119 research outputs found

    Journal of Islam in Asia

    No full text
    This Special Issue of Journal of Islam in Asia consists of papers which were presented by both international and local experts at the International Conference on Renewal and Reform of Islamic Thought & Civilisation (ICRITC’24). The conference was organised by International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM) to engage with diverse ideas, enriching the Islamic discourse for global civilasational relevance. This issue includes Arabic and English papers that explore various topics concerning the Islamic thought and civilasation

    Sumbangan Haji Abdullah Al-Qari dalam memartabatkan dakwah dan penulisan al-Sunnah di Malaysia: kajian terhadap karya berkaitan al-Sunnah

    No full text
    Kajian ini dilakukan bagi mengetengahkan secara terperinci ketokohan Hj Abdullah Al-Qari bin Hj Salleh dan sumbangan beliau dalam bidang dakwah al-Sunnah al-Nabawiyyah dan penulisan buku-buku keagamaan di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan rekabentuk temubual dan analisis dokumen. Menerusi kajian ini, penulis mendapati sumbangan beliau meliputi aktiviti dakwah di surau masjid, mengajar al-Quran, membina Masjid al-Sunnah, pembinaan Taman perumahan al-Qari, sekolah SRI al-Qari, penglibatan dalam politik islam, dakwah kepada Non Muslim dan yang terbesar adalah dalam bidang penulisan yang meliputi pelbagai bidang merangkumi Al-Quran dan Al-Sunnah, aqidah dan tasawwuf, feqah dan akhlak, bahasa dan sastera, sejarah Islam dan tempatan, kisah dan cerita, dakwah dan motivasi, ekonomi, politik, isu wanita dan kekeluargaan, sosial dan pertanian, perubatan Islam dan tradisional serta pendidikan dan perkamusan. Dapatan ini juga mengemukakan karya penulisan beliau secara khusus dalam bidang Al-Sunnah. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa penulisan adalah lapangan dakwah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada manusia. Penyebaran ilmu dan maklumat yang bermanfaat memberi pahala yang berterusan selagi mana pembaca mengamalkannya serta menyebarkannya pula kepada orang lain

    Implementation of Wasatiyyah concepts through Islamic studies syllabus at Islamic universities in Malaysia: a case study in International Islamic University Malaysia = تحقيق الوسطية من خلال مناهج الدراسات الإسلامية في الجامعات الإسلامية : دراسة حالة في الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا = Pelaksanaan konsep wasatiyah di universiti-universiti Islam di Malaysia: kajian Kes di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    No full text
    Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan elemen Wasatiyah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Method yang digunakan dalam penulisan kualitatif ini berdasarkan tinjauan dan analisa dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa IIUM telah dan sentiasa berusaha melaksanakan pendekatan wasatiyah berasaskan matlamat penubuhan universiti dari sudut Islamisasi, Integrasi, Pengantarabangsaan, dan kecemerlangan keseluruhan. Implikasi kajian dalam konteks global hari ini, dizahirkan isu integrasi yang membawa kepada toleransi hidup beragama yang sangat penting di mana Ummah belajar mengenali dan memahami perbezaan budaya dan kepelbagaian kaum yang ada dan hidup harmoni sebagai sebuah masyarakat majmuk dalam negara ini. Pendekatan Wasatiyah sangat tepat digunakan sebagai wasilah terutama untuk mewujudkan keharmonian dan mengekalkan keadilan sosial dalam masyarakat
    corecore