1,720,969 research outputs found
Tinjauan ciri-ciri rekabentuk rumah tradisional di Malaysia.
Rumah Melayu Tradisional adalah satu bangunan yang unik yang dibina mengikut kehendak iklim dan kebudayaan orang Melayu itu sendiri. Ciri-ciri rumah Melayu Tradisional dibina mengikut cara adat budaya setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri mempunyai cara yang berbeza iaitu reka bentuk dan konsep yang berlainan yang menunjukkan ciri-ciri di setiap negeri. Rumah Melayu yang dibina itu memang amat sesuai dengan iklim tropika yang terdapat di Malaysia ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk memperkenalkan ciri – ciri rumah tradisional melayu di seluruh negeri di Malaysia. Di dalam ini akan menerangkan 6 jenis rumah melayu tradisional yang terkenal di Malaysia dengan secara ringkas tentang konsep binaan rumah, bahan yang digunakan untuk membina rumah melayu tradisional, juga bagaimana ruang – ruang di dalam rumah tersebut digunakan sebagai dwi – fungsi. Melalui penulisan ini diharap dapat memberikan kesedaran dan juga rujukan kepada generasi yang seterusnya tentang rumah tradisional di Malaysia dan juga dapat memelihara daripada hilang di bumi sendiri
The discussion on the function and design of mosque in modern muslim society.
Although studies on the design of mosque and the true identity of the mosque had been done however the misconception on the true function of the mosque has not been attracting the public. Few studies have examined the role of a mosque and the true Islamic architecture has been done these on the other hand did not capture the nation that are still have their own stereotypical thoughts and idea on the design and what is a mosque. The main objective of this paper is to the function and design of mosque in a modern Muslim society. People neglected the p pray. A mosque should act as civic and political engagement catalyst in mobilization of the religion here and thereafter. The religious house of God plays wider role then just a place for worship. This article will be on the understanding of the true function of mosque
Kepentingan reka bentuk bangunan untuk warga tua di Malaysia.
Pertambahan populasi warga tua di malaysia menyebabkan permintaan kepada reka bentuk yang sesuai untuk mereka semakin meningkat tinggi. Pelbagai aspek perlu diteliti agar bersesuaian dengan mereka.Kebanyakan warga tua mempunyai masalah kesihata. Justeru itu pelbagai aspek perlu diteliti agar mereka selesa menjalani kehidupan seharian.Ini kerana pembinaan rumah dan bangunana bukan untuk jangka masa yang singkat, kerana ia untuk jangka masa yang lama dan merupakan pelaburan masa hadapan. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji masalah-masalah yang sering berlaku dalam mereka bentuk bangunan khasnya untuk warga tua. Dalam kajian ini, bahagian pertama, menunjukkan statistik warga tua di malaysia dan statistik jangka hayat penduduk malaysia. Bahagian kedua, menceritakan tentang masalah dalam reka bentuk untuk warga tua.Bahagian ketiga, lebih menghuraikan tentang kajian kes di UK iaitu kampung persaraan serta kelebihannya.Bahagian empat, menceritakan tentang usulan-usulan yang di cadangkan untuk di ambil pendekatan sewaktu mereka bentuk bangunan dan bahagian kelima ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan kajian ini. Diharapkan melalui kajian ini bakal menjadi rujukan kepada badan profesional seperti arkitek, para pereka dan pemaju dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan bagi golongan ini khasnya reka bentuk. Justeru itu, reka bentuk dalaman atau luaran perlulah bersesuaian untuk semua peringkat umur khususnya ketika menginjak usia senja. Perkara ini bertujuan untuk memudahkan urusan seharian mereka tanpa memerlukan bantuan atau pengawasan daripada orang lain
Kemalangan tapak pembinaan di Malaysia.
Fenomena kemalangan di tapak binaan semakin meningkat selaras dengan kepesatan pembangunan di Malaysia.Peningkatan jumlah kemalangan ini tidak dilihat semakin berkurang.Walaubagaimanapun, pelbagai tindakan telah dilakukan dengan menggubal undang-undang bagi memastikan keselamatan di tempat kerja.Hal ini ternyata dapat memberi kesedaran atau ingatansupaya tidak cuai di tempat kerja.Secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memahami dan mengetahui aspek-aspek keselamatan dan peranan setiap individu ketika berada di tapak binaan.Kertas kerja ini terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama merupakan punca kemalangan di tapak binaan. Bahagian kedua, menjelaskan mengenai statistic kemalangan dari pelbagai sector pekerjaan. Bahagian terakhir pula membicarakan mengenai peranan dan amalan keselamatan dikalangan pekerja, majikan dan orang awam di tapak binaan.Kertas kerja ini diharap dapat memberi kesedaran dan ingatan kepada pihak yang terlibat agar dapat mencegah kemalangan di tapak binaan berlaku
Kepentingan identiti tradisional Melayu dalam reka bentuk perumahan moden di Malaysia.
Rumah tradisional melayu merupakan satu warisan yang amat berharga. Reka bentuknya bukan saja menyentuh mengenai hubungannya dengan alam sekelilingnya. malah dengan agama dan budaya masyarakat melayu pada ketika itu. Kayu cengal dan jati merupakan bahan yang sering digunakan dalam pembinaan rumah melayu. Namun kini, nilai bahan - bahan tersebut amat mahal. Secara tidak langsung mengurangkan pembinaanya pada hari ini. Rumah-rumah moden pada hari ini tidak menggambarkan keunikan seni bina melayu tradisional nenek moyang kita. Terdapat beberapa idea mengenai adaptasi seni bina tradisional dalam konteks hari ini. Hala tuju seni bina Malaysia juga merupakan satu daripada isu yang membimbangkan. Hal ini kerana arus permodenan di Malaysia menyebabkan kita terpengaruh untuk ke depan, namun meninggalkan budaya dan warisan seni bina melayu di belakang. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkab identiti negara Malaysia terus menjadi persoalan. Penulisan ini dihasilkan supaya banyak pihak sedar akan kepentingan dalam mengekalkan identiti tradisional melayu dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam merealisasikan perkara ini
Permasalahan kewujudan petempatan setinggan di Malaysia.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara asia tenggara yang terletak di benua asia yang sekarang ini semakin dikenali seantero dunia oleh kerana pelbagai pencapaian positif telah diraih Malaysia. Antara salah satu sebab utama Malaysia semakin mendapat perhatian dunia adalah kerana kejayaan sektor pembangunannya yang pesat membangun saban hari. Kepesatan sektor pembangunan negara Malaysia seiring dengan “Wawasan 2020”, iaitu menuju sebuah negara yang maju dalam segala aspek. Wawasan 2020 ini telah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad maka tidak dapat disangkal kepesatan pembangunan yang berlaku di Malaysia. Hal ini dapat di buktikan melalui pembinaan bangunan-bungunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), KL Tower dan banyak lagi yang boleh diumpamakan seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”. Di dalam keghairahan mengejar kemajuan, Malaysia bagaimanapun tidak terlepas dari mengalami masalah yang juga timbul akibat daripada kepesatan pembangunannya. Masalah yang di maksudkan adalah masalah kewujudan petempatan setinggan. Petempatan setinggan secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada negara Malaysia. Masalah ini jika tidak ditangani akan menjejaskan imej baik negara Malaysia. Selain itu, masalah ini jikalau dibiarkan pasti akan membantutkan proses pembangunan di Malaysia. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia yang turut dibantu oleh pihakpihak swasta telah merancang dan merangka pelbagai alternatif dan strategi untuk menangani masalah ini dari terus menular
Pemasalahan seni bina kayu dan ukiran tradisional dalam kalangan masyarakat moden di Malaysia.
Keinginan dan wawasan negara dalam mengecapi kemajuan dan pembangunan negara merupakan salah satu sasaran terbaik dalam membentuk negara terbilang. Malangnya, dalam tidak sedar, kemajuan yang dikejar seakan melupakan elemen penting dan identiti asal negara kita sendiri. Hal ini dipastikan daripada beberapa mercu tanda binaan di Malaysia yang kurang menggunakan kayu sebagai medium dalam membina sesebuah bangunan mahupun rumah. Elemen tersebut sebenarnya banyak memberi kefahaman tentang sesebuah bangsa dan memberi nilai estetika dalam seni bina yang ditonjolkan. Elemen tersebut adalah elemen seni ukir tradisional yang menjadi salah satu identiti dalam sesebuah masyarakat dan juga persekitaran negara tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkembangan penggunaan seni ukiran kayu tradisional dalam penonjolan identiti seni bina negara dan beberapa faktor tenggelamnya seni ukir tradisional dalam kalangan seni bina masa kini. Dengan beberapa info dan kajian terhadap masalah ini, diharap agar memberi sedikit kesedaran terhadap masyarakat moden akan keunikan dan kepentingan seni bina ukir tradisional ini
Krisis identiti seni bina masjid di Malaysia.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, pucuk pimpinan negara telah memberi penekanan terhadap isu pembinaan identiti nasional. Seni bina masjid tidak terkecuali dari agenda itu. Antara pendekatan yang digunakan ialah dengan menerapkan elemen seni bina Melayu dan Timur Tengah. Namun usaha ini telah menjadi krisis dalam seni bina di Malaysia kerana dikatakan tidak releven dengan kehidupan masyarakat tempatan dan kurang mencerminkan budaya tempatan yang sebenar. Puncanya masalah ini ialah pemahaman yang sempit ramai ahli profesional dan akademik seni bina tentang maksud dan peranan mewujudkan identiti seni bina nasional. Bagi menanganinya, dicadangkan kajian yang mendalam mengenai elemen dan nilai yang terkandung dalam seni bina tradisional Melayu serta falsafah-falsafah daripada pemikir seni bina barat agar dapat dipertimbangkan kembali keberkesanan seni bina nasional yang ada pada masa kini
Evolusi susun atur ruang rumah : perubahan kedudukan ruang dapur dan bilik tidur (perbandingan rumah tradisional dan rumah bertingkat (apartment atau flat).
Susun atur ruang di dalam rumah adalah elemen penting dalam merekabentuk sesebuah rumah. Ketika zaman terdahulu, masyarakat tidak sesekali mengambil enteng dalam menyusun atur ruang untuk memastikan keselesaan penduduk sesebuah kediaman tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang permasalahan susun atur ruang yang semakin tidak diambil peduli oleh sesetengah penduduk. Ruang penting seperti ruang dapur serta bilik tidur yang menjadi ruang yang paling penting kurang di beri kepentingan pada masa kini. Perbincangan ini dibahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama adalah pengenalan terhadap susun atur ruang-ruang yang terdapat di dalam rumah. Bahagian kedua, adalah perbandingan susun atur rumah tradisional serta rumah moden. Bahagian ketiga, adalah sebab –sebab yang menjadikan susun atur rumah tradisional berubah dan bahagian keempat adalah, kesan-kesan yang mungkin terjadi disebabkan perubahan susun atur yang berlaku. Diharapkan melalui penulisan ini, dapat memberi kesedaran terhadap masalah susun atur ruang rumah moden berbanding rumah tradisional yang mempengaruhi satu aspek besar iaitu aspek sosial dalam kalangan masyarakat
- …
