1,720,972 research outputs found

    Rumah yang berkembang : keanjalan matematik pada rumah tradisional melayu.

    No full text
    Keluarga merupakan unit terkecil dari sebuah tamadun yang memegang peranan penting dalam menentukan corak dan karakter sesebuah peradaban. Sebuah tamadun yang kuat hanya dapat lahir dari institusi-institusi keluarga yang kuat. Oleh kerana itu di dalam usaha memperkuatkan peradaban dan budaya Melayu kita perlu meneguhkan lagi sistem keluarga-keluarga yang ada pada masyarakat Melayu. Permasalahan yang paling serius dapat diperhatikan pada bidang Seni Bina di dalam usaha memperkuatkan sesebuah keluarga secara fizikal adalah kondisi dan situasi dari perumahan moden kita. Baik dari aspek keselamatan, keselesaan dan kemampuan untuk berkembang, perumahan moden kita memperlihatkan suatu krisis budaya dan identiti yang sangat serius dan memerlukan pemantauan yang prihatin. Salah satu aspek yang cukup cukup serius dan kelihatan kurang mendapat perhatian yang cukup adalah perancangan terhadap kemampuan dari suatu rumah untuk berkembang atau mengecil mengikut keperluan dan keinginan daripada pemiliknya. Perkara ini sangat kontra dengan rumah-rumah melayu tradisional yang begitu mudah dapat berkembang, mengecil, ditambah atau bahkan dipindahkan mengikut dengan kepentingan dan keperluan dari pemilik dan masyarakat sekitarnya. Kertas kerja ini akan mencungkil dan mengenal-pasti permasalahan dari perumahan moden di Malaysia untuk berkembang dan pada masa yang sama berusaha menggali potensi dan kemampuan berkembang dari rumah tradisional Melayu dan beberapa idea Seni Bina Moden yang berkaitan dari luar Negara. Diharapkan kertas kerja ini ini akan dapat memulakan sebuah kajian yang lebih lengkap dan terperinci bagi pengembangan perumahan moden di Malaysia yang lebih sensitif terhadap budaya Masyarakat Melayu serta keperluan suatu keluarga untuk berkembang

    Kerdipan bintang Melayu di langit Turki

    Full text link
    Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu. Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan! Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam. Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan

    The behaviour of the solutions of the forced Van der Pol equation with small parameters

    Full text link
    The forced Van der Pol equation x+ u.(x 2 - l)x + x = p(t), jJ. > 0,1 p(t)1 ~ k where u and k are small parameters, is investigated in the phase plane, It is shown that the solutions of the equation are eventually confined in an annulas as t increases for certain values of u and
    corecore