1,720,994 research outputs found

    Sumpah dalam kesalahan Qazaf menurut perspektif Islam

    No full text
    Konsep hukum jenayah yang ditetapkan dalam Islam mempunyai beberapa konsep tertentu iaitu menjaga nyawa dan kehormatan jiwa manusia, menjaga kewarasan akal, menjaga agama, menjaga keturunan dan zuriat serta menjaga harta benda. Begitu juga hukuman Qazaf, ia ditetapkan di dalam Islam berdasarkan kepada konsep untuk menjaga kehormatan jiwa manusia dan menjaga maruah seseorang. Pada zaman sains dan teknologi masa kini, kita dapat melihat dan sering mendengar pelbagai jenayah yang dilakukan oleh manusia sama ada yang melibatkan nyawa, maruah, harta benda dan sebagainya. Jenayah Qazaf merupakan jenayah yang semakin berleluasa pada masa kini yang dilakukan sama ada mempunyai tujuan yang tertentu atau sebaliknya. Mereka yang melakukan qazaf hendaklah mempunyai saksi bagi mensabitkan orang yang didakwa atau dituduh. Namun, apa yang berlaku sekarang ini, kebanyakan mereka yang melakukan jenayah qazaf tidak mempunyai saksi bagi mensabitkan kesalahan orang yang didakwa. Timbul persoalan, adakah orang yang melakukan kesalahan qazaf yang tidak mempunyai saksi perlu bersumpah ataupun orang yang didakwa dikehendaki bersumpah. Artikel ini bertujuan untuk mengetahui konsep sumpah, pensyariatannya dan pembahagiannya dalam Islam. Di samping itu, artikel ini akan menerangkan situasi- situasi tertentu yang mengharuskan sumpah dipakai sebagai kaedah pembuktian, sama ada yang melibatkan hak Allah ataupun hak manusia. Penulis juga akan menjelaskan pengertian qazaf, jenis-jenis kesalahan qazaf dan pengsabitan kesalahan qazaf serta isu yang melibatkan tuduhan melakukan liwat. Hasil daripada artikel ini penulis mendapati dalam mazhab Shafie sumpah boleh digunakan untuk menafikan tuduhan liwat ataupun zina jika pendakwa memohon daripada hakim supaya yang didakwa bersumpah disebabkan ketiadaan saksi. Walau bagaimanapun Imam Malik dan Ahmad berpendapat sebaliknya iaitu sumpah hanya boleh dilakukan apabila melibatkan hak manusia seperti mal, manakala hak Allah seperti hadd Qazaf tidak boleh dilakukan sumpah. Diharapkan artikel ini dapat memberikan gambaran dan pendedahan sebenar kepada masyarakat tentang konsep sumpah dan jenayah qazaf menurut perspektif Islam

    Peranan Baitulmal dalam pendidikan Asnaf: kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

    No full text
    Pendidikan merupakan sebuah elemen penting dalam pembangunan modal insan dan kemandirian ekonomi seseorang individu. Salah satu faktor kemiskinan yang melanda masyarakat adalah kerana gagal mendapatkan pendidikan yang sempurna. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan dana zakat, Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berusaha untuk memastikan pembangunan asnaf dapat dicapai sehingga mampu mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal MAIWP dalam usaha mempertingkat taraf hidup asnaf melalui aspek pendidikan dan skim-skim yang ditawarkan kepada asnaf bagi mencapai tujuan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk skim-skim agihan yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP dalam rangka pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan di samping melihat dan menilai skim-skim tersebut sama ada telah menepati atau melengkapi kesemua elemen yang diperlukan oleh asnaf bagi menjamin keberhasilan dan perkembangan pendidikan mereka sekali gus mencadangkan sebuah skim baharu yang boleh dipertimbangkan. Metodologi penyelidikan dalam kajian ini adalah secara kualitatif yang merupakan kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual dan laporan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa Baitulmal MAIWP telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada asnaf melalui skim-skim bantuan seperti bantuan am pelajaran IPT, bantuan am biasiswa insentif khas pelajar cemerlang, bantuan am persekolahan dan lain-lain. Namun, kajian mendapati terdapat ruang penambahbaikan dan mencadangkan sebuah bentuk agihan yang baharu dengan menubuhkan sebuah institusi pendidikan asnaf yang dibiayai sepenuhnya melalui dana zakat bagi mengelakkan berlakunya keciciran pendidikan di kalangan asnaf. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran terhadap bentuk pengurusan zakat yang baharu. Kajian susulan perlu dijalankan terutamanya untuk mengenal pasti kekangan atau masalah yang mungkin dihadapi dalam menjayakan penubuhan institusi pendidikan asnaf ini

    Pengurusan institusi zakat berdasarkan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

    No full text
    Sejarah telah mencatatkan bahawa tadbir urus institusi zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga perkembangan Islam telah membuktikan kejayaan dalam pengurusan zakat sama ada dalam konteks kutipan dan agihan zakat. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam memastikan pengurusan zakat berjalan dengan lancar termasuk pengagihan zakat yang cekap dan efisien. Terdapat beberapa prinsip yang telah diletakkan oleh Nabi Muhammad SAW, khalifah yang empat dan para sahabat dalam memacu pengurusan zakat ketika itu. Pendekatan dan prinsip yang diamalkan ketika itu telah berjaya membantu pengurusan zakat termasuk amil dalam menjalankan tugas mereka sama ada sebagai pengutip zakat mahupun pengagih zakat. Kini, pengurusan zakat semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai sumber pendapatan baharu, kaedah kutipan yang baharu termasuk skim-skim zakat yang ditawarkan. Bagi memastikan kelangsungan institusi zakat pada masa kini, pendekatan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dilihat pendekatan yang terbaik yang boleh dilaksanakan pada hari ini. Justeru, objektif kajian ini akan membincangkan secara umum konsep maqasid syariah dan SDG. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada pendekatan maqasid syariah dan SDG dalam tadbir urus institusi zakat termasuk pengagihan zakat. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah dan SDG boleh dijadikan asas sebagai panduan dan rujukan dalam tadbir urus institusi zakat di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa secara umumnya skim pengagihan zakat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selari dengan maqasid syariah dan SDG. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melakukan semakan dan penelitian terhadap pengurusan zakat di negeri-negeri di Malaysia termasuk skim agihan zakat berdasarkan pendekatan maqasid syariah dan SDG

    Munakahat Issues among People with Hearing Disability

    No full text
    Marriage is the sunnah of the Prophet Muhammad and the gift given by Allah SWT to all mankind for the continuation of human existence on Earth. Every human being has a desire to live with their partner and in pairs regardless of whether a normal human being nor for the lack of physically or mentally. For people with hearing disability, there are variety of marriage issues related to solemnization, divorce, taklik, rujuk and so on. Therefore, the objective of this study is to identify the marriage issues among people with hearing disability. In addition, this study aims to shed light on the law and its solution to the problems. The methodology of this study is qualitative in nature by using library methods, documentation and interviews to obtain data related to the study. The results showed that there were five issues related to marriage, taklik, divorce and rujuk, which had their own laws based on the situation of the hearing impaired. Each issue has significant effects on the hearing impaired if everything not explained thoroughly. This is due to the lack of discussion regarding the issue among hearing impaired especially in the munakahat. Further study on issues among the hearing impaired in terms of muamalat, ibadat and crime should be conducted to help the hearing impaired get better and deeper understanding on these issues

    Tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep tanah adat dan undangundang tanah adat: Kajian di Negeri Sembilan

    No full text
    Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita daripada hidup berpelesiran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan generasi muda. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu

    Konsep Fatwa dan cabaran penguatkuasaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    No full text
    Fatwa merupakan pemberitahuan sesuatu hukum kepada masyarakat setempat yang diperlukan dalam menghadapi persoalan semasa yang memerlukan kepada penyelesaian yang menepati tuntutan agama. Fatwa juga memainkan peranan penting menyelesaikan kekeliruan dan kekusutan yang dihadapi oleh umat Islam. Sebarang kekeliruan dan masalah yang timbul dapat diatasi dengan fatwa, dan ini seterusnya sudah tentu akan memberikan satu kepuasan kepada umat Islam setempat dan seterusnya mereka akan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik dan sempurna. Artikel ini akan membincangkan konsep fatwa dan cabaran penguatkuasaannya setelah diwartakan berdasarkan kepada akta pentadbiran undang-undang Islam Wilayah Persekutuan. Di samping itu, penulis akan mengenalpasti pihak yang bertangungjawab dalam menguatkuasakan sesuatu fatwa itu setelah diwartakan. Hasil daripada artikel ini penulis mendapati penguatkuasaan fatwa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih di tahap yang rendah dan lemah. Antaranya adalah disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh Bahagian Penguatkuasaan, J abatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terutama dari segi bilangan kakitangan yang tidak mencukupi dan kaedah penyebaran fatwa kepada masyarakat yang tidak sistematik dan tersusun. Diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat Islam tentang perlaksanaan penguatkuasaan fatwa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara khususnya dan pihak- pihak yang berkenaan dalam meningkatkan peranan fatwa dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul secara umumnya

    Polisi Zakat untuk pendidikan di Malaysia: suatu kajian ke arah pembentukan model institusi pendidikan

    No full text
    Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap insan dan untuk memenuhi keperluan ini ia memerlukan sumber kewangan atau dana yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia. Disamping itu, kajian dijalankan adalah untuk melihat statistik kutipan dan agihan zakat pendidikan di beberapa buah negeri di Malaysia dan hubungkait statistik berkenaan dengan cadangan pembentukan model institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat. Hasil kajian ini mendapati bahawa cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan dana zakat adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana mengikut statistik kutipan zakat bagi institusi zakat saban tahun adalah semakin meningkat. Diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua pihak terhadap polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia dan cadangan untuk merealisasikan penubuhan sebuah institusi pendidikan yang menggunakan dana zakat sepenuhnya dapat memberikan pendidikan yang berterusan kepada golongan asnaf zakat dan mengatasi masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan asnaf zakat
    corecore