1,721,000 research outputs found
Kemiskinan di perkampungan nelayan Kuala Perlis
Selama ini kebanyakan antara kita menilai seseorang itu miskin dan seseorang yang lain tidak miskin berdasarkan pendapatan yang mereka miliki. Jika seseorang itu mempunyai banyak wang dan banyak harta benda maka kita mengkategorikan mereka sebagai golongan yang berada atau kaya. Kita jarang sekali menyatakan keluarga yang mempunyai anak yang tidak bersekolah sebagai keluarga yang miskin.Kita juga tidak menyatakan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit sebagai keluarga yang miskin.Maka adakah dengan menggunakan kaedah pengukuran kemiskinan berdasarkan pendapatan memadai untuk menggambarkan seseorang itu miskin? Persoalan itu terjawab dalam buku ini iaitu melihat kemiskinan bukan sahaja daripada sudut dimensi kewangan tetapi daripada pelbagai dimensi yang lain.Kajian ini menggunakan pendekatan multidimensional poverty indes (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007) untuk melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti
Kemiskinan dan kesejahteraan penduduk di luar bandar
Penulisan buku ini berdasarkan dapatan sebenar penemuan kajian yang dilakukan oleh penulis. Penulis terlibat secara langsung bertemu petani, nelayan mahupun ibu tunggal yang kebanyakannya berada di luar bandar untuk mendapatkan jawapan yang bertepatan berkaitan isu kemiskinan. Hal ini penting kerana hanya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian sahaja yang mampu menceritakan dan mendefinisikan erti kemiskinan. Kita mungkin berbangga apabila membaca laporan yang tersedia tentang angka kadar kemiskinan yang menunjukkan penurunan setiap tahun, yang secara langsung menggambarkan kecemerlangan dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.Namun, hakikatnya sama ada kemakmuran, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang heboh diperkatakan itu dapat sama-sama dirasai oleh mereka yang miskin ini masih belum pasti. Pertemuan secara bersemuka dengan individu atau keluarga yang miskin menjadikan buku ini mampu menggambarkan satu realiti kesusahan kehidupan dalam kalangan petani, nelayan dan ibu tunggal dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.Buku ini diharapkan mampu menjadi bahan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan juga mereka yang berkepentingan di dalam negara ini untuk sama-sama berganding bahu agar dapat mengetengahkan isu kemiskinan ini bagi menjamin kemakmuran dan pembangunan negara dapat dikecapi secara bersama
Pendapatan bukan pertanian dan kemiskinan
Petani sering dikaitkan dengan aktiviti pertanian dan kemiskinan.Namun adakah petani hanya melakukan aktiviti pertanian sahaja? Berapa ramaikah petani yang melakukan aktiviti bukan pertanian? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti bukan pertanian? Dan apakah aktiviti bukan pertanian itu dapat memendekkan tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dalam kalangan mereka? Bagaimana pula sumbangan pendapatan bukan pertanian kepada ketidaksamarataan pendapatan? Semuanya akan terjawab dalam buku ini.Secara ringkas buku ini adalah mengenai hubung kait antara pendapatan bukan pertanian, kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan yang dialami oleh petani di negeri Kedah. Antara penemuan penting yang dinyatakan dalam buku ini adalah mengenai faktor-faktor keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian. Antaranya faktor yang dikenal pasti signifikan mempengaruhi keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian ialah umur, jantina, saiz isi rumah, bilangan tanggungan, bayaran pindahan, saiz tanah dan jenis pertanian.Selain itu, ciri ekonomi kawasan di mana petani itu tinggal adalah antara pemboleh ubah yang terlepas pandang oleh kajian-kajian sebelum ini, juga didapati signifikan.Ringkasnya buku ini mengandungi bukti-bukti yang menyatakan bahawa pendapatan bukan pertanian membantu menyumbang kepada pengurangan kemiskinan tetapi pada masa yang sama, pendapatan bukan pertanian itu juga menyebabkan ketidaksamarataan pendapatan semakin meningkat dalam kalangan petani di luar bandar
Insiden dan dimensi kemiskinan di Baling Kedah
Adakah pendapatan yang sedikit itu menggambarkan seseorang itu miskin? Buku ini mengisahkan dan menggambarkan kehidupan penduduk di daerah Baling.Buku ini menegaskan kemiskinan tidak seharusnya diukur dan dilihat dari sudut kewangan sahaja.Penulisan ini berasaskan kajian yang menggunakan pendekatan Multidimensional Poverty Index (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007), yang melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti.Data yang digunakan adalah data berbentuk primer yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan ke atas isi rumah mengikut mukim yang terdapat di daerah Baling.Kajian dilakukan pada bulan Mac dan April 2011, daripada 200 isi rumah yang menjadi sasaran kajian, hanya 198 yang dianalisis; dua isi rumah lagi tidak memberi maklumat yang lengkap mengenai keadaan isi rumahnya. Walau bagaimanapun, analisis yang menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu yang menggunakan pendekatan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk membezakan antara yang miskin dengan yang tidak miskin juga dilakukan untuk tujuan perbandingan. Ternyata masalah utama yang membelenggu kebanyakan penduduk daerah Baling adalah masalah kekurangan zat makanan dan kekurangan tanah di samping kekurangan ternakan peliharaan
Kemiskinan B40 Dan Puratatempoh Masa Keluar (Average Exit Time) Daripada Kemiskinan: Kajian Kes Isi Rumah B40 di Daerah Kubang Pasu Kedah
Kajian kes ini mengukur tempoh purata masa keluar daripada kemiskanan (average exit time) dalam kalangan B40 di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Data yang digunakan adalah data primer yang dikumpul daripada ketua isi rumah dengan menggunakan borang soal selidik yang berstruktur. Watts indeks diguna pakai bagi mengira tempoh masa keluar daripada kemiskinan. Pengiraan tempoh masa keluar daripada kemiskinan makin pendek sekiranya ketua isi rumah mempunyai pendapatan lain atau pendapatan sampingan dan bayaran pindahan. Bukti menunjukkan bahawa dengan kadar pertumbuhan pendapatan sebanyak lima peratus, tempoh masa untuk keluar daripada kepompong kemiskinan bagi mereka yang mempunyai pendapatan sampingan dan pendapatan daripada bayaran pindahan adalah lebih pendek iaitu 25 tahun berbanding 42 tahun sekiranya mereka tidak mempunyai pendapatan sampingan dan bayaran pindahan. Ini bermakna kedua-dua pendapatan (sampingan dan bayaran pindahan) dapat menjimatkan tempoh masa keluar kemiskinan selama 16 tahun
Pendapatan bukan pertanian, lokasi dan sasaran kemiskinan sifar: Kajian kes di Kedah Darul Aman, Malaysia
Artikel ini bertujuan mengkaji kepentingan pendapatan bukan pertanian dalam meningkatkan pendapatan petani serta mengkaji tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dan ketermiskinan dikalangan isi rumah petani di luar bandar. Selain itu kajian ini juga mengkaji kepentingan lokasi tempat kediaman petani dalam mempengaruhi keterlibatannya dalam aktiviti bukan pertanian serta kesannya keatas tempoh masa keluar kemiskinan. Kajian menggunakan data yang diperolehi dari kajiselidik ke atas 384 isi rumah petani di enam daerah di Kedah. Keputusan kajian menunjukkan bagi petani yang mempunyai pendapatan
bukan pertanian, jangka masa untuk keluar daripada kepompong adalah lebih pendek berbanding dengan
mereka yang tidak mempunyai pendapatan bukan pertanian. Kajian juga mendapati bagi petani yang tinggal berhampiran dengan lokasi yang mempunyai keamatan yang tinggi dalam perindustrian dan tanahnya yang sesuai untuk aktiviti pertanian mempunyai bilangan isi rumah miskin yang kecil jumlahnya berbanding dengan kawasan yang jauh ketinggalan daripada kedua-dua kemudahan perindustrian dan tanahnya pula tidak sesuai untuk pertanian. Begitu juga dengan tempoh masa untuk keluar kemiskinan adalah lebih pendek bagi lokasi yang mempunyai kemudahan perindustrian dan tanahnya sesuai untuk pertanian berbanding dengan kawasan yang lain. Maka satu implikasi polisi dalam kajian ini adalah kerajaan harus memberi perhatian kepada pembukaan kawasan perindustrian baru dan perindustrian dan ianya tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang sememangnya digezetkan kawasan perindustrian sahaja sebaliknya diselerakkan kepada kawasan yang belum membangun dan ketinggalan juga. Ini adalah penting untuk negara ini mencapai sasaran untuk menigkatkan pendapatan rakyat serta membasmi kemiskinan
- …
