1,721,034 research outputs found

    Fikrah ISIS

    No full text

    Siapakah ISIS?

    No full text
    Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan fenomena Da’esh ataupun lebih dikenali ramai sebagai ISIS ataupun ISIL dan IS. ISIS atau IS adalah rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri daripada tiga organisasi jihad yang berbeza. Mereka adalah Ansar Al-Islam yang terdiri daripada kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal. Kedua, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Jamaah At-Tawhid wa Al-Jihad di bawah pimpinan Abu Mus’ab Az-Zarqawi (nama asalnya: Ahmed Fadel Nazar Al-Khalayleh) yang berhijrah ke Iraq bagi elancarkan jihad memerangi pendudukan tentera AS ke atas bumi Iraq. Akhir sekali, kumpulan mujahidin Al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan AS ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September2. Pada asalnya, Abu Mus’ab Az-Zarqawi tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Tanzim Al-Qaeda. Namun kerana karisma dan kepimpinannya, dia dilantik sebagai Amir kepada kumpulan-kumpulan itu. ....

    ISIS: IS/ISIL/DAESH

    Full text link
    Selepas tercetusnya revolusi rakyat di Syria pada tahun 2011, umat Islam telah menyaksikan siri peperangan saudara di antara rejim Bashar al-Asad dan rakyatnya. Walaupun kebangkitan rakyat di Syria bukanlah semestinya serupa seperti kebangkitan rakyat di negara-negara Arab Spring lain seperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman, namun krisis yang berlaku mempunyai implikasi yang sama ataupun lebih dahsyat dari apa yang berlaku di negara-negara berkenaan. Sehingga hari ini, belum lagi ada apa-apa petunjuk yang menampakkan peperangan saudara di Syria akan berakhir. Peperangan saudara di Syria mempunyai satu kelainan berbanding revolusi di negara-negara Arab Spring, iaitu ianya berkait dengan Iraq, dan ianya menimbulkan isu lain yang telah mengaburi isu asalnya iaitu perlawanan di antara rejim diktator Bashar al-Asad dengan rakyatnya. Isu yang terkini timbul rentetan dari peperangan saudara di Syria ialah isu Islamic State (IS) atau Dawlah Islamiyah, ataupun sebelum 29 Jun 2014 dikenali sebagai Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL), ataupun di dalam bahasa Arabnya dipanggil Da’esh (Dawlah Islamiyah fi al-Iraq wa Bilad al-Syam). Persoalannya siapakah IS? Apakah pegangan mereka? Bagaimanakah cara berfikir mereka? Bagaimana pulakah hukum penglibatan anak-anak muda Muslim kita dengan IS? Buku yang menghimpunkan tulisan para ilmuwan, ulama dan pengkaji ini bertujuan untuk memperkenalkan IS, fikrah mereka, pandangan para ulama kontemporari terhadap mereka, segala yang berkaitan dengan penglibatan mereka di dalam isu Iraq dan Syria, dan juga menanalisis tentang factor-faktor yang mebawa kepada aktiviti ekstrimisme dan keganasan, serta beberapa perbincangan tentang jihad yang sebenar di dalam Islam

    Generasi kedua politikal Islam: wacana baru gerakan Islam

    Full text link
    Penampilan Generasi Kedua Politikal Islam ini bukan satu yang bersifat drastik, mengejut atau tetiba. Sebaliknya Gen-2 lahir dari rentetan pergolakan serta kesedaran yang mendalam tentang sifat Gen-1 yang tidak lagi mampu mendepani cabaran sengit persaingan politik dalam pentas demokrasi lantas mengambil jalur pemikiran yang sama ada kembali kebelakang yakni satu ‘retrogression’ atau akan terus membeku

    Ulama, kepimpinan ulama dan politik dalam kerangka gerakan Islam

    No full text
    Menurut para pemikir politik Islam kontemporari seperti Rashid Ghannoushi, Muhammad Salem al-Ewa dan Muhammad Emarah, selain dari tugas utama ulama menjadi penerus risalah para Nabi serta menjadi pembawa amanah ilmu Islam, mereka perlu mempunyai peranan yang aktif di dalam ruang pembangunan sosial, pendidikan umat, politik dan juga ekonomi. Sepanjang sejarah umat Islam, ulama sering menjadi pihak ketiga di antara rakyat dengan pemerintah. Artikel ini cub amengupas peranan ulama dan kepimpinan ulama di dalam kerangka politikal Islam, dan juga perkembangan realiti kedudukan ulama di dalam gerakan-gerakan Islam berteraskan fikrah Ikhwanul Muslimun

    Book Review: Foundation of Islamic Governance: A Southeast Asian Perspective

    Full text link
    At frst, this reviewer was reluctant to pick up this book. He was not very interested in Islamic political economy and he was not sure what he could gain by reading this book. He turned out to be completely wrong. Maszlee Malik has written a superb book that provides an intellectual framework for anyone interested in deconstructing Western paradigms in the social sciences, economics and management. He proposes an Islamic alternative that goes beyond Islamic political economy but touches at the core of how the Muslim world might look like in the future. This reviewer proposes to frst outline the various chapters before making some further observations. The book is composed of an introduction and eight chapters. These are: Introduction; Chapter 1 (Governance: Defnitions and conceptual framework); Chapter 2 (Deconstructing the concept of good governance); Chapter 3 (Religion and governance: A philosophical enquiry); Chapter 4 (Ontological and epistemological sources for Islamic governance); Chapter 5 (New approach to the texts: Epistemological methods-related concerns); Chapter 6 (Contribution of Muslim scholars in the development of knowledge base for governance); Chapter 7 (Architectonics of Islamic governance: Locating the axioms, foundational principles and working mechanisms); and Chapter 8 (Articulation of Islamic governance). The titles of the chapters indicate the only problem with the book. Its academic style can be off-putting for readers. However, once this reviewer got used to this somewhat formal style of writing, reading this book became very instructive
    corecore