU PINANG, 3 Oktober 2015 – Kolaborasi antara Berita Kampus Universiti Sains Malaysia (USM)
dengan Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) akan membantu dan memberi ruang kepada PP
Komunikasi untuk berada pada satu tahap yang lebih tinggi dari sudut idealistik dan praktisnya dalam
penerbitan berita
MPRC DIMINTA TONJOL PANDANGAN CENDEKIAWAN UNTUK PERKUKUH JATI DIRI
PULAU PINANG, 2 September 2015 – Pusat Media dan Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia
(MPRC USM) diminta untuk berusaha mendapatkan pandangan dan pendapat tokoh-tokoh
cendekiawan negara teruramanya mereka yang telah lama terlibat dalam proses pembinaan dan
pembangunan negara dalam memperkukuh jati diri dan memberikan maklumat tepat tentang perkara
yang berkaitan dengan usaha pembangunan masyarakat dan negara ini
BOLING ERAT HUBUNGAN USM-MEDIA
PULAU PINANG 20 Mei. - Pusat Media dan Perhubungan Awam(MPRC) Universiti Sains Malaysia
(USM) buat kali kedua menganjurkan pertandingan boling antara pengamal media di Pulau Pinang
dan staf USM dalam usaha mengeratkan hubungan bersama sempena program Media@ USM 2015
GABUNG KEPAKARAN: USM CADANG TUBUH PUSAT MEDIA DAN PUSAT PERISIAN
PULAU PINANG, 3 Oktober 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang menubuhkan Pusat Media
(Media House) serta Pusat Perisian (Software House) dengan menggabungkan segala kepakaran bagi
memperkasa gedung ilmu dan memberi impak kepada komuniti secara menyeluruh.
Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, kedua-dua pusat berkenaan bakal
menggabungkan mereka yang berkepakaran dalam bidang yang berkaitan untuk manfaat Universiti
secara lebih besar
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SERU PELA\JAR JADI SISWAZAH BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
PULAU PINANG, 30 Ogos 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) diharap akan menjadi aset dan siswazah yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. "Sebagai alumni USM saya mengucapkan selamat datang kepada para pelajar dan saya ingin melihat para pelajar terus berjaya pada masa hadapan dengan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk melengkapkan diri dan menjadi seorang yang holistik dan berciri keusahawanan," kata Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Idris Jusoh dalam rakaman khas oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) yang ditayangkan kepada pelajar dalam Majlis Sambutan Siswa Lestari di sini pagi ini
USM TUBUH 2 PUSAT BAHARU DAN PERKUKUHKAN PUSAT MEDIA
PULAU PINANG, 21 Januari 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) menghargai sumbangan media dan
perhatian besar yang diberi selama ini.Bercakap dalam Perutusan Tahunan Naib Canselor “Bersama-sama untuk Kecemerlangan Universiti
(BUKU) 2015” yang bertemakan Memacu Kecemerlangan Pengajian Tinggi Negara di sini, Naib
Canselornya Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, seluruh kakitangan USM perlu sedar terhadap
perhatian masyarakat terutamanya melalui media kepada universiti selama ini berdasarkan begitu
banyak liputan yang diperolehi selama ini
USM TUBUH PUSAT SENI REKA
PULAU PINANG, 22 Ogos 2015 – Creative Design House (CDH) Universiti Sains Malaysia (USM)
mempelopori pusat seni reka yang menyatukan semua pereka dari pelbagai pusat dan jabatan di
bawah satu bumbung untuk memainkan peranan dalam penjenamaan dan entiti universiti termasuk
untuk peningkatan kualiti produk penyelidikan
PENSYARAH USM RUNGKAI MANFAAT DAN ANCAMAN MEDIA SOSIAL BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI PULAU PINANG
PULAU PINANG, 14 Disember 2016 – Sekumpulan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari
Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) telah
merungkai manfaat dan ancaman media sosial bersama pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar
Pulau Pinang yang hadir menyertai program “Smart Thullab 2016” anjuran Pusat Islam USM baru-baru
ini
VC: HIGHLIGHT SCHOLARS’ VIEWS TO ENHANCE SELFWORTH AND PROMOTE NATION BUILDING
PENANG, September 2015 – The Media and Public Relations Centre, Universiti Sains Malaysia
(MPRC USM) has been called upon to gather the views and opinions of the country’s prominent
scholars, especially those who have been long involved in the nationbuilding
and development
process, in order to enhance the sense of selfworth
within the community and to provide more
clarity to the information on efforts relating to the development of the society and the country
USM TUBUHKAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
KUBANG KERIAN, 25 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia
(USM) kini menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam kampus di Kampus Kesihatan.
PDK PPSK mula beroperasi sejak 2014 lagi dan bergerak secara sukarela namun kini telah mendapat
kelulusan geran sebanyak RM108,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tempoh
baki setengah tahun 2016
- …
