1,720,969 research outputs found
Kegiatan pelajar melayu di Kaherah, 1920-an hingga 1960-an
Malay students were among the group of students from the Malay World who studied in Cairo, particularly at the al-Azhar University since the late 19th century. This article discusses the activities of Malay students in Cairo in the period after the Second World War between the 1940s to the 1960s. The study examines the literature consisting of a variety of primary and secondary sources to show that the Malay students in Cairo were involved in various social and political activities, where they developed a spirit of patriotism after the Second World War. Apart from establishing a good relationship with the Egyptian government, the Malay students in Cairo also forged relationships with student organisations in the Middle East, Africa and Southeast Asia. In fact, they also established collaborations with the leaders of Malaya and the Malay rulers to protect the welfare of Malay students in Cairo. High patriotism was also shown by the Malay students in Cairo by way of organising a celebration of the Independence Day of Malaya in 1957, as well as by advising the Malay Congress on matters concerning the future of Malay rulers, Malay states and the Malays
Kegiatan pelajar Melayu di Kaherah sebelum tahun 1970
Malay students were among students from the Malay World who studied in Cairo, especially in the al-Azhar University since the late 19th century. This article discusses the activities of Malay students in Cairo before 1970, especially from First World War. This study shows that the Malay students in Cairo were involved in various social and political activities after the Second World War. Apart from establishing a good relationship with the Egyptian government, the Malay students in Cairo established relationships with student organizations from the Middle East, Africa and Southeast Asia. Malay students in Cairo also established a good relationship with the leaders of Malaya and the Malay rulers to ensure the welfare of Malay students in Cairo were addressed. A high sense of patriotism was also shown by the students in Cairo. They organized the celebration of the Independence Day of Malaya, as well as made recommendetions to the Malay Congress onmatters concerning the future of Malay rulers, the Malay states and the Malays. The Malay students in Cairo also welcomed the arrival of opposition leaders and leftist politicians who visited Cairo
Kemal Ataturk dan pembaharuan di Turki: polemik dalam akhbar dan majalah Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an
The rise of Kemal Ataturk (1881-1938) as President of the Republic of Turkey in 1924 resulted in him being regarded as a highly respected political leader among the Malays. This is clear from the extensive coverage on him given by Malay newspapers and magazines. This article will focus on the polemics evident in the Malay newspapers and magazines of the period revolving around Kemal\u27s modernisation plans. In the early stages, most of the Malay newspapers and magazines supported Kemal\u27s establishment of the Republic of Turkey and his modernisation programmes. However, support for Kemal\u27s modernisation plans reduced considerably when it became obvious that the modernisation programmes began to marginalize Islam and the elements of secularism became clear. Several controversial issues related to the modernisation programmes that were clearly against Islamic teachings eventually gave rise to polemical discussions in the Malay newspapers and journals
Sumbangan lepasan Mesir dalam bidang pendidikan dan penulisan di Tanah Melayu dan Indonesia, 1920-an hingga 1970-an
Sejak tahun 1920-an, terdapat peningkatan yang drastik dalam jumlah pelajar Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia yang menyambung pengajian Kaherah, khususnya di Universiti al-Azhar. Pelajar Melayu di Kaherah bukan sahaja terlibat dalam kegiatan persatuan dan penerbitan majalah, tetapi juga terlibat dalam kegiatan politik. Selepas pulang ke tanah air, lulusan Mesir telah memberikan sumbangan terhadap kemajuan pelbagai bidang, khususnya bidang pendidikan dan penulisan di Tanah Melayu dan Indonesia. Pengalaman dan pendedahan yang diperoleh semasa berada di Kaherah membantu mereka memajukan bidang pendidikan. Sekembalinya ke tanah air masing-masing, mereka menubuhkan dan menjadi tenaga pengajar madrasah dan sekolah agama. Di Tanah Melayu, lepasan Mesir seperti Muhammad Fadhlullah Suhaimi bukan sahaja terlibat dalam penubuhan madrasah dan sekolah Arab di Singapura, Johor dan Kelantan, tetapi juga pernah mengasaskan madrasah di Wonosobo, Jawa Timur. Di Indonesia pula, Abdul Kahar Muzakkir pernah terlibat secara langsung dalam penubuhan IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta. Selain itu, lepasan Mesir juga terlibat dalam kegiatan penulisan, khususnya sebagai pengarang akhbar, majalah dan buku agama. Di Tanah Melayu, Abdul Wahab Abdullah pernah menjadi pengarang Saudara dan Bumiputera, manakala Muhammad Fadhlullah pula pernah dilantik sebagai pengarang majalah Temasek dan akhbar Utusan Melayu. Di Indonesia pula, Mahmud Yunus pernah menghasilkan buku berkenaan hukum perkahwinan, pendidikan Islam di Indonesia dan kitab tafsir al-Quran. Selepas Indonesia dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, lepasan Mesir terus memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan bidang pendidikan khususnya sebagai pendidik serta penulisan pelbagai bahan ilmiah di Tanah Melayu dan Indonesia
Zulkifli Muhammad dan perjuangan politik berteraskan islam 1955-1964
Perjuangan politik berteraskan Islam telah sekian lama dipelopori oleh
lepasan universiti di Timur Tengah seperti Mesir, yang pulang dan
berkhidmat sebagai guru agama atau ustaz di pelbagai institusi
pendidikan. Berlatar belakangkan fakta ini, makalah ini membincangkan
sumbangan Zulkifli Muhammad, seorang lepasan universiti di Mesir dan
bekas Pensyarah merangkap Setiausaha Kolej Islam Malaya, Klang
dalam perjuangan politik berteraskan Islam dari tahun 1955 sehingga
1964, iaitu sejak dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan.
Bersumberkan pelbagai manuskrip dan laporan sejarah, makalah ini
meneliti sejarah perjuangan Zulkifli Muhammad sebagai tokoh politik
Islam secara deskriptif, demi pengajaran generasi seterusnya. Makalah
ini mendapati banyak usaha yang telah dilakukan oleh tokoh silam dalam
memperjuangkan agama Islam sebagai teras berpolitik dan bernegara
Ulama dan perjuangan politik: peranan Masyumi terhadap penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
Majelis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) merupakan sebuah parti politik Islam di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1943 ketika pendudukan Jepun, sebelum disahkan kewujudannya oleh kerajaan selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Masyumi juga sangat berpengaruh di Tanah Melayu, malah beberapa pemimpin Masyumi juga dikaitkan dengan penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Masyumi dalam penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan bahawa kedatangan beberapa pemimpin Masyumi ke Tanah Melayu bukan sahaja bertujuan untuk menubuhkan parti politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, tetapi dalam masa yang sama mahu menubuhkan cawangan Masyumi di Tanah Melayu. Kyai Haji Mashoor Azhari, seorang lulusan Universiti al-Azhar di Kaherah yang berasal dari Sumatera, Indonesia merupakan antara pemimpin kanan Masyumi yang terlibat secara langsung dalam penubuhan sebuah parti politik Islam di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin. Walaupun beliau tidak dapat menghadiri Kongres Majlis Agama Tertinggi (MATA) di Gunung Semanggol pada bulan Mac 1948 yang menyaksikan penubuhan Hizbul Muslimin kerana telah diarah pulang oleh kerajaan Singapura, namun beliau sempat mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Tanah Melayu bagi membincangkan agenda penubuhan Hizbul Muslimin. Tengku Osman pula dianggap sebagai penggerak kepada kegiatan Hizbul Muslimin, selain menguruskan pentadbiran Masyumi di Tanah Melayu. Bung Shariff Mujuo pula merupakan tulang belakang kepada penubuhan Syab?b Hizb al-Muslim?n (Bahagian Belia Hizbul Muslimin) di Gunung Semanggol, Perak
Kaheran sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam, 1880-an hingga 1960-an
Kemunculan mesin percetakan merupakan salah satu mercu tanda penting dalam sejarah perkembangan intelektual manusia kerana membolehkan pelbagai ilmu disebarkan dan dikongsi oleh anggota masyarakat. Kemunculan Universiti al-Azhar sebagai pusat pengajian ilmu agama yang terkenal pula menyaksikan jumlah pelajar Melayu yang belajar di Kaherah semakin meningkat sejak akhir abad ke-19, dan mencapai kemuncak pada tahun 1920-an. Peranan Mesir sebagai pusat kegiatan intelektual tidak hanya terhad sebagai pusat penyebaran ilmu, tetapi juga meninggalkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu-Islam. Artikel ini membincangkan peranan Kaherah sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam sejak tahun 1880-an sehingga tahun 1960-an. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder. Kajian ini mendapati bahawa Kaherah muncul sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam yang aktif sejak tahun 1910-an, namun peranannya sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam mula merosot selepas tahun 1930-an akibat kewujudan banyak syarikat percetakan di Tanah Melayu selain kemudahan mendapatkan alat percetakan di Singapura dan Pulau Pinang
Keperluan dan persediaan dalam perjalanan menuntut ilmu: sejarah pemergian pelajar Melayu ke Kaheran, 1910-an sehingga 1950-an
Pemergian pelajar Melayu ke Mesir dari tahun 1910-an hingga 1950-an: cabaran dan implikasi
Jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 1920-an. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan, namun jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir mencatatkan peningkatan setiap tahun. Artikel ini membincangkan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir, khususnya di Universiti al-Azhar, Kaherah sejak tahun 1910-an hingga 1950-an. Kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah kajian perpustakaan dengan meneliti dan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder berkaitan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu bagi melanjutkan pelajaran di Mesir. Kajian ini mendapati bahawa pemergian pelajar Melayu ke Kaherah mendedahkan mereka kepada pelbagai cabaran dan rintangan, sama ada sebelum memulakan perjalanan, semasa dalam perjalanan dan selepas menamatkan perjalanan dan tiba di Mesir, khususnya proses mendapatkan pasport dan visa
Pemerintahan Gamal Abdel Nasser di Mesir dan reaksi orang Melayu, 1956-1970
Mesir merupakan destinasi penting dalam kalangan orang Melayu
untuk menyambung pengajian dalam bidang agama. Sejak tahun
1920-an, terdapat peningkatan yang ketara dari segi jumlah
pelajar Melayu yang menyambung pengajian di Universiti alAzhar dari seluruh Asia Tenggara, iaitu sekitar 200 orang pelajar
pada tahun 1925 berbanding hanya sekitar 80 orang pelajar pada
tahun 1919. Lanjutan daripada itu, orang Melayu terus memberikan
penghormatan kepada Mesir, termasuklah pemimpin Mesir. Gamal
Abdul Nasser merupakan Presiden Mesir kedua (1956-1970) sejak
Mesir menjadi sebuah republik pada tahun 1952. Kepimpinan beliau
menyebabkan Nasser menjadi salah seorang pemimpin Arab yang
bukan sahaja dihormati di Mesir dan negara Arab, tetapi juga
dalam kalangan orang Melayu. Artikel ini membincangkan reaksi
orang Melayu terhadap pemerintahan Presiden Nasser, khususnya
isu semasa yang berlaku ketika pemerintahan beliau. Kajian ini
menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis
pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan
bahawa orang Melayu sangat menghormati Nasser sebagai
pemimpin Arab yang bukan sahaja berjaya menjatuhkan sistem
beraja yang lemah di Mesir, tetapi juga berjaya memajukan Mesir
sebagai sebuah republik. Pada masa yang sama, orang Melayu
bukan sahaja mengambil berat terhadap kebajikan umat Islam di
Mesir yang berdepan dengan konflik dalaman seperti Krisis Terusan
Suez 1956, tetapi juga mempunyai kesedaran sosial yang tinggi
untuk membantu Mesir yang sedang berperang dengan Israel dalam
Perang Arab-Israel 1967. Malah kematian Nasser pada tahun 1970
juga turut diingati oleh orang Melayu dengan mengadakan solat
jenazah dan majlis memperingati kematian beliau di seluruh negara
- …
