1,721,005 research outputs found
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang tidak memudaratkan
Vaksin covid-19 telah terbukti antara bentuk pencegahan yang terbaik dalam mengekang pandemik jangkitan covid-19 yang melanda dunia. Manfaat perlindungan dari suntikan vaksin ini adalah jauh pentingnya dari kesan kemudaratan kesan sampingannya.
Kesan sampingan adalah berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Sekiranya lagi ramai orang awam mengambil immunisasi covid-19, kita boleh melihat corak kesan sampingan yang dilaporkan oleh penerima vaksin. Maklumat yang diberikan dan dikongsi oleh penerima suntikan, boleh dikumpulkan dan sehingga kini, kita tidak boleh menjangka individu yang akan mengalami kesan sampingan suntikan vaksin.
Hasil laporan yang telah dibentangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan sampingan vaksin yang dikumpulkan adalah ringan dan untuk jangka pendek sahaja.
Daripada hasil vaksinasi ini, sistem pertahanan badan (antibodi) akan melindungi kita dari serangan virus yang merbahaya ini. Proses ini kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan tetapi bukan semua mengalami kesan sampingannya.
Kebarangkalian untuk mendapat kesan sampingan (side effects) daripada suntikan vaksin juga bergantung kepada jenis spesifik vaksin yang disuntik sama ada vaksin tersebut keluaran Pfizer, Sinovac atau Oxford AstraZeneca atau pun jenis yang lain
Tekanan darah tinggi “silent killer!”
APAKAH ITU DARAH TINGGI?
Tekanan darah adalah diukur terhadap kekuatan tekanan dinding salur darah bernama arteri. Hipertensi (Tinggi tekanan darah) adalah apabila tekanan darah tinggi dari normal. Tekanan darah disukat dengan 2 bahagian iaitu bahagian atas yang dipanggil sistolik iaitu mewakili jantung apabila ianya kontrak (berdegup) dan bahagian bawah yang dipanggil diastolik iaitu apabila jantung dalam keadaan rehat (relaksasi).
Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai tekanan sistolik adalah melebihi atau sama dengan 140 mmHg dan/atau diastolik melebihi atau sama dengan 90 mmHg pada 2 bacaan berasingan.
Tekanan darah tinggi sistolik ≥140 mmHg dan atau tekanan darah tinggi diastolik ≥90 mmHg untuk 2 bacaan secara berasingan.
Ianya adalah ‘silent killer’
Tips penjagaan kaki pesakit kencing manis (diabetes mellitus)
Penyakit kaki disebabkan kencing manis ditakrifkan sebagai jangkitan, ulser atau pemusnahan tisu-tisu bahagian kaki pesakit yang berkaitan dengan masalah saraf (neuropathy) atau penyakit saluran darah tersempit (peripheral vascular disease) di kalangan pesakit kencing manis.
Dianggarkan, seramai 80% daripada pemotongan kaki (amputation) disebabkan oleh penyakit kaki yang berulser ini. Hampir 50% pesakit kencing manis meninggal dunia dalam masa 5 tahun menghidapi kaki yang berulser dan hamper 70% meninggal dunia dalam masa 5 tahun selepas pemotongan kaki
Siapakah yang berisiko untuk menghidap kanser payudara?
Fakta-fakta penting mengenai kanser payudara:
Penyebab kepada 685,000 kematian seluruh dunia pada tahun 2020.
Secara kasarnya, separuh darinya berlaku dikalangan wanita tanpa spesifik faktor-faktor risiko selain daripada jantina dan penambahan umur seseorang.
Kanser payudara berlaku di setiap negara di dunia.
5 hingga 1 peratus kanser payudara berlaku dikalangan golongan lelaki
Apakah itu HbA1c bagi pesakit kencing manis?
Apakah itu HbA1c bagi pesakit kencing manis?
HbA1c atau nama lain ‘glycated haemoglobin’ adalah satu perkataan yang selalu digunakan berkaitan dengan penyakit kencing manis. Ianya adalah panduan daripada gula dalam darah sepanjang 3 bulan lepas secara purata dan juga untuk mendiagnosa pesakit kencing manis.
Ianya terbentuk apabila sel haemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen bergabung dengan gula dalam darah yang menjadi ‘glycated’.
Untuk pesakit kencing manis, paras HbA1c yang melebihi nilainya akan menyumbang kepada risiko pembentukan komplikasi kronik kepada pesakit. Sekiranya paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi, paras HbA1c juga akan menjadi tinggi.
Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit yang mempunyai masalah abnormal haemoglobin adalah tidak sesuai untuk menentukan kawalan kencing manis melalui ujian HbA1c
Gout? apa yang orang awam perlu tahu?
Gout adalah penyakit yang telah berada sekian lama dengan kita yang dipanggil ‘ancient disease’ dan telah di perkenalkan oleh Hippocrates pada abad ke 5. Ianya juga dikenali sebagai ‘King of the diseases and the disease of kings’ kerana sebelumnya dikaitkan dengan orang kaya yang berpenyakit gout akibat kaitan dengan pengambilan makanan yang tinggi asid urik dan meminum arak.
Gout adalah penyakit radang sendi yang didefinasikan sebagai serangan sakit sendi yang berulang-ulang, kemerahan, kepanasan dan pembengkakan sendi akibat masalah peningkatan perlekatan(deposition) kristal-kristal ‘monosodium urate’ pada sendi-sendi, tendon, tulang rawan (cartilage) dan sekeliling tisu- tisu lembut badan
Apakah itu penyakit Leptospirosis (kencing tikus)?
Leptospirosis adalah penyakit yang melibatkan manusia dan juga haiwan disebabkan oleh bakteria bahaya, leptospira sp. Untuk manusia, jangkitan bakteria ini menyebabkan pelbagai jenis gejala yang boleh tersalah dengan diagnosis penyakit-penyakit yang lain. Ada juga yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang gejala penyakit. Penyakit jangkitan ini boleh menyebabkan kegagalan kepada buah pinggang, jangkitan kuman selaput otak, kerosakan hati, masalah pernafasan malahan yang lebih teruk adalah kematian
Vaksin COVID-19, apa yang anda perlu tahu?
Secara amnya terdapat 3 jenis vaksin yang telah mendapat pengiktirafan dari badan berwajib kebangsaan dan dunia untuk penggunaannya. Antaranya adalah vaksin Pfizer- BioNTech COVID-19 dan vaksin Moderna’s COVID-19. Kedua-dua vaksin ini sahaja yang dicadangkan oleh “Centre of Disease Control and Prevention” (CDC) yang berpusat di Amerika Syarikat. Vaksin-vaksin lain yang masih dalam kajian percubaan klinikal fasa ke-3 adalah seperti vaksin AstraZeneca’s COVID-19, vaksin Janssen’s COVID-19 dan vaksin Novavax’s COVID-19
Wanita dan vaksin COVID-19
Jangkitan virus corona 2019 (covid-19) adalah jangkitan virus
yang disebabkan oleh novel coronavirus yang dipanggil ‘acute respiratory syndrome coronavirus 2’(SARS-CoV-2) yang telah dikenalpasti pada mulanya di Bandar Wuhan, China dan seterusnya perebakan di seluruh dunia. Ianya telah dilaporkan pada mulanya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember 2019 dan pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan wabak pandemik seluruh dunia. Ianya telah meragut ramai nyawa manusia diseluruih dunia terutama kepada mereka yang mempunyai latar belakang penyakit kronik dan seseorang yang berisiko tinggi seperti wanita hamil dan perokok
Apakah risiko pesakit kencing manis berpuasa di bulan Ramadan?
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang wajib dijalankan oleh setiap ummat yang beragama islam yang sihat tubuh badan. Akan tetapi, bagi mereka yang sakit, Islam mengharuskan pesakit meninggalkan puasa jika tidak mampu dilakukannya
- …
