54 research outputs found
Bukuku kubuku:sebuah wacana perbukuan dan penerbitan
Dalam Bukuku Kubuku, Roosfa dan Jeniri membincangkan pelbagai isu yang melanda industri perbukuan. Soal jumlah terbitan buku dalam negara yang lambat meningkat, kadar pembacaan masyarakat yang rendah, kempen membaca yang tidak merata dan kurang berkesan antara isu yang dibahaskan dalam buku ini. Dari isu dalam negara mereka melangkah lebih jauh bagi mengangkat pelbagai isu perbukuan dan penulisan yang mendepani penulis dan penerbit di pelbagai isu perbukuan dan penulisan yang mendepani penulis dan penerbit di pelbagai negara. Mereka menampilkan dalam buku ini tentang penulis prolifik, penerbit paling lama bertapak, buku laris, buku haram, serta bermacam-macam isu yang pernah dicatatkan dalam sejarah peradaban manusia menerusi buku. Pada sisi lain, Jeniri dan Roosfa melihat pula aspek etika, moral dan undang-undang dalam penulisan dan penerbitan buku. Hak cipta intelektual yang mesti dipelihara, plagiarisme yang perlu dibenteras, nilai royalti dan honorarium yang diikat dalam kontrak juga disinggung dalam buku ini. Pada penghujung buku ini kedua-dua penulis merakamkan sumbangan sejumlah nama besar dalam kalangan penerbit di negara ini yang telah memperlihatkan sumbangan yang besar dalam perkembangan dan kemajuan korpus ilmu pengetahuan menerusi kegiatan penerbitan dan perbukuan
Content analysis of papers published in Malaysian Journal of Movement, Health and Exercise (MoHE) between 2013 and 2022
Background: there are several scientific journals in the field of sports science that have been published in Malaysia. One of these journals that has been published regularly is Malaysian Journal of Movement, Health and Exercise (MoHE). Aims and Objectives; The Purpose of this study was to analyse the development trends of subjects studied and published in MoHE between 2013 and 2022. Materials and methods: A total of 174 articles published in 18 issues of MoHE between 2013 and 2022 were analysed . This study was conducted quantitatively by tracking the highest percentage of various subfield that have been published in MoHE. Therefore, the focus of this study is on the keywords listed at the end of each abstract for articles that have been published in MoHE. Results: This study found that MoHE has become a popular platform of researchers in the field of sports science to publish their research findings. Several subjects and important subtopics in the field of sports science have been identified as the focus of papers published in the MoHE. Conclusion: This study has proven that MoHE has been accepted as a platform scientific debate and discussion in the field of sports science
Penerbitan berulangan, plagiat dan isu kepengarangan dan pelanggaran etika lain dalam penerbitan di Malaysia
This paper discusses the different forms of unethical practices in publishing works with examples from Malaysia. Amongst the practices highlighted are repetitive publication works, plagiarism, and dubious multiple authorship. Exposing the unethical practices amongst both academics and literary figures, this paper argues that this unhealthy phenomena is becoming rampant among writers
Akademika 1972-2002: pentas kesarjanaan sains sosial Malaysia
Akademika yang terbit sejak 1972 sebagai jurnal Sains Sosial UKM kini sudah berusia genap tiga puluh tahun. Makalah ini adalah makalah yang ke-397 dan terbit dalam Akademika keluaran ke-61 Julai 2002 bersempena ulang tahun ke-30 jurnal ini. Kajian ini dilakukan dengan tiga tujuan. Pertama, menilai prestasi Akademika sebagai sebuah jurnal ilmiah dalam bidang sains sosial. Ini melibatkan pengenalpastian sifat-sifat jurnal ilmiah pada Akademika, pengedaran, penyebaran, dan visibilitinya serta penerimaannya di kalangan sarjana antarabangsa. Kedua, menganalisis keseluruhan kandungan Akademika. Ini termasuk menghitung jumlah keseluruhan makalah, pecahan dan peratusan makalah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, mengkaji aspek kepengarangan meliputi komposisi penyumbang UKM, pengarang dari universiti dan institusi lain, penyumbang antarabangsa, serta komposisi makalah menurut bidang, makalah oleh pengarang tunggal dan berbilang pengarang, dun mengenali kumpulan pengarang yang paling banyak menyumbangkan makalah. Ketiga, menghasilkan indeks pengarang dan indeks perkara bagi Akademika 1972-2002. Kajian ini mengharap akan dapat menyampaikan pandangan bagi memperbaiki dan meningkatkan citra Akademika sebagai sebuah jurnal ilmiah berwasit yang berperanan selaku pentas kesarjanaan sains sosial Malaysia dan bertaraf antarabangsa
Perkembangan jurnal ilmiah Melayu dalam kalangan Melayu watan
Makalah ini adalah tinjauan sepintas lalu mengenai perkembangan kesarjanaan dalam kalangan orang Melayu dalam pengajian Melayu. Selari dengan tinjauan bersifat sepintas lalu dan awalan, sumber tinjauan diperoleh daripada jurnal, akhbar, majalah, senarai rujukan pelbagai buku, makalah dan tesis berkait dengan pengajian Melayu. Makalah menganjurkan perkembangan kesarjanaan Melayu dalam kalangan orang Melayu berlaku dalam sekurang-kurangnya dalam empat aspek. Pertama, pertumbuhan pelbagai institusi yang berkaitan dengan pengajian Melayu. Kedua, wacana dalam pelbagai persidangan dan simposium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ketiga, penyelidikan. Keempat, penerbitan pelbagai karya ilmiah. Tujuan tinjauan ini adalah untuk memberi sedikit-sebanyak gambaran tentang perkembangan kesarjanaan orang Melayu dalam bidang pengajian Melayu
Bentuk budaya asing dalam majalah dan komik remaja di pasaran tempatan
Majalah dan komik adalah dua media kesukaan remaja. Bahkan, majalah dan komik remaja adalah pecahan besar dalam pasaran majalah dan komik di negara ini, berbanding majalah wanita dan hiburan. Makalah ini ditulis dengan tujuan mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh budaya asing dalam majalah dan komik remaja dalam negara ini. Kajian dilakukan dengan membuat analisis kandungan ke atas beberapa majalah dan komik dalam pasaran. Kajian menjurus pada bentuk bahasa, nilai, gaya dan amalan hidup asing yang terbit dalam majalah dan komik remaja. Analisis juga tertumpu pada bentuk rencana yang dipaparkan, dialog yang digunakan, bahasa dan pemilihan kata, watak, imej, isyarat serta simbol-simbol yang dipaparkan. Kajian ini mendapati terdapat kebanyakan majalah dan komik remaja di negara ini menyirat pelbagai bentuk unsur asing
- …
