1,720,978 research outputs found

    Dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut di Pantai Timur Borneo Utara semasa zaman Kesultanan Sulu (1704-1878)

    Full text link
    Makalah ini membincangkan dasar pemerintahan Kesultanan Sulu dalam pembangunan ekonomi kelautan di pantai timur Borneo Utara. Terdapat empat dasar utama, iaitu dasar pengawalan ekonomi; dasar monopoli perdagangan; dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut, dan; dasar amalan perlanunan dan perhambaan. Makalah ini memfokus dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut, yang menjadi agenda utama alam pembangunan ekonomi di pantai timur Borneo Utara. Kepentingan dasar ini adalah berikutan perkembangan pesat pelabuhan Jolo dan permintaan bahan mentah yang tinggi oleh China. Dasar ini dilaksanakan oleh golongan pembesar Sulu yang bertindak sebagai pemodal dalam aktiviti memungut, menangkap dan memasarkan. Dasar ini berjaya mencapai matlamat untuk menguasai kekayaan sumber laut di perairan pantai timur Borneo Utara. Kejayaan dasar ini membuktikan Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan yang berpentaskan laut sebagai teras kuasa politik dan ekonomi di rantau Asia Tenggara

    Perlaksanaan boat and fisheries ordinance 1914 sebagai asas pendidikan undang-undang perikanan kepada komuniti nelayan bajau di Borneo Utara, 1915-1939

    No full text
    Undang-Undang Perikanan dan Perahu Tahun 1914 telah diisytiharkan oleh Gabenor BNBCC (British North Borneo Chartered Company) pada tahun 1915 berhubung-kait dengan perihal peraturan-peraturan perikanan dan perahu yang digunakan oleh nelayan Bajau dalam aktiviti-aktiviti mengangkap ikan dan hasil-hasil laut yang lain. Tujuan Undang-Undang (Ordinan) diisytiharkan bukan sahaja untuk mengenalpasti perahu dan jenis-jenis peralatan yang digunakan oleh nelayan Bajau, tetapi juga lebih bertujuan untuk memperolehi hasil pendapatan daripada kutipan bayaran lesen dan cukai pendapatan yang dikenakan. Artikel ini – dengan menggunapakai pendekatan kualitatif, kaedah sejarah, dan sorotan literatur – cuba menghuraikan Ordinan dan perlaksanaannya. Dapatan menunjukan bahawa terdapat empat aspek utama yang berkaitan dengan Undang-Undang Perikanan, iaitu penguatkuasaan sistem perlesenan dan pendaftaran perahu; sistem bayaran cukai pendapatan; sistem kredit bagi anak negeri; dan sistem tauke China. Titik tolak daripada perlaksanaan Ordinan ini jelas memperlihatkan satu asas pendidikan Undang-Undang Perikanan kepada komuniti nelayan Bajau di Borneo Utar

    Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo,1846-1923

    No full text
    Kajian ini membincangkan mengenai sejarah Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo dari tahun 1846 hingga tahun 1923. Jaringan maritim merupakan rangkaian dan hubungan ekonomi di laut yang berhubung kait dengan aktiviti perdagangan, pelabuhan dan perkapalan. Semua aspek ini sangat penting bukan sahaja untuk British mencipta keuntungan semata-mata tetapi juga untuk melihat kepentingan pulau ini dalam konteks sejarah maritim di Borneo. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang memberi tumpuan kepada sumber primer dan sumber sekunder dalam mendapatkan bahan-bahan kajian. Berdasarkan rekod-rekod sejarah jelas menunjukkan bahawa British telah berusaha mengeksploitasi sumber ekonomi di pulau ini sehingga menjadikan pulau ini sebagai tanah jajahan British pada tahun 1846. Walaupun dasar ekonomi British lebih menitikberatkan ekonomi berasaskan tanah daratan, namun aspek perdagangan, pelabuhan dan perkapalan juga turut menjadi tumpuan utama British di pulau ini

    Dasar dan karakter pemerintahan kesultanan sulu dalam Menguasai ekonomi maritim di laut sulu sebelum abad ke-19

    Full text link
    Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebagai sumber ekonomi utama mereka. Kedua, untuk membuktikan bahawa aspek dasar dan karakter pemerintah sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan penguasaan ekonomi maritim. Makalah ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif dalam mendapatkan sumber penulisan yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Hasil makalah ini mendapati bahawa terdapat empat dasar yang dilaksanakan untuk menguasai Laut Sulu, iaitu dasar pengawalan ekonomi (untuk menghubungkan Laut China Selatan-Laut Sulu), melebarkan wilayah perdagangan, agenda ekonomi berasaskan sumber laut dan aktiviti rompakan dan pemburuan hamba. Semua dasar ini memperlihatkan karakter pemerintah yang menitikberatkan ekonomi maritim berbanding dengan ekonomi tanah daratan. Apa yang menentukan kejayaan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi Laut Sulu sebenarnya adalah disebabkan oleh dasar dan karakter ini sehingga dikenali sebagai sebuah kerajaan maritim yang berpengaruh dan disegani di rantau Alam Melayu

    Sejarah Asal Usul Iranun dan Balangingi di Tungku, 1840-1879

    Full text link
    Artikel ini mengupas tentang sejarah asal usul Iranun dan Balangingi di kawasan Tungku, Lahad Datu. Kedua-dua suku kaum ini merupakan antara suku kaum yang sebahagian besarnya terlibat dengan aktiviti ekonomi berasaskan kelautan. Terdapat juga sebahagian suku kaum ini yang terlibat dalam menjalankan aktiviti kegiatan pelanunan di kawasan Asia Tenggara. Kegiatan pelanunan telah dikaitkan dengan suku kaum ini disebabkan kemahiran pelayaran. Budaya cara hidup suku kaum ini khususnya yang menjalankan aktiviti pelanunan dan penculikan hamba di sepanjang perairan Kepulauan Borneo telah menyebabkan mereka telah ditakuti oleh para pelayar. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu temu bual selain sumber rujukan dan akhbar dan buku. Hasil kajian awal mendapati kedudukan geografi menjadi salah satu pemangkin kehadiran mereka di kawasan Tungku, Lahad Datu

    Conservation and sustainability of turtle from the perspective of social science in Bakungan Kecil Island, Sandakan, Sabah, Malaysia

    Full text link
    The writing of this paper aims to report on the results of research conducted on the conservation and sustainability of turtle in Bakungan Kecil Island in Sandakan, Sabah, Malaysia. Nowadays, turtles have been categorized as among the endangered species of life due to various factors. In fact, this study aims to find alternatives in the method of conserving and preserving turtle cubs from a social science perspective in addition to using existing methods of hatchery. The study began to be conducted for ten months from January to October 2022. The results from this study show that besides using the hatchery method there are three more methods that can be used in the conservation and sustainability of turtle, namely using cage, pond and tank method

    Analisis asal usul nama “Sabah” dalam pelbagai sumber

    No full text
    Makalah ini membincangkan tentang asal usul nama "Sabah" dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Penggunaan nama "Sabah" dalam beberapa dekad terakhir telah mencetuskan tafsiran dan kontroversi yang unik. Nama "Sabah" diyakini bermula ketika kedatangan orang Eropah melalui rujukan alkitab, khususnya "Saba dan Zaba". Selain itu, sumber-sumber tempatan juga menyebut nama "Saba" atau "Sabak" yang merujuk kepada tanah di seberang hujung. Rujukan dari Brunei juga mengaitkan nama "Saba" dengan "Sabah" dalam Silsilah Raja-Raja Brunei. Sumber-sumber Eropah dan Cina juga mengenalinya sebagai "Saba," yang mendorong kedatangan mereka ke Borneo Utara. Perlu dicatat bahawa Overbeck, dalam kedatangannya ke Borneo Utara, diangkat sebagai "Maharajah Sabah" oleh Sultan Abdul Momin pada 22 Disember 1877. Fakta ini menarik dan turut menjadi fokus pembahasan. Dengan demikian, makalah ini bertujuan untuk membincangkan asal usul nama "Sabah" berdasarkan pelbagai sumber yang telah dikaji

    Ethnolinguistic pluralism and multiculturalism in contemporary Indonesia: A case study of minority Javanese Muslim migrants in Bali

    No full text
    This article examines how majority-minority relations in Bali, Indonesia, have changed in the last decade, in the context of multiculturalism and multilingualism. It does so through a case study of the socio-cultural practices of minority Muslim migrants in a predominantly Hindu community in the village of Sumerta, which is part of Bali’s capital city of Denpasar. The study shows fresh evidence for the dynamic nature, issues and challenges of interethnic/religious relations at the most local level, a matter of great significance in debates on cultural pluralism, multilingualism, tolerance and modern democracy on the broader national and global levels. Our discussion and analysis make use of methodological and theoretical insights from sociotechnical linguistics, in combination with history and cultural studies. We argue that the cultural-religious and social practices of the different ethnolinguistic groups in this village are based on culturally plural community interactions, where the different ethnic and religious groups remain separate. Intergroup relations, however, show positive forms of cultural and linguistic engagement, primarily symbolic in nature, and thus tend towards multilingualism as an indicator of multiculturalism

    Teori Migrasi Masyarakat Bajau Di Mengkabong, Pantai Barat Borneo Utara

    Full text link
    Makalah ini ingin melihat sejauh mana perbincangan berkaitan teori migrasi masyarakat Bajau di Mengkabong, Pantai Barat Borneo Utara. Kajian ini akan membincangkan berkaitan perkembangan masyarakat Bajau di lokasi yang dinyatakan meliputi teori asal usul, populasi dan sosioekonomi masyarakat ini. Berdasarkan kajian lepas, didapati tumpuan terhadap penyelidikan masyarakat Bajau Mengkabong kurang mendapat perhatian terutamanya teori imigrasi sama ada dari Johor atau Kepulauan Filipina yang masih dipersoalkan sehingga hari ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dan berbentuk kualitatif. Bahan dan sumber bagi kajian ini diperoleh dari Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Malaysia, Pejabat Ketua Menteri Sabah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati masyarakat Bajau adalah berasal dari Kepulauan Johor-Riau. Hal ini turut turut disokong oleh para sarjana yang menyatakan terdapat persamaan ciri-ciri fizikal, linguistik mahupun budaya antara masyarakat Bajau di Mengkabong dan masyarakat Melayu dari Kepulauan Johor-Riau
    corecore