1,721,004 research outputs found
Kolaborasi UAD–UII–FTKKP UMPSA jayakan CSR di SMART Kuantan
KUANTAN, 17 Jun 2025 - Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan telah menjadi lokasi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran bersama delegasi Universitas Ahmad Dahlan (UAD) dan Universitas Islam Indonesia (UII), dengan kerjasama strategik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertindak sebagai jambatan penghubung antara institusi pendidikan tinggi dari Indonesia dan sekolah angkat UMPSA.
Menurut Pensyarah FTKKP, Ts. Dr. Azizul Helmi Sofian, program itu melibatkan seramai 60 pelajar Tingkatan 4 SMART Kuantan dalam pelbagai aktiviti interaktif berasaskan kemahiran dan inovasi
10 pelajar FKKSA tempa kejayaan dalam Simposium Kejuruteraan Kimia
Sepuluh pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) seliaan Dr Azizul Helmi Sofian menang tempat ketiga dalam dua kategori yang dipertandingkan sempena ‘National Chemical Engineering Symposium 2015’ (NACES) yang berlangsung di Curtin University, Kampus Miri Sarawak pada 6 Disember 2015 yang lalu
Ts. Dr. Farhan wanita pertama dilantik ahli fatwa panel teknikal oleh Muslim Professional Japan Association MPJA
GAMBANG, 27 Mei 2021 - Sistem Pengurusan Jaminan Halal dan Pensijilan Halal Malaysia sudah diiktiraf di peringkat global dan menjadi penanda aras kepada negara-negara lain di dunia
Persediaan Ekosistem Pembelajaran Program Minyak dan Gas yang Lestari
Industri minyak dan gas merupakan pemacu utama kepada pembangunan ekonomi negara. Namun, industri ini juga sering kali dilabel tidak mesra alam dan lestari. Pada tahun 2020, Malaysia telah mencatat 7.98 tan gas karbon dioksida per kapita dengan pertambahan kadar purata tahunan sebanyak 3.87 peratus. Sudah pasti statistik ini disumbangkan oleh industri minyak dan gas negara
Creative Chemistry with Canva: Pelajar SMK Bukit Goh teroka ilmu Kimia secara interaktif
KUANTAN, 12 Jun 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Creative Chemistry with Canva di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goh, Kuantan yang melibatkan penyertaan seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Program itu diketuai oleh Pensyarah FTKKP, Dr. Nur Aminatulmimi Ismail bersama tujuh orang ahli geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti (kod geran CDU240106).
Menurut Dr. Nur Aminatulmimi, matlamat utama program adalah untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran kimia yang lebih interaktif dan kreatif dengan menggunakan platform Canva sebagai alat bantu digital
Bandar Span mungkin jawapan kepada permasalahan banjir
Negara kita kerap dilanda banjir terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun kini, corak taburan hujan dan kejadian banjir semakin sukar diramal, malah mengakibatkan banjir hampir di seluruh negara. Keadaan ini ditambah pula dengan pandemik COVID-19 yang dilihat semakin meruncing sehingga memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi dan sekali gus mengisytiharkan darurat
Stadium General (Scholars Talk) di Universitas Ahmad Dahlan (UAD) kupas isu ekonomi kitaran dan pengurusan sisa pintar Malaysia dan negara-negara maju
Yogyakarta, Indonesia, 25 September 2024 – Universitas Ahmad Dahlan (UAD) baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada program mobiliti pelajar Engineering Exchange CHEST X MECHAPRO yang melibatkan seramai 20 orang pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Salinity of our oceans can help us predict the effects of climate change
Floods have lately wreaked havoc across Europe, while the Chinese city of Zhengzhou received the equivalent of a year’s worth of rain in just three days. In contrast, high temperatures and droughts in northwest America and Turkey have sparked wildfires and killed hundreds of people. How about Malaysia during the monsoon season, especially in the east coast region
Dunia TVET dan IPT perlu bergerak ke arah Masyarakat 5.0 (Society 5.0)
Malaysia kini sedang melangkah ke satu era baharu yang bukan sahaja menuntut kemajuan teknologi, malah meletakkan manusia sebagai teras kepada segala pembangunan dan kemajuan, inilah yang dimaksudkan dengan konsep Masyarakat 5.0 atau Society 5.0.
Konsep yang diperkenalkan oleh Jepun ini membawa satu mesej penting iaitu teknologi mesti berfungsi untuk manusia, bukan sebaliknya. Dalam erti kata lain, dunia digital masa kini tidak hanya tentang automasi dan robot, tetapi juga bagaimana teknologi membantu menyelesaikan masalah sosial, merapatkan jurang kemiskinan, memudahkan kehidupan seharian dan membina masyarakat yang lebih sejahtera.
Namun, apabila kita meneliti situasi pendidikan tinggi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara kita, persoalan besar timbul. Adakah kita benar-benar bersedia melahirkan generasi Society 5.0
Stadium General Scholars Talk at Universitas Ahmad Dahlan UAD discussed issues of circular economy and smart waste management in Malaysia and developed countries
YOGYAKARTA, INDONESIA, 25 September 2024 – Universitas Ahmad Dahlan (UAD) recently hosted the CHEST X MECHAPRO Engineering Exchange student mobility programme, which involved 20 students from the Faculty of Chemical and Process Engineering Technology (FTKKP) and the Faculty of Engineering Technology Mechanical and Automotive (FTKMA) at Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- …
