1,724,963 research outputs found

    Membudayakan profesionalisme guru Pendidikan Islam yang cemerlang

    Get PDF
    Membudaya profesionalisme guru Pendidikan Islam memberi maksud untuk membiasakan sesuatu tingkah laku yang baik supaya berbudaya atau beradab dengan sifat kemampuan, kemahiran, dan cara pelaksanaan sebagaimana yang sewajarnya dilakukan oleh seorang yang bersifat profesional (Anom, 2005). Tingkah laku profesional tersebut pula dikaitkan dengan tatacara kehidupan guru Pendidikan Islam yang berlandaskan di atas landasan cemerlang guru dari perspektif Islam (Jasmi, Kamarul Azmi, 2008d; Jasmi, 2010; Jasmi & Nawawi, 2012).Tulisan ini akan cuba mengupas sikap membudayakan profesionalisme guru Pendidikan Islam yang cemerlang yang terdiri daripada budaya pengajaran yang cemerlang yang berinovasi (Tamuri, Ab. Halim et al., 2004; Tamuri, Ab Halim et al., 2012b; Sulaiman & Jasmi, 2013; Nawawi & Jasmi, 2013; Jasmi & Salleh, 2013; Jasmi, 2013; Ilias et al., 2013), budaya kecekapan bertahap tinggi (Shuib, 2006; Abdullah & Ngang, 2006), budaya sosial yang versatile (Jasmi et al., 2007; Zaid & Jasmi, 2012), dan budaya keilmuan yang bertaraf mampan (Jasmi & Tamuri, 2007c; Jasmi, Kamaru Azmi, 2014)

    Zarkasi, Kamarul

    No full text

    Kamarul Zaman pelajar terbaik Sarjana Eksekutif

    Get PDF
    Ilmu harus dipelajari sehingga ke akhir hayat, itu menjadi pegangan adinda Sultan Pahang, Leftenan Kolonel Tengku Datuk Seri Kamarul Zaman Sultan Sir Abu Bakar, 56, dalam menjalani kehidupannya

    Baru not surprised to be UUM lecturers new target

    Get PDF
    KUCHING: State Parti Keadilan Rakyat(PKR)chairman BaruBian is not surprised that Universiti Utara Malaysia (UUM) lecturer Dr Kamarul Yusoff has started to target him

    Open caption Telop as a teaching tool in Japanese language classroom / Kamarul Azam Kamarul Azmi

    No full text
    One of the biggest challenges in teaching a foreign language (FL) during a pandemic is providing a natural setting for learners to practise the target language. Alternatively, scholars have found that presenting videos with captions can enhance various language skills and improve the viewing experience for FL learners. To date, numerous studies on captioned video for FL teaching have been conducted for European languages, especially English, where normal captions are used. This raises the question of whether captions in other languages, particularly Japanese, can bring the same effect as English captions. This study involved eight undergraduate students from the Universiti Malaya who majored in Japanese. Participants were recruited to join an 8-week course called ‘Learning Japanese via Telop’. During the course, participants were taught using a distinctive Japanese caption called telop, and several assignments were given, including vocabulary recognition tests, video comprehension tests, video analysis sheets, and learning diaries as in-class and at-home assignments. The findings of this study demonstrated that the multiple functions and attributes of telop can help instructors facilitate Japanese language teachings, such as enhancing understanding of meaning, pronunciation, and grammar, as well as cultural learning such as lifestyle and attitude. Participants reported that telop helped them understand Japanese better, enhanced their learning experiences, and promoted language practice. The study also highlighted several factors, such as criteria for video selection, technical issues, and pedagogy, that influenced the success of using telop as a teaching tool. Overall, this study suggests that Japanese language instructors should consider using telop as a teaching tool as an alternative way to expose Japanese language learners to a natural setting of the Japanese language. The study also recommends that future research may use mixed method, using instruments such as questionnaires and tests, to measure the effect of telop on learners’ perceptions and actual learning outcomes

    Mahasiswa dan amalan kerohanian dalam kehidupan

    Get PDF
    Amalan kerohanian atau riadah rohani merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian sebagai individu Muslim. Hal ini demikian kerana kita merupakan khalifah di muka bumi Allah dan ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT bukan terletak pada pangkat atau harta, tapi pada amalannya (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002; Basiran et al., 2012). Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Hujurat, 49:13) Secara umumnya, kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia (Kamus Dewan, 2005). Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik. Dalam hal ini, kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama (Al-Ghazali, t.th.). Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan diikuti kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral dan sosial masyarakat serta penetapan undang-undang (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002). Seterusnya undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan amalan baik yang dilakukan oleh seseorang individu. Hal ini penting bagi setiap individu Muslim agar memastikan keadaan rohaninya sentiasa dalam keadaan baik dalam rangka untuk menjadi hamba dan khalifah Allah yang terbaik (Al-Nawawi, 2007)

    Mahasiswa dan penulisan kertas kerja akademik

    Get PDF
    Salah satu perkara penting bagi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi ialah menghasilkan kertas kerja akademik bagi setiap kursus yang mereka ambil. Penghasilan kertas kerja akademik ini merupakan salah satu elemen penting bagi mahasiswa untuk dibiasakan dan dihasilkan agar setiap pelajar mampu diasah bakat mereka untuk menulis dari awal sesuatu hasil akademik dalam bidang yang mereka ceburi. Menulis kertas kerja akademik tidak semestinya mesti menunggu untuk pembentangan kertas kerja di seminar kebangsaan dan antarabangsa, dan bab dalam buku. Penulisan ini boleh dihasilkan sekalipun pembentangan hanya dilakukan untuk seminar kursus bagi sesuatu fakulti (Page & Brin, 2014). Penghasilan kertas kerja yang berkualiti pada hakikatnya adalah asas kepada penulisan yang lebih tinggi tingkatannya sekiranya para pelajar dibiasakan dengan penulisan akademik yang sebenar. Hal ini kerana menghasilkan kertas kerja akademik tidak sukar untuk mahasiswa sekiranya mereka dibiasakan dengan kaedah penulisan yang betul dalam membuat kertas kerja akademik (Creme, 2008). Masalah yang paling besar bagi para mahasiswa ialah sikap para pensyarah sendiri yang tidak begitu peka untuk membantu para pelajar untuk menulis dan melaksanakan kerja kursus mengikut kaedah penulisan kertas kerja akademik yang betul. Hal ini ditambah lagi dengan sikap mahasiswa yang mengambil mudah dalam penulisan kertas kerja akademik sehingga hanya menghasilkan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal (copy and paste) daripada mana-mana sumber tulisan dalam internet untuk dijadikan kertas kerja mereka. Mereka melakukan tugasan kertas kerja tanpa sebarang aktiviti mengarang daripada hasil karangan mereka sendiri. Oleh itu, bab ini cuba mengupas persoalan penghasilan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal dari segi aspek etika akademik. Selain itu, bab ini juga memberikan panduan yang berguna untuk menghasilkan satu penghasilan kertas kerja akademik yang sebenar dan berkualiti

    Pengimarahan surau dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

    Get PDF
    Surau sekolah adalah merupakan tempat untuk melakukan ibadat. Namun begitu, fungsinya bukan semata-mata untuk melakukan ibadat seperti solat sahaja tetapi boleh dijadikan tempat melaksanakan aktiviti dakwah, hari kebesaran Islam dan pengukuhan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam (Ab. Halim et al. 2003). Keistimewaan di surau sekolah adalah kerana mempunyai prasarana yang dapat membantu pelajar dalam memahami teori dan praktis dalam Pendidikan Islam (Jasmi Amin et al. 2010. Surau sekolah juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah (BPI 2014, Kamarul Azmi & Mohd Faeez 2011). Dalam konteks pendidikan Islam masa kini, surau sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu diimarahkan daripada aspek penggunaannya secara menyeluruh. Model Masjid Nabawi yang dirintis oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan sebagai pemangkin keberkesananan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah

    Mahasiswa dan pembelajaran berkesan

    Get PDF
    Belajar di universiti berbeza dengan belajar ketika di sekolah menengah dan pra universiti. Pada peringkat ini kecemerlangan pelajar adalah bergantung pada keupayaan yang lebih menyeluruh bagi setiap kursus, iaitu penilaian dilaksanakan dengan sebahagian besar pemarkahan adalah daripada penilaian berterusan dan sebahagian kecil pula datang daripada peperiksaan. Lagi tinggi tahap pengajian di universiti, maka semakin kecil penilaian dalam bentuk peperiksaan. Sehingga ke tahap pengajian Doktor Falsafah, penilaian dalam bentuk penilaian berterusan dan penghasilan sesuatu kajian adalah menjadi keutamaan. Oleh sebab itu, teknik belajar di universiti juga sudah tentu berbeza dengan teknik belajar pada peringkat sebelumnya. Bab ini akan cuba mengupas beberapa kemahiran yang sangat penting dalam proses pembelajaran para pelajar di universiti, iaitu kemahiran membaca, kemahiran mengambil nota, kemahiran bercakap, kemahiran menulis tulisan akademik, serta kemahiran mengulang kaji dan menjawab peperiksaan
    corecore