1,722,484 research outputs found

    Kajian Tentang Ilmu Pengetahuan Kesihatan Dan Sikap Terhadap Penggunaan Dadah Guru-Guru Pelatih.

    Full text link
    Kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan berhubung dengan pencegahan penggunaan dadah melalui pendidikan yang sedang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan,Universiti Sains Malaysia

    Kos ekonomi penyalahgunaan dadah

    No full text
    Masalah dadah yang makin meruncing akan meningkatkan penyakit berkaitan dadah, masalah jenayah, kehilangan produktiviti dan keruntuhan struktur sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, secara signifikannya penyalahgunaan dadah mewujudkan kos rawatan kesihatan, jenayah, kehilangan produktiviti dan kos-kos lain yang berkaitan. Kajian ini cuba mengukur kos ekonomi dalam Ringgit Malaysia kesan daripada penagihan dan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Kos-kos yang dianggarkan terdiri daripada kos rawatan kesihatan, kehilangan produktiviti, jenayah, perbelanjaan untuk mendapatkan bekalan dadah dan perbelanjaan kerajaan untuk aktiviti penguatkuasaan dan pemulihan. Berasaskan dapatan kajian ini, anggaran perbelanjaan bagi agensi-agensi penguatkuasaan dan pemulihan yang berkait dengan penyalahgunaan dadah ialah RM177 juta pada tahun 2008. Dengan mengambilkira kos rawatan kesihatan, kos kehilangan produktiviti dan kos berkaitan jenayah, kos tidak langsung penagih dadah seramai 63,884 orang penagih dadah di Malaysia berjumlah RM8.47 bilion. Seterusnya jumlah kos keseluruhan kos langsung dan kos tidak langsung penagihan dadah ialah sebanyak RM8.65 bilion. Ini menjadikan kos perkapita penagihan dadah di Malaysia ialah RM332

    A Follow-Up Study On Drug Addicts After Treatment And Rehabilitation.

    Full text link
    This is a prospective six months follow up study on drug addicts after treatment and rehabilitation. The main concern is to find out during this critical period, whether the addicts were able to stay off drugs or fall back to drugs and what happened during the process

    Kajian Tentang Ilmu Pengetahuan Kesihatan Dan Sikap Terhadap Penggunaan Dadah Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah.

    Full text link
    Kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan berhubung dengan pencegahan penggunaan dadah melalui pendidikan yang sedang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan, Universiti Sains Malaysi

    Trend dan punca penggunaan dadah di kalangan penagih dadah wanita di negeri Sabah: implikasi kepada rawatan dan pemulihan dadah

    No full text
    Di negeri Sabah, statistik penglibatan wanita dengan penagihan dadah kini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan negeri Sabah menduduki tangga keenam paling atas berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah 1,229 orang penagih yang dikesan dari bulan Januari- September 2005. Daripada jumlah tersebut, penagih wanita di negeri Sabah yang seramai 686 orang menduduki tangga yang teratas berbanding negeri-negeri lain. Penglibatan wanita di Sabah dalam gejala penagihan dadah membabitkan gadis berusia dari seawal remaja sehinggalah kepada wanita yang berusia dalam lingkungan empat puluhan, bukan semata-mata disebabkan kenikmatan dadah itu sendiri tetapi didorong oleh faktor lain seperti ingin menjaga kecantikan dan menguruskan badan. Lebih serius lagi, dadah yang lazimnya digunakan penagih wanita di Sabah adalah dadah jenis syabu kerana ia mudah diperoleh dan lebih murah berbanding heroin dan ganja. Kajian ini diusahakan untuk mengenal pasti profil penagih dadah wanita di negeri Sabah, mengkaji punca-punca yang menyebabkan penglibatan wanita dengan dadah dan mengenal pasti kesan penglibatan wanita dengan dadah terhadap kesihatan mental. Kajian tinjauan keratan rentas terhadap 96 responden yang terdiri daripada pengguna dan penagih dadah wanita di negeri Sabah yang ditempatkan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan dan di penjara-penjara sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan juga Penjara Sandakan. Dapatan kajian membentangkan maklumat penggunaan dadah dan pemulihan yang pernah dilalui mereka, yang mana hampir semua dilaporkan menggunakan dadah jenis syabu. Punca-punca penggunaan dadah dikenal pasti, yang mana ramai menggunakan dadah kerana perasaan ingin tahu dan sebab-sebab yang menunjukkan bahawa penagih dadah mempunyai masalah kesihatan mental seperti untuk menghilangkan stres, perpecahan dalam keluarga, melarikan diri daripada masalah dan mencari ketenangan. Kajian ini turut mendapati bahawa pengalaman awal dengan masalah sosial bahan dan mendorong mereka menggunakan dadah. Rata-rata penagih dadah wanita Sabah mula merokok pada umur 16 tahun, minum minuman keras pada purata umur 17 tahun, menggunakan dadah pada purata umur 19.8 tahun, dan bagi yang terlibat dengan jenayah, umur pertama mereka terlibat dengan perbuatan jenayah ialah 21 tahun. Kajian ini memberi beberapa implikasi dan cadangan yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan penagihan dadah dalam kalangan wanita

    Hubungan antara personaliti dengan tahap penagihan dadah dalam kalangan remaja dan belia di Cure and Care Rehabilitation Center

    Full text link
    Penyalahgunaan bahan merupakan salah satu isu kesihatan awam yang perlu diberi perhatian secara signifikan kerana dikaitkan dengan pelbagai masalah tingkah laku dan kesihatan mental. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana faktor personaliti memberi kesan kepada tahap penagihan dadah. Seramai 150 belia dan remaja berumur 16 hingga 39 tahun telah dipilih menjadi responden kajian di Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) Papar, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan adalah daripada soal selidik Eyesenck Personality Questionare (EPQ-R) (1991) untuk mengukur personaliti manakala soal selidik Drug Abuse Sreening Test (DAST-10) (1982) bagi mengukur tahap penagihan dadah. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara personaliti Psikotism dan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan positif yang sederhana dan signifikan. Manakala hubungan antara personaliti Ektroversion dengan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan negatif yang sederhana tetapi signifikan. Seterusnnya, hubungan antara personaliti Neurotism dan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan positif yang kuat dan signifikan. Kesimpulannya, personaliti mempunyai hubungan signifikan dengan tahap penagihan dadah. Hal ini sangat penting dalam membantu diagnosis, rawatan dan pencegahan

    Gejala penyalahgunaan dadah jenis syabu dan jenis-jenis dadah baru yang lain

    No full text
    Masalah penyalahgunaan dadah yang dianggap sebagai musuh nombor satu negara merupakan ancaman yang sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak. Kini gejala penggunaan dadah jenis baru seperti syabu, ecstasy dan sebagainya, semakin berleluasa di kalangan generasi muda dan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah kejam di negara ini. Walaupun fatwa mengenai dadah sebelum ini telah ada, namun fatwa yang lebih memberi fokus kepada dadah jenis baru ini adalah penting sebagai membuktikan komitmen Majlis F atwa Kebangsaan dalam mengulangi pendirian mengenai gejala yang semakin buruk ini. Ramai juga yang menganggap dadah jenis amphetamine type stimulant (ATS) atau lebih dikenali sebagai syabu tidak merbahaya, berbanding dadah bukan sintetik seperti heroin dan kokain. Hakikatnya pengambilan dadah ini secara berterusan boleh menyebabkan komplikasi teruk termasuk sakit mental sehingga ada penagih yang sanggup melakukan kekerasan termasuk mencederakan orang lain, malah membunuh keluarga sendiri. Kertas ini akan menghurai secara ringkas jenis-jenis dadah baru, kesan pengambilan dan pandangan syarak terhadap isu ini.(Disalin daripada artikel

    Pemulihan dadah menurut persepktif agama di Malaysia

    No full text
    Peningkatan data penagihan dadah pada setiap tahun amat merunsingkan dalam masyarakat pada hari ini. Ketidakseimbangan di antara kemajuan negara dan kerohanian dalam pembentukan jati diri masyarakat pada hari ini menyebabkan masyarakat terlibat dengan penagihan dadah. Pengetahuan yang rendah mengenai penyalahgunaan dadah dilihat sebagai faktor masyarakat menganggap perkara ini sebagai masalah sosial yang tidak penting dan kian merebak pada setiap tahun. Setiap agama mempunyai kaedah terapi pemulihan dadah tersendiri. Kaedah ini mengurangkan bilangan penagih dadah dalam masyarakat. Pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan metode zikir dan solat memberi kesan dalam pemulihan yang dijalankan. Justeru, kertas kerja ini akan memberi pemahaman berkaitan dadah dan pemulihan dalam agama di Malaysia yang perlu diberi pendedahan yang meluas bagi mengurangkan kes penagihan dadah di samping meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat

    Remaja dan Dadah

    Full text link
    Penyelidikan ini untuk mengkaji kajian-kajian teoretis terdahulu mengenai remaja dan dadah. Para ahli psikologi khasnya psikologi perkembangan menaruh perhatian yang sangat besar terhadap remaja. Masa remaja adalah masa yang penuh cabaran, cubaan, gejolak dan tekanan sehingga menimbulkan high risk behavior. Remaja sangat terkait dengan perilaku berisiko khasnya penyalahgunaan dadah kerana impak daripada pertumbuhan dan perkembangan yang remaja alami. Kondisi psikologis remaja dengan lingkungan persekitarannya yang saling mempengaruhi menyebabkan mereka berfikir untuk melakukan perilaku anti sosial atau perilaku pro sosial. Jika lingkungan keluarga, sekolah dan kumpulan geng dan lingkungan persekitarannya menyediakan sokongan yang baik maka tidak akan memberikan peluang kepada remaja berperilaku berisiko seperti dikeluarkan daripada sekolah, kenakalan remaja, kehamilan remaja tanpa adanya ikatan perkahwinan, perilaku penyalahgunaan dadah, bahkan perilaku bunuh diri. Remaja tak menyedari kesan yang boleh diperoleh daripada dadah ini

    Pengaruh Kompetensi Psikologi, Persekitaran Sosial dan Pengetahuan Bahaya Dadah terhadap Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Remaja di Makassar

    No full text
    Penyalahgunaan dadah merupakan fenomena sosial yang membelenggu masyarakat termasuk dalam kalangan remaja. Aspek kompetensi psikologi, persekitaran sosial dan pengetahuan bahaya dadah dilihat sebagai faktor penting yang berupaya membendung gejala penyalahgunaan dadah daripada terus menular dalam kalangan remaja. Kajian ini bertujuan untuk: (1) mengenal pasti tahap kompetensi psikologi, persekitaran sosial dan pengetahuan bahaya dadah serta penyalahgunaan dadah, (2) mengenal pasti pengaruh langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial terhadap penyalahgunaan dadah, (3) mengenal pasti pengaruh langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial terhadap pengetahuan bahaya dadah, (4) mengenal pasti pengaruh tidak langsung kompetensi psikologi dan persekitaran sosial melalui pengetahuan bahaya dadah sebagai mediator terhadap penyalahgunaan dadah dan (5) mengetahui faktor-faktor penyebab penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah sebuah kajian kuantitatif berbentuk survei yang dijalankan ke atas remaja ditempatkan di pusat pemulihan dadah di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini melibatkan seramai 381 orang remaja yang terdiri daripada 313 lelaki dan 68 perempuan. Analisis dijalankan secara diskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 21 dan AMOS bagi pengesahan analisis faktor (CFA) serta model persamaan struktur (SEM). Keputusan kajian mendapati bahawa (1) hanya psikologi kompetensi (ketahanan diri) dan persekitaran sosial (pengaruh rakan sebaya) yang berada pada tahap tinggi manakala tahap pengetahuan bahaya dadah dan tahap penyalahgunaan dadah berada pada tahap sederhana; (2) terdapat pengaruh signifikan secara langsung antara strategi daya tindak, ketahanan diri dan pengaruh rakan sebaya terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja; (3) terdapat pengaruh signifikan secara langsung antara ketahanan diri, gaya asuhan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya terhadap pengetahuan bahaya dadah; (4) tidak terdapat pengaruh signifikan secara tidak langsung antara kompetensi psikologi, persekitaran sosial terhadap penyalahgunaan dadah melalui pengetahuan bahaya dadah sebagai mediator. Hal ini bermakna bahawa pengetahuan bahaya dadah tidak mempunyai kesan signifikan sebagai pembolehubah mediator; (5) persekitaran sosial (56.43%), peribadi (42.26%) dan tidak diketahui (1.31%) didapati sebagai tiga faktor utama terjadinya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kajian ini. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan model peramal khasnya strategi daya tindak, ketahahan diri, dan rakan sebaya boleh diaplikasikan dalam konteks tempatan untuk menilai perilaku penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja
    corecore