1 research outputs found

    Etnografi Visual, FSGK, UNIMAS Artifak Suku Iban Kg Ketimbong, Sarawak

    No full text
    Laman sesawang ilmiah ini dibangunkan oleh 20 orang pelajar Tahun 3 (2020), Pengkhususan Fotografi, Program Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), dibawah seliaan dan suntingan Encik Anuar Bin Ayob. Laman sesawang ini adalah suatu hasil penerbitan kreatif bagi subjek GKV3195 -Etnografi Visual dalam menterjemahkan hasil kerja lapangan yang telah dilakukan bagi mengkaji budaya serta kehidupan etnik serta masyarakat yang dipilih. Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data menerusi kaedah pemerhatian dan penyertaan para pelajar bersama kelompok etnik atau masyarakat yang dikaji. Hasil penerbitan kreatif dari kajian ini diharap dapat memanfaatkan komuniti setempat dan juga masyarakat luar dalam menjadi sumber rujukan umum ataupun akademik pada masa hadapan. Etnik yang dikaji adalah etnik Iban dari Kampung Ketimbong, Sebuyau, Sarawak. Kampung Ketimbong mula ditubuhkan pada sekitar tahun 1078. Ketua rumah panjang yang pertama ialah Juti. Juti diganti oleh anak beliau iaitu Jamit setelah kematiannya. Kemudian Jamit diganti oleh anaknya iaitu Ungga sehingga kini setelah ketiadaannya. Ia merupakan 3 keturunan dari salasilah yang sama memegang tugas sebagai tuai rumah. Juti berasal dari Batang Skrang lalu berpindah ke Ulu Sebuyau dan membuka penempatan baru di Ketimbong. Dahulu, penduduk di kawasan Ketimbong tidak ramai hanya terdiri dari keluarga Juti sahaja. Hasil dari kelahiran 3 generasi oleh keluarga Juti telah menyebabkan penduduk Kampung Ketimbong bertambah dari 6 pintu (dahulu) sehinggalah 16 pintu (sekarang). Ayah Ungga iaitu Jamit mempunyai 12 orang adik beradik, 11 daripadanya masih hidup manakala seorang sudah meninggal dunia. Menurut cerita ayah Ungga yang diperturunkan kepada Ungga, asal nama kampung Ketimbong bermula dari seorang perempuan Cina yang dipercayai seorang penjual kain, yang mandi menggunakan kain di mana kain tersebut telah mengelembung disebabkan buih lalu jadi digelar oleh penduduk tempatan sebagai Ketimbong
    corecore