322,999 research outputs found

    Jurang digital belia orang Asli di Bukit Lanjan Selangor

    No full text
    Jurang digital merupakan satu masalah yang sering berlaku dalam pembangunan ICT, ia menyebabkan wujudnya perbezaan besar dalam masyarakat termasuklah perbezaan kemudahan infrastruktur, pemilikan, penggunaan serta nilai terhadap ICT. Keadaan ini akan menjadikan pembangunan tidak lagi bersifat mapan dan menyeluruh terutamanya di kalangan belia Orang Asli. Keadaan ini akan menolak mereka untuk terus ketinggalan dari arus pembangunan perdana negara. Oleh itu, kajian ini cuba menghuraikan fenomena jurang digital yang berlaku di kalangan belia Orang Asli yang berada di bandar Damansara, iaitu Kampung Orang Asli Damansara Selangor. Kajian ini melibatkan 120 orang belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun. Hasil kajian ini mendapati bahawa belia Orang Asli berada dalam jurang digital, bukan kerana jurang digital nilai, namun ia lebih kepada jurang digital pengetahuan, kemahiran dan fizikal untuk memudahkan mereka akses kepada ICT. Ini menunjukkan bahawa belia Orang Asli tidak ada masalah untuk menerima pembangunan ICT, cuma faktor utama yang menyebabkan mereka berada dalam jurang digital ialah masalah ketidaksediaan kemudahan infrastruktur ICT di persekitaran mereka

    Penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah serta pengurusan kewangan dalam kalangan belia Orang Asli di Semenanjung Malaysia

    No full text
    Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pola penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah dalam kalangan belia Orang Asli di Semenanjung Malaysia, khususnya dari segi pembelian barangan mewah dan penggunaan perkhidmatan mewah serta pengurusan kewangan mereka. Budaya penggunaan dalam kalangan belia Orang Asli memberi pemahaman tentang kedinamikan budaya yang mendasari tingkah laku kepenggunaan. Ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mengidentifikasikan dirinya dengan barangan dan perkhidmatan, terutamanya berjenama komersial dan yang melambangkan status mengikut kepada arus perdana. Seramai 1017 belia Orang Asli daripada tujuh negeri petempatan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian tidak turut serta juga digunakan sebagai nilai tambah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam kalangan belia Orang Asli tidak jauh bezanya dengan masyarakat arus perdana. Mereka menggunakan barangan mewah dan perkhidmatan mewah sama seperti yang digunakan oleh masyarakat dalam arus perdana. Namun, dari segi pengurusan kewangan, belia Orang Asli masih lagi berada pada tahap yang rendah dan sebahagian besar pendapatan mereka diperuntukkan untuk tujuan pembelian barangan mewah sehingga menafikan peruntukan kewangan untuk tujuan lain yang lebih penting. Implikasi daripada hasil kajian ini ialah pengetahuan mengenai kepenggunaan dan pengurusan kewangan wajar diberikan perhatian terhadap belia Orang Asli agar mereka dapat mengelakkan diri menjadi mangsa hedonisme kemewahan yang dibawa oleh masyarakat arus perdana. Selain itu, dapat membantu belia Orang Asli dalam membawa kesejahteraan hidup kerana belia Orang Asli adalah pewaris kepada kelangsungan budaya masyarakat Orang Asli

    The S-100: a protein family in search of a function

    No full text
    The S-100 is a group of low molecular weight (10-12 kD) calcium-binding proteins highly conserved among vertebrates. It is present in different tissues as dimers of homologous or different subunits (alpha, beta). In the nervous system, the S-100 exists as a mixture composed of beta beta and alpha beta dimers with the monomer beta represented more often. Its intracellular localisation is mainly restricted to the glial cytoplasmic compartment with a small fraction bound to membranes. In this compartment the S-100 acts as a potent inhibitor of phosphorylation on several substrates including the synaptosomal C-Kinase and Tau, a microtubule-associated protein. The S-100 in particular conditions, after binding with specific membrane sites (Kd = 0.2 microM; Bmax = 4.5 nM), is able to modify the activity of adenylate cyclase, probably via G-proteins. In addition, the Ca2+ homeostasis is also modulated by S-100 via an increase of specific membrane conductance and/or Ca2+ release from intracellular stores. "In vitro" and "in vivo" experiments showed that lower (nM) concentrations of extracellular S-100 beta act on glial and neuronal cells as a growth-differentiating factor. On the other hand, higher concentrations of the protein induce apoptosis of some cells such as the sympathetic-like PC12 line. Finally, data obtained from physiological (development, ageing) or pathological (dementia associated with Down's syndrome, Alzheimer's disease) conditions showed that a relationship could be established between the S-100 levels and some aspects of the statii

    Sarcopenia is more than a muscular deficit

    No full text
    Abstract Sarcopenia is a complex process that appears in aged muscle associated with a decrease in mass, strength, and velocity of contraction. This process is the result of many molecular, cellular and functional alterations. It has been suggested that sarcopenia may be triggered by reactive oxygen species (ROS) that have accumulated throughout one's lifetime. We found a significant increase in oxidation of DNA and lipids in the elderly muscle, more evident in males, and a reduction in catalase and glutathione transferase activities. Experiments on Ca2+ transport showed an abnormal functional response of aged muscle after exposure to caffeine, which increases the opening of Ca2+ channels, as well a reduced activity of the Ca2+ pump in elderly males. From these results we concluded that oxidative stress play an important role in muscle aging and that oxidative damage is much more evident in elderly males, suggesting a gender difference may be related to hormonal factors. The progression of sarcopenia is directly related to a significant reduction of the regenerative potential of muscle normally due to a type of adult stem cells, known as satellite cells, which lie outside the sarcolemma and remain quiescent until external stimuli trigger as growth factors (IGF-1 or mIGF-1) their re-entry into the cell cycle. One possibility is that the anti oxidative capacity of satellite cells could also be altered and this, in turn, determines the decrease of their regenerative capacity. Data concerning this hypothesis are discussed PMID: 16097500 [PubMed - indexed for MEDLINE

    Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tret personaliti dan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Seramai 165 orang belia lelaki yang berumur di antara 15 tahun hingga 39 tahun di ambil sebagai responden. Dua instrumen telah digunakan iaitu soal selidik Big Five bagi tret personaliti dan soal selidik University of Rhode Island Scale (URICA) bagi kesediaan berubah. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach`s Alpha) bagi instrumen Big Five ialah extraversion (0.86), neurotiscm (0.87), agreeableness (0.79), openness (0.83) dan conscientiousness (0.82). Bagi instrumen University of Rhode Island Scale (URICA) ialah precontemplation (0.75), contemplation (0.79), action (0.83) dan maintainance (0.78). Data dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif akan digunakan untuk menganalisis min, kekerapan dan peratus. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara tret personaliti openness, conscientiousness, agreeableness dan extraversion dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia. Tret personaliti neurotiscm tidak mempunyai hubungan dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Beberapa cadangan akan dibincangkan berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi

    Oxidative stress in the denervated muscle.

    No full text
    Free Radic Res. 2010 May;44(5):563-76. Oxidative stress in the denervated muscle. Abruzzo PM, di Tullio S, Marchionni C, Belia S, Fanó G, Zampieri S, Carraro U, Kern H, Sgarbi G, Lenaz G, Marini M. Source Department of Histology, Embryology, and Applied Biology, University of Bologna, Italy. Abstract Following experimental hind limb denervation in rats, this study demonstrates that oxidative stress occurs and advances an hypothesis about its origin. In fact: (i) ROS are formed; (ii) membrane lipids are oxidized; (iii) oxidized ion channels and pumps may lead to increased [Ca(2+)](i); all the above mentioned events increase with denervation time. In the denervated muscle, (iv) mRNA abundance of cytoprotective and anti-oxidant proteins (Hsp70, Hsp27, Sod1, Catalase, Gpx1, Gpx4, Gstm1), as well as (v) SOD1 enzymatic activity and HSP70i protein increase; (vi) an unbalance in mitochondrial OXPHOS enzymes occurs, presumably leading to excess mitochondrial ROS production; (vii) increased cPLA2alpha expression (mRNA) and activation (increased [Ca(2+)](i)) may lead to increased hydroperoxides release. Since anti-oxidant defences appear inadequate to counterbalance increased ROS production with increased denervation time, an anti-oxidant therapeutic strategy seems to be advisable in the many medical conditions where the nerve-muscle connection is impaired. PMID: 20298122 [PubMed - indexed for MEDLINE

    Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa

    No full text
    Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga dikenali sebagai Majlis Belia Kebangsaan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang suaranya diiktiraf bagi mewakili generasi belia di Malaysia. MBM dirangka agar dapat berfungsi sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dalam menyelaras semua pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya. Penubuhan MBM di bawah Peruntukan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bertujuan bagi menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara, merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang, dan memupuk sikap bertanggungjawab, patriotisme dan kesukarelawanan dalam kalangan pertubuhan belia. Namun, apakah MBM pada saat ini telah menjelma dalam erti kata sebenar iaitu sebagai pemangkin pembangunan belia di Malaysia secara holistik? Menggunakan maklumat sekunder makalah ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang status MBM dalam memainkan peranan seperti yang digalurkan. Apakah kehadiran MBM telah dirasai oleh generasi belia di Malaysia secara keseluruhan? Di dalam mendahulukan kepentingan belia di Malaysia, apakah “hubungan istimewa” MBM dengan generasi belia pada saat ini boleh dianggap melebihi “hubungan istimewa” dengan pihak ketiga sehingga MBM dianggap dekat di hati belia dan integritinya tidak dipersoalkan sama sekali? Penilaian awal ini menunjukkan bahawa MBM cenderunguntuk terikat dengan perancangan bersifat dari atas ke bawah. Dalam perancangan seperti ini matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu keputusan banyak ditentukan oleh pihak pemerintah. Lebih malang lagi, MBM dilihat tidak lebih daripada penyediaan gelanggang pendakian pemimpin politik yang bakal ditonjolkan pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini membuka ruang perbincangan tentang isu belia dari sudut yang pelbagai demi membina keupayaan generasi tersebut pada masa hadapan
    corecore