1,721,052 research outputs found

    Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia

    No full text
    Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Islam melibatkan tiga komponen utama iaitu ekonomi, kebudayaan dan keagamaan konservatif. Dalam konteks implikasinya kepada Malaysia, penubuhan Pusat Pelancongan Islam pada awal tahun 2010 menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pembangunan sektor pelancongan Islam negara. Sorotan konsep dan teoretikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu pelancongan Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya

    Prioriti sukan dalam motif percutian pelancong

    No full text
    Sejajar dengan perkembangan pelancongan sukan dan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa yang semakin pesat di Malaysia, kajian tentang prioriti sukan dalam motif percutian perlu dilakukan kerana ia mempengaruhi tahap penglibatan dan responsif mereka terhadap subpelancongan berkenaan. Artikel ini meneliti tentang sejauh mana prioriti diberikan kepada faktor sukan dalam keputusan untuk melancong sebagai satu kajian awal di Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan 190 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menunjukkan prioriti sukan sebagai motif percutian secara relatif adalah rendah berbanding dengan tujuan untuk bercuti, rekreasi dan mengisi masa lapang serta melawat rakan dan saudara-mara. Responden berpendapat aktiviti rekreasi adalah lebih penting berbanding dengan kecergasan, mengisi masa lapang dan hiburan, namun secara puratanya menunjukkan nilai melebihi 82%. Hasil kajian turut mendapati 74.7% daripada responden menggunakan kemudahan sukan dan rekreasi di tempat penginapan dan 63.2% menyertai aktiviti sukan dan rekreasi dapat memenuhi masa lapang (83.2%) serta dapat menarik minat pelancong untuk melibatkan diri dan menyaksikan acara berkenaan (82.6%). Secara keseluruhannya, prioriti sukan dalam motif percutian terutamanya dalam kalangan penduduk masih rendah. Pelbagai strategi dan langkah perlu dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan penduduk tempatan, pelawat harian dan pelancong dalam sukan khususnya ketika melancong ke sesuatu destinasi peranginan

    Sport as a tourism attraction in Malaysia: Potential and prospects

    No full text
    Sport tourism has become a popular sub-sector in the tourism industry today. Until the early 1990s, tourism and sports existed as two distinct areas of activities but the success in organizing the World Conference on Sport Tourism in Barcelona, Spain 2001has resulted in more serious attention being paid to this sector. Before, scholars, decisionmakers and governments involved in the field of tourism and sports perceived their respective profits independently of one anothernow it is realised that the benefits generated by the synergy of both is far greater. This study examines the development of sport tourism in Malaysia. It was found that the success in organizing the race Le Tour de Langkawi in 1996 was a turning point in the government\u27s focus on the development of the sport tourism sector. Currently, Malaysia is known for organizing several world-class sport events, among them the Royal Langkawi International Regatta (January), Ironman Triathlon (February), Formula 1 Grand Prix Malaysia (March), FEI Showjumping World Cup (May), Petronas Primax 3 Merdeka Millennium Endurance Race (July), Super GT (August), Malaysian Motorcycle Grand Prix (September), A1GP Malaysia (November) and Monsoon Cup (December). All these world-class sporting events bring substantial returns to the society and the economy. The strengths of sports as a tourism attraction include the length of time in which the events take place, extensive publicity coverage through the print and electronic media, sponsorship from various domestic and multinational companies and business opportunities provided to local residents during the event

    Pelancongan gunung: suatu tinjauan konseptual dan pembangunannya di Malaysia

    Get PDF
    Pelancongan merupakan salah satu industri yang besar, pantas berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di serata dunia. Kini, banyak negara telah memajukan industri pelancongan sebagai sektor utama penjana pendapatan negara. Di Malaysia, industri pelancongan muncul pada akhir tahun 1960. Kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Sehingga kini, sektor ini terus menjadi sumber utama tukaran mata wang asing negara. Pelancongan gunung ialah semua aktiviti pelancongan di kawasan pergunungan. Bentuk muka bumi tanah tinggi di kawasan pedalaman Malaysia menjadi faktor utama pembangunan pelancongan gunung negara. Aktiviti pelancongan gunung dapat meningkatkan status ekonomi dan sosial penduduk melalui penyediaan peluang pekerjaan dan pendapatan dalam sektor perkhidmatan, pengukuhan tradisi dan budaya pribumi serta menyediakan aktiviti rekreasi sepanjang tahun. Dalam konteks pelancongan gunung di Malaysia, isu pembangunan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Sorotan konsep dan teoritikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia

    Impak pelancongan gunung terhadap komuniti gunung di Malaysia: satu tinjauan literatur

    Get PDF
    Sejak kebelakangan ini, pembangunan pelancongan di kawasan pergunungan berkembang dengan pesat di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Malaysia berpotensi besar untuk membangunkan pelancongan gunung di peringkat antarabangsa kerana mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang yang unik di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pembangunan pelancongan di kawasan pergunungan juga diiktiraf sebagai salah satu strategi paling efisien dalam usaha meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan pedalaman dan terpencil. Pembangunan pelancongan gunung sangat penting kerana kebanyakan komuniti gunung dikenal pasti sebagai golongan masyarakat yang miskin dan paling terpinggir di dunia. Oleh itu, pelancongan gunung tentulah memberi impak yang besar kepada komuniti gunung kerana kawasan pergunungan adalah sangat sensitif kepada sebarang bentuk gangguan. Impak terhadap komuniti gunung terbahagi kepada dua perspektif iaitu positif dan negatif bergantung pada hasil dan manfaat yang diperoleh mereka. Ringkasnya, tujuan penulisan tinjauan literatur ini adalah untuk mengenal pasti impak pelancongan gunung ke atas ekonomi, sosial dan budaya komuniti yang tinggal di kawasan pergunungan di Malaysia. Artikel ini turut membincangkan tentang takrifan pelancongan gunung dan komuniti gunung. Selain itu, pola dan lokasi pelancongan gunung di Malaysia juga dibincangkan secara ringkas. Perbincangan ini penting kerana dalam konteks pelancongan di Malaysia, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh penyelidik tempatan. Penulisan tinjauan literatur ini menggunakan kaedah meninjau bahan literatur secara sistematik. Tinjauan literatur ini diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang ruang lingkup pelancongan gunung di Malaysia

    Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Kota Kinabalu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah. Bandaraya ini turut menjadi destinasi permulaan bagi kebanyakan ruang keliaran pelancongan di negeri ini. Oleh itu, kajian ini adalah berkaitan pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu. Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu (i) mengenal pasti perancangan perjalanan kembara responden, (ii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu dan (iii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di luar Kota Kinabalu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif sebagai kaedah penyelidikan. Seramai 228 orang responden yang merupakan pelancong kembara di Kota Kinabalu telah menjawab soal selidik dalam kajian ini. Analisis data yang digunakan adalah dengan menggunakan perisian GIS. Dapatan kajian mendapati bahawa ruang keliaran pelancong kembara di Kota Kinabalu adalah terhad dan banyak dipengaruhi oleh destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong massa yang datang ke daerah ini. Secara ringkasnya, pelancongan kembara mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan menjadi salah satu jenis pelancongan yang menjadi identiti bagi sektor pelancongan di Kota Kinabalu. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkaitan haruslah meningkatkan usaha untuk mempromosikan pelancongan kembara di Kota Kinabalu ke peringkat antarabangsa

    Konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai: Satu penelitian konseptual

    Get PDF
    Artikel ini meneliti tentang konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai. Hal ini kerana destinasi pantai merupakan lokasi yang sering menarik perhatian pelancong disebabkan oleh tarikan dan keunikannya. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah penyelidikan konseptual dengan melaksanakan pemerhatian dan analisis maklumat semasa dari data sekunder yang berkait rapat dengan topik kajian. Secara umumnya, konsep liminaliti dalam pelancongan ini merujuk kepada peralihan pelancong ketika meninggalkan keselesaan yang diperolehi di rumah bagi melintasi masa dan ruang serta beberapa ‘ambang batas’ dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui serta meliputi pengalaman pelancong dalam lima fasa. Liminaliti turut wujud dalam pelancongan di destinasi pantai kerana ruangan pantai itu sendiri dianggap sebagai satu ruang perantaraan di antara daratan dan lautan. Tambahan pula, destinasi pantai ini mampu memberikan pengalaman liminal yang bermakna kepada pelancong kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan serta melarikan diri daripada realiti yang wujud di tempat asal mereka yang penuh dengan kekangan dan tanggungjawab. Oleh itu, liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai boleh diteliti dalam beberapa ciri tertentu, iaitu ciri fizikal, ciri sosial serta ciri mental dan emosi yang dapatu membantu dalam menggambarkan pengalaman liminal pelancong dengan lebih mendalam
    corecore