1,720,993 research outputs found

    Tahap pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar di UITM Terengganu

    No full text
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana kemampuan pelajar UiTM Terengganu membaca al-Quran. Maklumat kajian diperoleh melalui dua cara, iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Melalui kaedah kuantitatif, maklumat diperoleh melalui sampel soal selidik daripada 500 orang pelajar diploma tahun akhir, dan kaedah kualitatif dilakukan melalui temu bual soalan berangka dengan 6 orang pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan program windows SPSS versi 12.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kemampuan para pelajar adalah sederhana dalam aspek asas pembacaan al-Quran dan dalam aspek-aspek tertentu masih ramai pelajar agak lemah seperti dalam menguasai pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, pengetahuan hukum tajwid dan pembacaan secara bertajwid. Kajian menunjukkan juga bahawa wujudnya perbezaan penguasaan membaca al-Quran mengikut pemboleh ubah jantina, sekolah asal pengajian, bidang pengajian dan pencapaian mata pelajaran Agama Islam pada peringkat SPM

    Isu-isu pemakanan Halal: Kajian kes dalam hubungan komuniti saudara baru dan bukan Muslim di negeri Terengganu

    No full text
    Penyediaan dan pengambilan makanan halal merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Makanan yang halal seperti yang perlu dimanifestasikan dalam aspek pemakanan akan memberi corak terhadap tingkahlaku seseorang Muslim. Konsep pemakanan yang halal melibatkan penilaian terhadap satu skel pilihan yang dianggap luhur berdasarkan syariat agama. Saudara baru merupakan kelompok yang melakukan transformasi kehidupan termasuk dalam aspek pemakanan berasaskan nilai yang ada dalam agama Islam. Meskipun hubungan kekeluargaan telah terjalin sekian lama, perbezaan nilai agama mencetuskan salah faham dan konflik termasuk perihal yang berkait dengan isu pemakanan halal. Justeru, objektif kajian ini adalah bertujuan melihat pengalaman peserta kajian yang terdiri daripada komuniti saudara baru Cina di negeri Terengganu dalam konteks hubungan Muslim dan bukan Muslim ketika melaksanakan upacara makan bersama-sama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas 20 orang komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa isuisu yang berkait dengan pemakanan telah menjadi salah satu sensitiviti semasa saudara baru berkunjung ke rumah keluarga asal. Biarpun begitu, wujud dalam kalangan ahli keluarga bukan Muslim yang menghargai dan menerima perbezaan yang ada dalam agama orang lain dengan terbuka

    Perkaitan akulturasi budaya dan hubungan antara agama:kajian terhadap komuniti Cina pra konversi di negeri Terengganu

    No full text
    Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Perihal ini boleh ditemui dalam kehidupan masyarakat minoriti Cina di negeri Terengganu. Proses akulturasi yang mengambil masa yang lama mencerminkan bahawa hubungan masyarakat minoriti Cina dan majoriti Melayu telah terjalin dengan utuh. Ini menjadikan kelompok Cina di negeri Terengganu agak berbeza dengan masyarakat Cina di negeri lain. Proses akulturasi mendedahkan masyarakat Cina terhadap norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang mengandungi unsur keagamaan Islam. Kajian deskriptif ini bertujuan melihat penerimaan masyarakat Cina terhadap penglibatan kalangan ahli keluarga pra konversi terhadap budaya masyarakat Melayu. Metodologi yang digunakan bagi mengukur kajian ini ialah melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas 10 orang masyarakat Cina Terengganu yang telah memeluk Islam. Pengalaman hidup mereka sebelum Islam yang melibatkan hubungan antara agama dengan masyarakat setempat. Bagi mengukuhkan kajian yang dilakukan, temu bual ke atas empat orang pemimpin agama dan pengerusi badan NGO saudara baru turut dilakukan. Dapatan menunjukkan bahawa wujud tiga trend hubungan agama tanpa disengajakan masyarakat Cina pra konversi dalam memahami agama Islam iaitu menghindarkan diri daripada melibatkan aktiviti, penglibatan secara berhatihati dan hubungan yang tidak ambil peduli. Mengambil kira pentingnya hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat awam, budaya toleransi perlu disuburkan dalam kehidupan. Sekiranya manusia gagal menghormati norma dan nilai budaya, bagaimana masyarakat berbilang agama merasai kehidupan yang rukun dan aman damai

    Bentuk-bentuk hubungan Muslim-non Muslim selepas pemelukan agama: Kajian kes dalam kalangan mualaf Cina Terengganu

    No full text
    Perbezaan anutan agama dikenal pasti oleh ramai sarjana sebagai salah satu faktor penghalang kepada proses pemupukan integrasi dalam kalangan komuniti Saudara Muslim. Dimensi hubungan komuniti bukan Muslim dengan ahli keluarga yang Muslim membentuk citra yang sebenarnya tentang agama Islam dan masyarakat Muslim yang selanjutnya melahirkan beberapa bentuk hubungan iaitu hubungan yang bersifat saling menyokong, neutral, tegang dan akamodasi. Perihal yang sama berlaku dalam konteks hubungan Saudara Muslim Cina dan bukan Muslim di negeri Terengganu. Hubungan tegang merupakan bentuk yang paling banyak ditemui dalam proses pembinaan semula hubungan dalam komuniti Saudara Muslim Cina dengan keluarga bukan Muslim. Objektif kajian ini ialah melihatkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam komuniti Saudara Muslim Cina dengan komuniti asal yang bukan Muslim di negeri Terengganu. Kajian kes ini dilakukan dengan menggunakan metodologi kualitatif iaitu dengan temu bual ke atas 20 orang Saudara Muslim Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Kajian ini penting dilakukan bagi melihat dan seterusnya merungkai permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan Saudara Muslim yang menghadapi masalah kehidupan dengan keluarga asal. Melalui pendekatan dialog antara agama diharapkan komuniti Cina di negeri Terengganu dapat hidup secara harmoni yang mana ianya akan menjadi cerminan dan terjemahan pada generasi dan masyarakat pada dekad-dekad yang mendatang

    Peranan MAIDAM dalam pengurusan saudara baru melalui pendekatan dialog kehidupan

    No full text
    Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan Saudara Baru. Termasuk disini pengurusan yang melibatkan akal, emosi dan perasaan bagi komuniti Saudara Baru yang mempengaruhi hubungan dengan ahli keluarga bukan Muslim. Justeru, pembangunan intelektual melalui pengurusan dialog kehidupan bertujuan membetulkan salah faham, membaiki keadaan dan memupuk hubungan yang harmoni antara dua pihak yang terlibat. Kajian ini adalah bertujuan melihat peranan yang dilakukan oleh pihak MAIDAM dalam menguruskan permasalahan tersebut melalui pendekatan dialog kehidupan. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi melihat persepsi Saudara Baru terhadap pendekatan dialog kehidupan dalam menguruskan salah faham beragama antara komuniti Saudara Baru dengan ahli keluarga. Dengan menggunakan SPSS 20, data-data dianalisa menggunakan kaedah min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan persepsi Saudara Baru terhadap peranan MAIDAM dalam membina hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam berdasarkan pendekatan dialog kehidupan berada pada tahap yang sederhana. Biarpun begitu, hasil dapatan memperlihatkan majoriti responden berpandangan bahawa pelaksanaan dialog kehidupan dapat menjana hubungan yang harmonis dengan keluarga bukan Muslim

    Perspektif Kakitangan Hospital Terhadap Hukuman Hudud

    No full text
    Hudud Law is a punishment prescribed by Allah s.w.t to be used as a guide to Muslim countries governments in prosecuting cases involving crimes. In 2015, the government of Kelantan proposed and approved for the implementation of this law and the same intention is also to be implemented by the government of Terengganu. This issue has raised various negative and positive perceptions among the Malaysian Muslim or non-Muslim. This study used purposive sampling to investigate the perception of civil servants, especially among hospital staff in Terengganu specifically in its implementation. This study distributed a total of 200 self-administered questionnaires to hospital staff Hulu Terengganu. The data analysis employed IBMSPSS 20 to obtain mean, percentage and frequency to elaborate the findings. The study found that most of the respondents viewed that Hudud should be implemented with the aim to prevent formidable criminals. Thus, this study also serves to reject the claim that the Hudud law is not relevant for implementation in the futur

    Apresiasi Dialog Kehidupan Berhikmah Komuniti Cina Muslim di Terengganu

    No full text
    Dialog antara agama merupakan satu bentuk wacana agama bagi mencari titik persefahaman antara penganut agama yang berbeza kepercayaan. Dalam perbincangan dialog antara agama yang bersifat informal, \u27dialog kehidupan\u27 merupakan satu bentuk wacana masyarakat yang berkaitan dengan persoalan kehidupan harian yang bukan sahaja mengandungi elemen-elemen keagamaan tetapi juga mencakupi segala aspek kehidupan harian. Pelaksanaan hubungan antara umat beragama yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW memperjelaskan bahawa pentingnya amalan toleransi bertunjangkan kebijaksanaan diketengahkan pada peringkat akar umbi. Dialog kehidupan berhikmah ini boleh diperhatikan dalam kehidupan masyarakat Cina Muslim di Terengganu dalam proses pembinaan semula hubungan dengan keluarga yang berbeza agama dan budaya hidup. Makalah ini membincangkan sejauh mana aspek-aspek hikmah diaplikasikan dalam kalangan masyarakat Cina Muslim di Terengganu ketika menjalinkan hubungan inter dan intra etnik melalui aktiviti yang dikenali sebagai dialog kehidupan. Dapatan menjelaskan bahawa komuniti Cina Muslim menjalinkan hubungan dengan masyarakat Cina bukan Muslim dan masyarakat Melayu Muslim berteraskan hikmah mengikut kerangka yang digariskan oleh agama Islam. Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah temu bual ke atas 20 orang anggota masyarakat Cina yang telah memeluk agama Islam di Terengganu

    Kajian literatur: dialog agama perkongsian aktiviti dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia

    No full text
    Dialog merupakan satu bentuk perbincangan atau wacana secara ilmiah bagi mencari titik pertemuan kerana wujudnya perbezaan agama dan keyakinan. Dalam konteks hubungan antara agama dan budaya, dialog bertujuan mengikis konflik antara agama dengan memupuk kefahaman dan kasih sayang antara sesama manusia yang berbeza agama. Justeru, dialog agama ialah satu disiplin untuk mempelajari, memahami, berkongsi pandangan mengenai perbezaan yang wujud dalam kehidupan yang pelbagai budaya dan agama. Dialog agama dalam lingkungan masyarakat awam merupakan satu pendekatan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat yang berbeza agama dan budaya dari akar umbi melalui penglibatan aktiviti seharian secara tidak formal. Kebanyakan sarjana memberi tumpuan disiplin dialog sebagai wasilah keharmonian hubungan inter-agama khususnya antara Islam dan Kristian. Kalangan sarjana tempatan mengupas aspek dialog dalam kerangka Islam dan bentuk-bentuk dialog yang merangkumi hubungan yang berlaku dalam kalangan masyarakat awam. Metodologi yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah kajian tinjauan terhadap penulisan yang lepas yang membicarakan tentang dialog agama sebagai subjek kajian. Kajian tinjauan ini sangat penting kerana ia merupakan input awal terhadap kajian yang berikutnya
    corecore