1,720,964 research outputs found
Gerakan politik mahasiswa di Malaysia
Penglibatan para mahasiswa di dalam kegiatan bercorak politik sering menjadi perhatian dan kritikan pelbagai pihak. Walaubagaimanapun penyertaan mereka secara aktif di dalam kegiatan politik 'bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini adalah kerana Pusat Pengajian Tinggi itu sendiri adalah alam politik yang terdiri daripada para pentadbir, pensyarah dan mahasiswa. Mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi adalah merujuk kepada segolongan individu pelajar yang sedang mengikuti satu proses pendidikan yang tersusun dan terancang seperti di universiti, institut, kolej, akademi ataupun politeknik. Manakala istilah politik pula adalah menyentuh urusan yang berkaitan pemerintahan negara yang mencakupi aspek seperti kekuasaan, ekonomi dan
sosial. Maksud politik ini juga boleh diperluaskan lagi iaitu meliputi pekara pekara seperti nilai kebangsaan, sifat patriotisme, pengetahuan kognitif(mengamati sesuatu) dan perasaan afektif (cinta) terhadap negara yang ada
pada diri seseorang itu.Berdasarkan definisi di atas kegiatan politik mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi boleh dilihat dari pelbagai sudut. Ini adalah kerana politik itu bukan hanya memfokus terhadap urusan ha1 ehwal pemerintahan negara semata-mata malahan ia meliputi sesuatu yang lebih luas sehinggakan kecintaan kepada negara itu juga dikatakan sebagai termasuk di dalam urusan poIitik. Ini dapat dilihat daripada takrlf kegiatan politik pelajar yang diutarakan oleh Muhammad Abu Bakar (1984) di dalam bukunya. "Mahasiswa Menggugat"yang menggariskan beberapa aktiviti pelajar yang boleh digolongkan dalam kegiatan-kegiatan pelajar yang bercorak politik antaranya: a) seminar-seminar dan majlis-majlis diskusi di mana soal-soal politik,ekonomi dan sosial diperbincangkan. Dalam upacara-upacara seperti ini, para mahasiswa dibawa berfikir, berbincang dengan tokoh-tokoh politik tanahair dan seterusnya memberikan pandangan-pandangan mereka tentang sesuatu masalah;b) kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pertubuhan pelajar seperti yang
terdapat dalam mesyuarat-mesyuarat mereka di mana resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum atau perhatian kerajaan; c) penerbitan akhbar-akhbar, majalah dan "newsletter" ataupun kenyataankenyataan
akhbar di mana para mahasiswa melafazkan cita-cita politik
mereka;d) demonstrasi atau tunjuk perasaan di mana para pelajar cuba menyampaikan pandangan dan falsafah perjuangan mereka; dan e) penglibatan pelajar dalam parti politik.
Walau bagaimanapun, beberapa kegiatan politik mahasiswa Pusat Pengajian Tinggi yang digariskan oleh Muhammad Abu Bakar (1984) ini tidak dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar pada masa kini disebabkan syarat-syarat yang telah diwujudkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan)1975. Antara syarat-syarat yang diperuntukkan oleh Akta ini ialah tidak membenarkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam parti-parti politik,kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan atau mengeluarkan kenyataankenyataan yang berbau politik
Pelaksanaan sistem saraan berasaskan merit di sektor awam di negara-negara Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD)
Pengurusan diversiti dalam organisasi
Diversiti atau kepelbagaian merupakan satu isu yang semakin penting dalam organisasi khususnya dalam era globalisasi yang menjadikan dunia semakin kecil dan meluaskan interaksi antara manusia. Umumnya diversiti dalam organisasi merujuk kepada kepelbagaian tenaga kerja iaitu keunikan yang
dimiliki oleh individu di tempat kerja. Setiap individu dikatakan unik kerana mereka mempunyai nilai-nilai tersendiri yang berbeza seperti ketrampilan, kepercayaan, personaliti, budaya, jantina, kaum dan sebagainya lagi.
Kepelbagaian ini bukan sahaja perlu dihargai tetapi juga perlu diuruskan secara berkesan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dalam organisasi. De Cenzo (1997) mendefinisikan kepelbagaian tenaga kerja (workforce
diversity) sebagai perbezaan-perbezaan yang dibawa oleh individu atau kumpulan yang berbeza ke tempat kerja seperti jantina, kewarganegaraan, umur, dan bangsa. Robbins (1997) menjelaskan bahawa diversiti berlaku apabila organisasi menjadi lebih jelas dalam sesuatu ketidaksamaan seperti
jantina, bangsa, dan etnik. Fred Luthans (1995) pula mendefinisikan diversiti sebagai satu situasi yang muncul apabila ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan atau organisasi berbeza di antara satu sama lain dari segi umur, jantina, etnik, dan pendidikan. Reece & Brandt (2000) membahagikan diversiti kepada dua jenis yang utama iaitu Diversiti Primer (Utama) dan Diversiti Sekunder.Diversiti primer merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat individu yang tidak boleh diubah seperti umur, bangsa, jantina, dan keadaan fizikal. Ciri-ciri ini bersifat semulajadi kekal atau diwarisi secara keturunan. Misalnya jika ibu bapa kita berbangsa Melayu maka dari segi bangsa kita akan kekal berbangsa Melayu.Semakin tinggi darjah perbezaan dalam diversiti primer, semakin sukar untuk seseorang itu menerima dan memahami individu lain. Dimensi Sekunder pula merujuk kepada ciri-ciri yang tidak bersifat semulajadi dan
boleh diubah mengikut orientasi dan kehendak individu. Contohnya kesihatan,agama dan kepercayaan, tahap pendidikan, pendapatan dan adat serta budaya. Kedua-dua dimensi ini akan membentuk personaliti, pegangan, persepsi dan nilai individu yang unik dalam kehidupan. Keunikan ini perlu diurus dengan baik agar tidak menjejaskan kehidupan bermasyarakat dan interaksi di dalam organisasi
Pengaruh perjuangan ideologi UMNO dan PAS ke atas perpaduan masyarakat Melayu
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara majmuk kerana didiami oleh rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan. Perbezaan ras atau bangsa yang ketara kewujudannya sebelum ini telah disatukan melalui kontrak sosial di antara
kaum yang dicapai semasa negara menuju kemerdekaan. Usaha ini diperhebatkan lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun berikutnya. Hasil daripada itu, maka Malaysia hari ini kekal dengan identiti negara berbilang kaum yang hidup aman damai dan harmoni. Namun, selepas 47 tahun setelah setiap bangsa saling menerima di antara satu sama lain, kita dikejutkan oleh perpecahan dalam satu bangsa yang sama.
Laporan media terutama setiap kali menjelang musim pilihanraya telah mendedahkan wujudnya perpecahan di kalangan bangsa Melayu yang berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi politik. Senario bersembahyang dua imam, tuduh menuduh dan isu kafir-mengkafir adalah di antara indikator yang membuktikan fenomena ini. Justeru itu, tulisan ini cuba meninjau tentang fenomena perpecahan ini melalui pengkajian ke atas dua pertubuhan politik terbesar iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam se-Malaysia (PAS). Penulis akan menyorot sepintas lalu sejarah penubuhan kedua-dua parti berkenaan sebelum mengenalpasti perjuangan ideologi kedua-dua parti tersebut berdasarkan perlembagaan parti (sebab dan tujuan penubuhan) dan menilai manifesto pilihanraya yang menggambarkan perjuangan ideologi masing-masing. Sorotan sejarah ini penting kerana sejarah penubuhan sesebuah parti menggambarkan ideologi dan perjuangan yang dibawa. Tulisan ini seterusnya akan menilai kesan perjuangan ideologi tersebut ke atas perpaduan masyarakat Melayu
Prerogatif pengurusan dalam salah laku pekerja
Hak pengurusan atau prerogatif pengurusan merupakan hak keistimewaan majikan terhadap pekerjanya. Hak prerogatif ada kalanya menimbulkan kontroversi di kalangan pekerja kerana majikan beranggapan hak yang diberikan oleh undang-undang adalah hak mutlak . yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana piliak terutamanya pekerja. Prerogatif
pengurusan telah secara nyata. diperuntukkan di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967 (APP) di mana kesatuan sekerja dilarang daripada memasukkan cadangan yang berhubungan dengan perkara-perkara berkenaan dalam cadangan bagi perjanjian kolektif
Kuasa separa kehakiman dalam undang-undang pentadbiran dan hubungannya dengan pentadbiran universiti
Peranan undang-undang dalam menguruskan masalah gangguan seksual di Malaysia
Perlakuan gangguan seksual khususnya yang berlaku di tempat kerja mula mendapat perhatian pada pertengahan era 1970 an berikutan beberapa kejadian gangguan seksual khususnya terhadap. kaum wanita dilaporkan. Masyarakat seringkali menganggap kesalahan gangguan seksual merupakan satu masalah
peribadi yang tidak perlu digembar-gemburkan. Pada hari ini, persepsi masyarakat sudah berubah dan mengiktiraf gangguan seksual sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang. Umumnya, gangguan seksual boleh berlaku di dalam tiga persekitaran utama iaitu di tempat awam, di tempat kerja dan di pusat-pusat pendidikan. Di era ledakan informasi dan teknologi maklumat, gangguan seksual juga berlaku menerusi internet. Mangsa perbuatan gangguan seksual ini tidak membataskan jantina, usia, agama, kaum, bangsa dan warna kulit. Gangguan seksual perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai untuk melakukan kesalahan seksual yang lebih berat seperti rogol.Isu gangguan seksual di Malaysia semakin diperdebatkan dan menarik perhatian masyarakat ekoran beberapa pendedahan dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa mangsa yang semakin berani tampil ke hadapan. Ini membuktikan tahap kesedaran masyarakat terhadap soal-soal sebegini semakin meningkat.Pelbagai usaha dari semua pihak termasuk peranan undang-undang dilihat sebagai amat kritikal untuk meminimakan masalah gangguan seksual di Malaysia
- …
