1,918 research outputs found

    UPM anjur Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025, perkukuh nilai kerohanian pelajar dan komuniti

    Get PDF
    BINTULU, 30 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kerjasama antara Kolej Dua Belas, UPM Serdang dan Kolej Sri Rajang, UPM Kampus Bintulu, telah menganjurkan Program Kerohanian Bina Insan MADANI Fasa I baru-baru ini, bagi memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan pelajar serta komuniti setempat

    Lahirkan graduan sebagai insan

    Get PDF
    SERDANG: Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Academician Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim mahu UPM melahirkan graduan sebagai insan, dan bukan semata-mata berpaksikan modal insan

    UPM Jana Kejayaan Modal Insan Berkualiti

    Get PDF
    SERDANG,19 Okt – Penarafan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai sebuah Universiti Penyelidikan adalah satu amanah dan tanggungjawab besar kepada warga universiti untuk menjana kejayaan modal insan yang berkualiti

    Berkat Insan putra laia's Quick Files

    No full text
    The Quick Files feature was discontinued and it’s files were migrated into this Project on March 11, 2022. The file URL’s will still resolve properly, and the Quick Files logs are available in the Project’s Recent Activity

    Berkat Insan putra laia's Quick Files

    No full text
    The Quick Files feature was discontinued and it’s files were migrated into this Project on March 11, 2022. The file URL’s will still resolve properly, and the Quick Files logs are available in the Project’s Recent Activity

    UPM anjur Program Kerohanian Bina Insan Madani 2025, platform tingkat sahsiah dan kerohanian pelajar

    Get PDF
    SERDANG, 12 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej 12 dan Kolej Sri Rajang menganjurkan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 Fasa II bagi platform meningkatkan sahsiah dan kerohanian pelajar masa kini

    Free Market UPM Beri Barangan Percuma Kepada Masyarakat

    Get PDF
    SERDANG, 19 JULAI (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur Free Market iaitu program kemasyarakatan dengan memberi barangan percuma, iaitu barangan baharu dan terpakai yang masih elok kepada masyarakat miskin. Program yang julung kali diadakan merupakan tanggungjawab sosial (CSR) warga UPM untuk membantu masyarakat tanpa mengharapkan balasan serta meningkatkan sifat tolong menolong sesama insan

    UPM memberi ganjaran kepada staf untuk khidmat cemerlang, khidmat lama

    Get PDF
    SERDANG, 21 Ogos (UPM) – Seramai 762 staf UPM terima anugerah kecemerlangan dalam Majlis Gemilang Putra 2013 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini. Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan dalam ucapannya berkata majlis itu membuktikan bahawa modal insan berprestasi tinggi sentiasa diberi keutamaan di UPM serta elemen kecemerlangan merupakan penyumbang utama kejayaan universiti. “Saya percaya UPM akan mencapai kejayaan secara keseluruhan jika setiap individu dalam universiti memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” katanya pada majlis perasmian di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Tambah beliau, UPM turut akan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menambah baik prestasi kecemerlangan warga universiti

    UPM, QL Corporate Services Sdn. Bhd meterai perjanjian tingkat inovasi dan pembangunan modal insan

    Get PDF
    SERDANG, 13 Januari- Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama QL Corporate Services Sdn. Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memberi pendedahan ilmu teknologi moden industri peternakan ayam penelur

    Bulan Putra Satria 2011 iktiraf staf akademik cemerlang

    Get PDF
    SERDANG, 11 Julai - Bulan Putra Satria 2011, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung selama dua bulan menutup tirai dengan memberi pengiktirafan kepada staf akademiknya yang cemerlang. Antara yang menerima anugerah ialah Profesor di Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dan pensyarah jurusan undang-undang dari Fakulti Ekonomi, Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman. Kedua-dua mereka menerima Pingat Emas Anugerah Pengajaran Putra 2010 (APP10) bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang. Turut meraih Pingat Emas APP10, kategori Anugerah Pengajar Muda ialah Profesor daripada Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Goh Yong Meng dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan, Dr. Harlisya Harun . Penerima Pingat Perak APP10, bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang pula diraih oleh Dr. Chen Hui Cheng daripada Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Madya Dr. Mohd. Shatar Sabran (Fakulti Ekologi Manusia) dan Prof Madya Dr. Wahid Haron (Fakulti Perubatan Veterinar). Pingat Perak APP10, bagi kategori Anugerah Pengajar Muda pula diraih oleh Dr. Zurina Zainuddin (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Hazilawati Hamzah (Fakulti Perubatan Veterinar) dan Dr. Syamsiah Mashohor (Fakulti Kejuruteraan). Penerima Pingat Gangsa, APP10 bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang diraih oleh Dr. Norsida Man (Pusat Pengembangan Usahawan dan Pemajuan Profesional) dan Prof. Madya Dr. Abdulkarim Sabo Mohamed (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan). Pingat Gangsa APP10, kategori Anugerah Pengajar Muda pula diraih oleh Dr. Wan Zuhanis Saad, Dr. Ong Kiat Huat, Dr. Khin Ohnmar Naing@Nordin, Prof. Dr. Haslinda Abdullah@Betsy dan Dr. Azrul Hazri Jantan. Anugerah APP10 merupakan pengiktirafan kepada pegawai akademik yang menunjukkan kecemerlangan dan kreativiti yang tinggi dalam pengajaran di samping memartabatkan profesion akademik melalui anugerah pengajar cemerlang. Pingat dan sijil disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Turut menerima Anugerah Pensyarah Pilihan ialah Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzwan Abd. Halim daripada Fakulti Perhutanan, Dr. Kamziah Abd. Kudus (Fakulti Perhutanan), Prof. Dato’ Tengku Azmi Tengku Ibrahim (Fakulti Perubatan Veterinar), Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan), Prof. Madya Dr. Rosnaini Mahmud (Fakulti Pengajian Pendidikan) dan Prof. Madya Dr. Zanariah Abd. Majid (Fakulti Sains). Selain itu, Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Dr. Mohd. Ibrani Shahrimin Adam Assim (Fakulti Ekologi Manusia), Dr. Adi Yasran Abdul Aziz (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), Prof. Dr. Mustafa Kamal Mohd. Shariff (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) dan Dr. Zurina Zainuddin (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Lain-lain ialah Prof. Madya Dr. Hamidah Ibrahim (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Prof. Madya Dr. Mohd. Pauzi Zakaria (Fakulti Pengajian Alam Sekitar), Prof. Madya Dr. Osumanu Haruna Ahmad (Fakulti Sains Pertanian dan Makanan) dan Dr. Nor Fadzilah Mohd. Mokhtar (Pusat Asasi Sains Pertanian). Pada majlis yang sama, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba turut diundang bagi menyampaikan Wacana Intelek Siri ke-26 bertajuk Integriti dalam Pembangunan Modal Insan. Dalam wacana tersebut beliau mengupas mengenai asas modal insan iaitu prinsip dan keikhlasan yang perlu ada bagi golongan pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bulan Satria Putra yang bermula 9 Mei hingga 7 Julai 2011 merupakan bulan pensyarah yang dianjurkan secara tahunan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM. Program yang bertemakan Melestari Integriti Akademia itu bertujuan meraikan para pensyarah yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di UPM
    corecore