1,720,967 research outputs found
Kontrak bentuk seragam pengguna: layanan perundangan di United Kingdom dan Jerman
Perlindungan pengguna merupakan satu aliran pemikiran baharu yang semakin mendapat perhatian semua pihak, khususnya dalam konteks perundangan pengguna. Hakikat bahawa kontrak bentuk seragam mengundang permasalahan dalam persoalan teori dan amalan suatu pembentukan kontrak, semakin diterima umum disebabkan ciri berat sebelah, ketiadaan rundingan dan persetujuan serta slogan "terima atau tolak" yang ada padanya. Akur akan kewujudan hakikat ini, kawalan undang-undang menjadi satu instrumen penting bagi menghakis ketidakadilan kepada kelompok pengguna. Oleh itu, walaupun Malaysia sudah melahirkan beberapa Akta yang menyentuh persoalan perlindungan pengguna, perlu diakui bahawa masih wujud beberapa kelemahan dalam setiap perundangan tersebut, terutama kelompangan yang terserlah berhubung ketiadaan peruntukan yang mengawal kontrak bentuk seragam dan terma-terma tidak saksama. Akur akan kewujudan hakikat ini, kawalan undang-undang menjadi satu in strum en penting bagi menghakis ketidakadilan kepada kelompok pengguna. Perlu diakui bahawa masih wujud beberapa kelemahan dalam setiap perundangan tersebut, terutama kelompangan yang terserlah berhubung ketiadaan peruntukan yang mengawal kontrak bentuk seragam dan terma-terma tidak saksama. Oleh itu, dalam mencadangkan bentuk perundangan kontrak bentuk seragam yang berkesan kepada Malaysia, maka analisis negara-negara lain yang terkehadapan dalam persoalan perlindungan pengguna berhubung kontrak bentuk seragam adalah perlu bagi memberikan ruang kepada Malaysia memikirkan bentuk penggubalan perundangan yang berkesan mengenainya. Maka itu, makalah ini membincangkan layanan perundangan di dua negara terpilih iaitu United Kingdom dan Jerman yang mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal kontrak bentuk seragam. Dengan menggunakan kaedah kajian legalistik tulen sepenuhnya, makalah ini mengupas layanan perundangan di United Kingdom dan Jerman berhubung kontrak bentuk seragam melalui pendekatan historisisme, komparatif dan analitis serta kritis. Mengguna pakai analisis kandungan yang menekankan tinjauan karya sepenuhnya, makalah ini juga merumuskan keperluan perundangan bagi Malaysia dalam bidang ini bagi memastikan perlindungan mapan kepada pengguna
Impak bioteknologi ke atas perlindungan pengguna : aspek undang-undang berhubung keselamatan produk
Perlindungan pengguna di Malaysia kini berada dalam era yang penuh cabarab ekoran ledakan globalisasi dan kepesatan teknologi yang menghasilkan pelbagai kreativiti dan ciptaan. Bioteknologi merupakan satu cabanf sains dan teknologi di mana penggunaan dan sumbangannya kepada masyarakt adalah tidak ternilai banyaknya dan masih lagi menjanjikan sumbangan - sumbangan mendatang. Selain memberi banyak manfaat, pada masa yang sama, ia turut mengundang pelbagai cabaran dalam pelbagai aspke kehidupan khususnya dari aspek keselamatan produk pengguna. Tidak dinafikan bahawa produk-produk pengguna yang dihasilkan melalui proses bioteknologi semakin bertambah di pasaran khususnya dengan kewujudan GMO (Genetically Modified Organism) yang lahir dari penggunaan proses bioteknologi moden di mana pengguna menghadapi kesukaran dalam menentukan tahap keselmatan dalam penggunaanya. Pengguna tidak mengetahui risiko dan pencemaran yang dihasilkan oleh setiap produk. Ditambah dengan ketidakseimbangan kuasa perundingan antara pengguna dan peniaga serta jurang maklumat yang wujud antara mereka daripada risiko yang mereka tanggung. Kertas kerja ini cuba merungkaikan persoalan perlindungan ke atas pengguna daripada penggunaan produk-produk bioteknologi dengan memfokus kepada perkembangan perlindungan pengguna dan bioteknologi di Malaysia. Melalui pendekatan historis, analisis dan kritis serta jurisprudens, artikel ini turut melihat kecukupan perundangan dalam memberi perlindungan kepada pengguna berhubung permasalahn keselamatan produk. Kajian ini menunjukkan bahawa satu reformasi perundangan adalah diperlukan dalam menangani permasalahan ini sebagi langkah memberi lebih perlindungan kepada pengguna
Korpus teori pembentukan kontrak
Secara simboliknya, kontrak umpama nadi yang berdenyut dalam setiap nyawa manusia. Kehidupan harian manusia bergantung kepada kontrak. Pelbagai aspek kehidupan manusia di muka bumi ini memerlukan kepada kontrak dalam mengatur dan memudahkan urusan seharian tidak kira dari aspek sosial, politik, undang-undang dan ekonomi. Kesedaran kepada kepentingan kontrak telah tersemai seawal abad ke 13 lagi. Teori-teori kontrak telah diwujudkan dengan meletakkan prinsip undang-undang semulajadi sebagai landasan perjuangannya. Ahli-ahli falsafah juga telah tampil dengan teori masing-masing mengenai kontrak. Akibatnya, ideologi mula berkembang dengan berpusatkan persoalan berhubung kontrak dan kesannya kepada masyarakat dan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak yang bertunjangkan teori-teori asas dan teori-teori pembentukannya dilihat sebagai tercabar ekoran daripada bentuk dan jenis transaksi moden yang mengancam masyarakat dunta. Dengan mengguna pakai analisis legalistik tulen yang menerapkan metod analisis kandungan, rencana ini mengupas dan menganalisis korpus teori yang mendasari perkembangan\u27 dan pembentukan sesuatu kontrak
Towards harmonisation of the ASEAN contract law: the legal treatment of unfair consumer contract terms among selected ASEAN member states
Regulating standard form of consumer contracts: the legal treatment of selected asian jurisdictions
The use of standard form contract is extensively widespread in the era of globalisation. It has now become a predominant feature of many consumer contracts. Although initially it was formed as an agent to facilitate market transactions, it is now seen as hindering the business process and increasing the cost of goods. Its practice in the daily consumer transaction has drawn attention due to its nature and characteristics. Forms contract are not a result of a negotiation proces
Frod dalam pengurusan syarikat: peranan dan cabaran pengarah syarikat masa kini
In every business world, ethics should come in parallel with the administration of each business organization. Nevertheless, there are countless administrative hurdles for each company to encounter with especially in relation to unethical and improper conduct during the company’s business operation. Fraud is the usual term used to describe a dishonest trick or criminal deception. Fraud has now become a practice for those who not only can we consider as ignorant of law but also those who knows and understand the law nevertheless neglect it due to business profits. In relation to the practice of ‘corporate governance’, director of company has now play an eminent role to ensure the growth and success of their company. Success and failure of company rest so much on the shoulder of its director. This article tries to highlight the practice of fraud in a company by its director and try to discuss legal provisions relating to the duties of director provided under the Companies Act 1965, taking into consideration the emergence of the Code of Corporate Governance. This is due to the fact that while directors are already subject to extensive laws and regulations regulating their conduct, their awareness of the extent of responsibilities attaching to their office appears to be minima
Korpus teori pembentukan kontrak
Symbolically, contract resembles the human pulse. Our daily life depends on contracts.
Various aspects of life depend on contracts to arrange and facilitate daily activities,
whether from the aspects of social, politics or economics. Awareness on the importance of
contracts existed as early as the 13th century. Contract theories existed with natural law
as its underlying cause. Philosophers propounded their own theories on contract.
Consequently, ideologies developed centred around the questions of the relationship and
impact of contract on society and life. The basic principles of the law of contract derived
from the basic theories of contract and contract formation are seen to be challenged by the
introduction of various forms and types of modern transactions invading the world.
Applying a pure legalistic analysis, based purely on literature review, this article analyses
the theoretical corpus underlying contract development and formatio
Regulating Standard form of consumer contracts: The legal treatment of selected asian jutisdictions
The use of standard form contract is extensively widespread in the era of globalisation. It has now become a predominant feature of many consumer contracts. Although initially it was formed as an agent to facilitate market transactions, it is now seen as hindering the business process and increasing the cost of goods. Its practice in the daily consumer transaction has drawn attention due to its nature and characteristics.Forms contract are not a result of a negotiation process; they are offered on a ‘ take it or leave it’ basis, they do not require meeting of mind and they are usuallynot read by consumers. Its contents often consist of unfair terms and exclusion
clauses which often give benefits and advantage to the one who prepares the contract. In this new era, the practice of standard form contract reflects a new dimension of oppression of the consumers. It has further eroded the protection of consumers in many commercial transactions.
Hence this paper aims at exploring comparatively the legal treatment on standard form contract in the context of consumer trade in selected Asian jurisdictions, namely Malaysia, Israel, Thailand and Peoples Republic of Chin
- …
