1,720,966 research outputs found
Isu pemilikan tanah dan implikasinya terhadap produktiviti pekebun kecil: kajian kes pekebun kecil di Lahad Datu, Sabah
Industri sawit negara banyak dibantu oleh hasil yang dikeluarkan oleh pekebun kecil. Pengeluran di tanah yang berkeluasan kurang daripada 100 hektar menyebabkan output yang dihasilkan seringkali tidak melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti MPOB. Di daerah Lahad Datu Sabah misalnya sasaran hasil yang disasarkan tidak dapat memenuhi sasaran pihak MPOB iaitu 22 tan perhektar pertahun. Sebaliknya hasil yang diperoleh hanya merangkumi 14 tan perhektar pertahun. Setelah pelbagai pendekatan dan stategi yang dilakukan oleh pihak MPOB namun masih gagal mencapai sasaran yang telah disasarkan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk merungkai perihal yang menyebabkan produktiviti yang rendah dalam kalangan pekebun kecil di kawasan kajian dengan menggunakan pendekatan institusi.Indepth interview dengan pekebun kecil dan pegawai berkaitan di kawasam kajian telah dilakukan. Analisis mendapati terdapat dua punca yang menyebabkan hasil pekebun kecil di kawasan ini rendah iaitu punca formal dan informal. Punca formal merangkumi faktor milikan tanah yang tidak jelas, faktor pertindihan pemilikan tanah dan syarat permohonan tanam baru. Manakala bagi faktor informal pula meliputi faktor sikap pemilik tanah, kebimbangan kebun diambil oleh waris, lokasi tanah dan pengetahuan tentang pemilikan
tanah yang tidak jelas
Faktor-faktor penentu harga rumah dari perspektif pemaju perumahan
Peningkatan harga rumah telah menjadi isu yang sangat serius di Malaysia. Peningkatan harga yang berterusan telah mengakibatkan ramai dalam kalangan pembeli tidak mampu untuk membeli rumah. Seringkali peningkatan harga ini dikaitkan dengan pengaruh faktor permintaan dan penawaran harga rumah. Pelbagai langkah telah diambil bagi mengekang kenaikan harga rumah dengan tujuan membolehkan pembeli memiliki rumah. Namun kenaikan harga seolah-olah tidak mampu dibendung. Persoalannya apakah faktor yang menjadi penentu perletakan harga rumah oleh pihak pemaju? Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan faktor penentu yang digunakan oleh pihak pemaju dalam meletakkan harga rumah oleh syarikat pembinaan mereka. Sehubungan itu soal selidik telah diedarkan dalam kalangan 76 pemaju projek pembinaan di kawasan kajian. Maklumbalas daripada pemaju telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dengan menggunapakai skor min bagi setiap faktor. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti faktor yang menjadi penentu kepada peletakan harga sesebuah unit kediaman oleh pihak pemaju. Faktor perletakan harga oleh pemaju perumahan telah dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Analisis dapatan kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi faktor penentu perletakan harga rumah oleh pemaju di kawasan kajian. Bagi faktor dalaman, faktor jarak atau lokasi, persekitaran sosial, rekabentuk struktur rumah, spekulasi, status fizikal dan faktor keselamatan merupakan antara faktor yang digunakan oleh pemaju dalam menentukan harga sebuah unit yang dibina. Manakala bagi faktor luaran, didapati kadar pinjaman, penggunaan teknologi hijau, penggunaan mesra alam serta cukai perumahan telah mempengaruhi penentuan perletakan harga oleh pemaju. Bagi menangani masalah kenaikan harga yang berterusan, pelbagai langkah yang berkait dengan keperluan dan kemampuan pengguna perlu diambilkira dalam projek pembinaan perumahan
Hartanah kediaman tidak terjual: kajian kes di negeri Johor
Unit hartanah kediaman tidak terjual menjadi isu kritikal yang perlu ditangani segera bagi memastikan permintaan tinggi terhadap unit kediaman oleh penduduk bandar dapat dipenuhi. Persoalannya, mengapakah wujud isu hartanah kediaman tidak terjual sedangkan terdapat banyak rungutan masalah ketidakcukupan rumah di sesebuah bandar. Sehubungan itu, makalah ini cuba menjawab persoalan tersebut dengan mengenal pasti punca dan faktor yang menyebabkan unit hartanah tidak dapat dijual, sehingga membawa kepada fenomenon projek perumahan terbengkalai. Kaedah pengutipan data yang diguna pakai dalam kajian ini melibatkan temu bual secara mendalam dengan agensi-agensi dan pihak-pihak yang terlibat dengan sektor perumahan seperti pemaju dan pembeli. Pendekatan institusi ekonomi telah digunakan dalam menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan fenomenon ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa isu unit hartanah kediaman tidak terjual berlaku disebabkan oleh faktor-faktor formal dan tidak formal. Kekangan peraturan formal menjurus kepada definisi unit tidak terjual dalam kalangan ejen pelaksana, sistem konvensional pembinaan rumah dan prosedur pemulihan projek terbengkalai. Manakala kekangan peraturan informal menjurus kepada sikap pemaju, faktor konvensional pembelian rumah, reputasi pemaju dan sikap pembeli
Menangani cabaran tranformasi tanah NCR: satu keperluan terhadap pendekatan pemetaan berpenglibatan
Bagi masyarakat pribumi di Sarawak, tanah merupakan sumber yang amat penting demi kelangsungan hidup mereka. Kerananya, isu pemilikan dan persempadanan tanah NCR (Native Customary Rights Land) sering kali menjadi punca pertelingkahan antara komuniti suku kaum asli di negeri tersebut. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk membincangkan konflik komuniti pribumi terhadap isu pemilikan dan persempadanan tanah adat di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada kajian lepas. Pertelingkahan antara komuniti asal di Sarawak didapati berpunca daripada dua faktor utama. Pertama, penggunaan kaedah persempadanan tanah NCR berdasarkan penyampaian secara penceritaan lisan dari satu generasi ke satu generasi dan rujukan sempadan yang kurang jelas seperti berasaskan tumbuh-tumbuhan, bukit dan sungai. Kedua, kelemahan pemetaan konvensional sedia ada yang gagal mengambil kira maklumat lisan mahu pun maklumat lokal yang tak formal semasa kerja-kerja persempadanan semula tanah dilakukan. Kedua-dua hal ini sering menyebabkan berlakunya pertindihan sempadan dan seterusnya membawa kepada pertelingkahan. Justeru itu, maklumat lokal tak formal setempat perlu diambil kira dalam proses persempadanan tanah bagi mengelakkan pertelingkahan dalam masyarakat. Proses tersebut yang menggunakan teknik pemetaan digital berpenglibatan, merupakan pendekatan pemetaan yang melibatkan penyertaan komuniti lokal, adalah alat bagi memudahkan tranformasi pembangunan tanah adat di negeri Sarawak
Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh
Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat
Isu pemilikan hartanah oleh orang-orang pulau di kawasan darat Mersing: kajian kes di Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor
Penghijrahan masyarakat pulau ke kawasan darat Mersing dikatakan lebih terdorong untuk mencari kehidupan yang lebih terbuka di samping berusaha mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik terhadap anak-anak mereka. Kajian telah dijalankan dikalangan orang-orang pulau yang tinggal di Kampung Sri Bahagia Mersing. Penelitian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam dengan orang-orang pulau yang terlibat dengan penyewaan tanah atau rumah di Kampung Sri Bahagia. Analisis mendapati majoriti mereka merupakan penyewa tanah mahupun penyewa rumah di kawasan kajian. Justeru itu, fokus kajian lebih menumpu kepada isu yang dihadapi oleh penduduk pulau dalam usaha untuk memiliki hartanah di kawasan darat Mersing. Hasil kajian mendapati orang-orang pulau di kawasan darat berdepan dengan beberapa isu pemilikan hartanah. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk pulau termasuklah perjanjian dalam bentuk kontrak yang kurang jelas antara pemilik dan penyewa serta pemilik tidak mempunyai surat hak milik yang jelas setelah tanah dibeli. Fenomena ini jika dibiarkan berlanjutan akan memberi kesan terhadap proses pembangunan pada masa depan. Sehubungan itu, artikel ini juga turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian. Antaranya termasuklah pemantauan terhadap proses jual beli dan syarat perjanjian penyewaan tanah atau rumah di kampung Sri Bahagia
Keupayaan pendekatan institusi dalam menghurai punca-punca tanah pertanian terbiar di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kajian ini menumpu perhatian kepada keupayaan pendekatan institusi dalam menghuraikan punca-punca dan pemulihan tanah pertanian terbiar di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya tanah pertanian terbiar yang boleh diklasifikasikan sebagai punca formal yang bertulis dan punca informal yang tidak bertulis. Menurut pendekatan ini, institusi formal dan informal mempengaruhi sikap aktor. Justeru, penelitian terhadap institusi formal mampu mengenalpasti setakat mana aktor berperanan untuk menyediakan bekalan tanah bagi maksud pembangunan pertanian. Begitu juga dengan peraturan tidak formal yang merupakan sikap aktor dalam usaha memajukan tanah pertanian di lokasi kajian. Pengumpulan data dibuat melalui temu bual dengan aktor yang terlibat yakni pemilik tanah dan agensi kerajaan, untuk mengenalpasti peraturan bertulis dan sikap mereka terhadap punca tanah menjadi terbiar, melalui persampelan tidak berstrata yang melibatkan 52 lot tanah terbiar di 19 buah kampung dalam daerah Kuala Pilah. Analisis dibuat secara kualitatif dengan memberikan penekanan kepada sikap pemilik tanah yang terlibat. Hasil kajian mendapati terdapat masalah dalam hubungan sosial antara agen yang telah menjadi punca berlakunya tanah pertanian terbiar di kawasan kajian, apabila timbul masalah sikap yang akhirnya mendorong pemilik tanah untuk tidak mengusahakan tanah dan seterusnya menjadi terbiar. Jadi, kajian ini menunjukkan kepentingan peraturan formal dan tidak formal dalam membataskan penawaran tanah untuk maksud pertanian di kawasan kajian
Keupayaan pendekatan institusi dalam menghurai punca-punca tanah pertanian terbiar di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
This research examined the explanatory power of institutional perspectives with regard to
the causes of and solutions for idle agriculture land in Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
There are several causes of agriculture idle land that can be classified into formal written
and informal unwritten sources. According to the institutional perspective, formal
institutions affect actors’ behaviour. Therefore, a study on formal institutions enables us
to identify the way in which actors are willing to supply land for agriculture development.
Similarly, informal rules or the attitudes of the actors also affect supply of land in the case study area. Data was collected through interviews with landowners and government
officers to identify the written and unwritten rules that caused idle lands using nonstratified
sampling procedure and involving 52 lots of idle lands within 19 villages in
Kuala Pilah District. This study adopted the qualitative method of analysis with emphasis
on landowners’ behaviour. The findings showed that one of the major causes of land
becoming idle was due to the social relations of the agents. The findings therefore
indicated the importance of formal dan informal rules in the supply of land for agriculture
development in the case study area
Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia (Issues and challenges of the Minang customary land in the Malay world of Malaysia and Indonesia)
Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan merujuk khusus kepada peruntukan tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Minang di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Malaysia dan di Batu Sangkar di Sumatera Barat, Indonesia. Perincian terhadap situasi di Indonesia menunjukkan bahawa isu pemberian surat milikan tanah adat menyebabkan tanah adat berhadapan dengan cabaran perlucutan pemilikan tanah adat. Perincian terhadap situasi di Malaysia pula menonjolkan isu betapa peruntukan mengekang tanah adat daripada dijual mahupun disewa ditambah
dengan jumlah pemilikan yang ramai telah menyebabkan tanah adat di Malaysia menjadi tanah yang tidak diusahakan dan terbiar. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama bagi memikirkan cara-cara menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh tanah adat/ulayat di kedua-dua negara ini demi mempertahankan kesinambungan dunia Melayu
Kesan pewartaan taman laut ke atas penduduk Pulau Tinggi, Mersing, Johor
Marine Park Malaysia is endorsed under Section 41- 45 Fishing Act 1985. Realization of the Marine Park Malaysia in 1994 brings 40 islands under its protected area. Among these are islands of Pulau Redang and Pulau Perhentian in Terengganu, Islands of Payar in Kedah, the islands of Tioman in Pahang and islands of Pulau Tinggi in Johor. The establishment of Marine Park Malaysia is to protect and conserve various habitat and aquatic marine life especially coral, flora and fauna. Marine Park Malaysia is endorsed by law and legislation to protect the natural resources around the island and its surrounding. Declaration of Pulau Tinggi as the Marine Park has honoured the efforts to protect natural heritage as well as to enhance the economy of the local people. However, it also has caused some problems to the people inhabiting these islands. This article examines the steps taken to gazette Pulau Tinggi islands as a Marine Park and its impact on the local peoples. It also discusses problem and challenges faced by the peoples as a result of its endorsement under the protected area of Marine Par
- …
