1,720,981 research outputs found
Fliess’s Kappa: konsesus kesepakatan pakar bagi bakat bekerja pelajar TVET di universiti teknikal
Bakat bekerja pelajar kearah negara berpendapatan tinggi merupakan cabaran besar kepada negara Malaysia menjelang 2020. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan dalam menyediakan graduan yang berbakat serta mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi bagi memastikan peluang pendidikan yang tepat kepada pelajar. Ini jelas menunjukkan bakat bekerja perlu di pertingkatan dalam mempersiap sediakan kepada graduan dengan ilmu mereka cipta sesuatu yang baru dan berinovasi. Bakat bekerja ini adalah dapat membantu negara mencapai status negara maju disamping meningkatkan kualiti hidup graduan apabila bekerja di industri kelak. Kajian ini dilakukan adalah bagi menentu sahkan domain dan komponen bakat bekerja berdasarkan konsesus kesepakatan bersama 5 orang pakar yang terlibat dalam kajian. Tujuan kajian ini adalah mengukur tahap persetujuan pakar melalui kaedah pengiraan Fliess's kappa. Hasil dapatan menunjukkan kelima-lima pakar telah sepakat terdapat 42 komponen yang telah dipersetujui dan 4 komponen yang tidak dipersetujui oleh pakar yang terlibat bagi 6 domain bakat bekerja yang terlibat. Hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam meningkatkan bakat bekerja pelajar bagi menyumbang ke arah negara maju dalam memenuhi permintaan industri dan menambah peluang bagi kemajuan kerjaya untuk pembangunan TVET negara
Tahap pengaruh faktor rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi murid berkeperluan khas (MBK)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaruh rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 151 orang murid berkeperluan khas yang mempunyai kategori masalah pembelajaran. Lokasi kajian melibatkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Muar, Johor. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mengutip data dalam kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul dan dianalisis secara deskriptif iaitu pengiraan data kekerapan dan peratusan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan minat dalam pemilihan kerjaya murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Oleh demikian, pihak kementerian perlu mengambil langkah sewajarnya seperti menerapkan program, kursus atau latihan dalam mata pelajaran vokasional untuk memberi pendedahan elemen kemahiran transisi kerjaya dan elemen keusahawanan yang membantu golongan murid berkeperluan khas
Penerimaan pembelajaran berasaskan permainan digital dalam mempengaruhi motivasi belajar
Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar dalam penerimaan pembelajaran berasaskan permainan digital dalam meningkatkan motivasi belajar. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini melibatkan 234 orang pelajar Tahun 1 Diploma dalam pelbagai kursus di tiga buah Kolej Vokasional Negeri Melaka. Analisis data melibatkan analisis kekerapan, skor min, sisihan piawaian dan peratusan menggunakan perisian SPSS 20. Dapatan kajian menunjukkan nilai skor min bagi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan permainan digital adalah tinggi iaitu 4.51. Manakala persepsi pelajar terhadap motivasi belajar daripada empat aspek iaitu perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan berada pada nilai skor min yang tinggi antara 4.55 hingga 4.65. Kesimpulannya, pelajar mempunyai reaksi yang positif terhadap kaedah pembelajaran berasaskan permainan digital ini kerana ia menarik, tidak membosankan dan selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam dunia pendidikan. Secara tidak langsung kaedah pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan motivasi belajar pelajar. Oleh itu, kesiapsediaan diperlukan oleh guru, BPTV, JPN, KPM dan ibubapa bagi mewujudkan suasana pembelajaran Abad ke-21
Elemen kesihatan mental wanita bekerja di sektor perusahaan kecil dan sederhana
Kesihatan mental golongan wanita bekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu diberi perhatian kerana mereka memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada ekonomi negara serta sebagai isteri dan ibu dalam keluarga. Jika perkara ini tidak diatasi dengan efektif, negara akan menghadapi masalah kesihatan mental yang sangat kronik dalam kalangan wanita yang bekerja di sektor PKS. Impak masalah kesihatan mental bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga memberi kesan kepada orang sekeliling mereka. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen masalah kesihatan mental, faktor-faktor yang menyumbang masalah kesihatan mental dan kaedah mengatasi masalah kesihatan mental yang berkesan kepada wanita bekerja di sektor PKS. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui, kaedah Fuzzy Delphi. 12 orang panel pakar dalam pelbagai bidang yang berkait rapat dengan kesihatan mental wanita bekerja di PKS iaitu pakar psikologi, kauselor, psikiatrik dan pengurus PKS dipilih secara bertujuan sebagai sampel kajian ini. Soal selidik dengan 22 item yang menggunakan 5 skala likert dibina sebagai instrumen kajian ini. Soal selidik tersebut telah diberikan kepada pakar untuk mendapatkan aras persetujuan dari mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan penomboran segitiga fuzzy (triangular fuzzy) dan kedudukan skor (ranking) setiap item yang ditentukan oleh hasil nilai penyahkaburan (defuzzification). Dapatan kajian mendapati bahawa, konsensus pakar dalam elemen masalah kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS adalah kepada tekanan, kemurungan, kebimbangan dan takut. Kumpulan pakar juga bersetuju dengan kesemua item yang disenaraikan dalam faktor-faktor menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan kaedah mengatasi masalah kesihatan mental yang berkesan kepada wanita bekerja di sektor PKS. Konstruk elemen kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS telah dibentuk hasil daripada konsensus kumpulan pakar. Diharap kajian bukan sahaja memberi manfaat kepada wanita bekerja di sektor PKS, tetapi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat serta kepada pihak yang terlibat supaya mengambil serius berkenaan kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS ini
Penggunaan ChatGPT Sebagai Pemudahcara atau Pengganti Guru? Using ChatGPT as a substitute for a Facilitator or Teacher?
Malay:
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) khususnya ChatGPT telah membawa perubahan signifikan dalam bidang pendidikan, termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kajian ini membincangkan isu kebergantungan pelajar terhadap ChatGPT, peranan teknologi pendidikan dalam menyokong proses pembelajaran, serta impaknya terhadap bidang teknologi pendidikan dan profesion keguruan. ChatGPT menawarkan pelbagai kelebihan seperti akses maklumat segera, pembelajaran diperibadikan, sokongan penghasilan bahan pengajaran dan automasi tugasan rutin guru. Namun demikian, wujud kebimbangan berkaitan penyalahgunaan, ketepatan maklumat, isu plagiat, privasi data, serta perubahan terhadap peranan tradisional guru sebagai pendidik, pembimbing dan pembentuk nilai. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun ChatGPT merupakan alat bantu yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, ia tidak mampu menggantikan interaksi manusia, bimbingan emosi, dan nilai pedagogi yang dibawa oleh guru. Oleh itu, penggunaan AI dalam pendidikan perlu dilaksanakan secara beretika, seimbang dan berhemah agar ia benar-benar berfungsi sebagai pemudah cara yang meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, bukan sebagai pengganti guru.
English:
The rapid advancement of artificial intelligence (AI), particularly ChatGPT, has introduced substantial transformations within the education sector, including Technical and Vocational Education and Training (TVET). This study examines students’ growing dependence on ChatGPT, the role of educational technology in facilitating learning, and the broader implications for the field of educational technology and the teaching profession. ChatGPT offers notable benefits such as immediate access to information, personalized learning experiences, enhanced support for instructional material development, and the automation of routine teaching tasks. Nevertheless, concerns persist regarding potential misuse, information accuracy, plagiarism, data privacy, and shifts in the traditional functions of teachers as educators, mentors, and moral guides. The findings suggest that although ChatGPT serves as an effective supplementary tool in teaching and learning, it cannot replace human interaction, emotional guidance, and the pedagogical values that teachers embody. Consequently, the integration of AI in education must be approached ethically and judiciously to ensure that it enhances instructional quality rather than displacing the essential role of teachers
Kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional yang bermasalah pendengaran di politeknik dan kolej komuniti, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia
Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi kendiri pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran yang mengikuti program Sijil Kemahiran Khas di politeknik dan kolej komuniti. Tahap penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah serta kemahiran kebolehgajian yang dianggap penting oleh majikan industri terhadap pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran turut dikaji. Seramai 175 orang pelajar, 96 orang pensyarah dan 23 orang majikan industri terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga set soal selidik digunakan iaitu Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) bagi mengkaji kemahiran kebolehgajian,Rosenberg Self-Esteem Scale bagi mengkaji estim kendiri dan The General Self-Efficacy Scale (GSE) untuk mengkaji efikasi kendiri. Analisis statistik yang terlibat pula adalah seperti peratusan, pangkatan, skor min, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi pelbagai.
Hasil kajian menunjukkan kemahiran kebolehgajian dan estim kendiri pelajar berada pada tahap sederhana. Manakala efikasi kendiri pelajar berada pada tahap tinggi. Kajian
ini telah mengenal pasti bahawa terdapat perbezaan pada kemahiran kebolehgajian dan estim kendiri pelajar dari segi jantina dan kursus yang diikuti. Namun begitu tidak
terdapat sebarang perbezaan pada efikasi kendiri pelajar berdasarkan jantina, kursus yang diikuti dan juga pengalaman bekerja. Dapatan juga menunjukkan wujudnya
hubungan positif yang lemah pada estim kendiri dan hubungan positif yang kuat pada efikasi kendiri dengan kemahiran kebolehgajian mereka. Terdapat dua faktor yang meramal kemahiran kebolehgajian pelajar iaitu efikasi kendiri dan juga kursus yang diikuti pelajar. Kadar penerapan kemahiran kebolehgajian oleh pensyarah juga tinggi. Majikan industri pula meletakkan skor yang tinggi pada kemahiran kualiti peribadi,kemahiran asas dan kemahiran interpersonal yang menunjukkan bahawa kemahiran tersebut amat penting kepada pelajar teknikal dan vokasional bermasalah pendengaran
yang ingin bekerja.
Justeru, pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang majikan perlukan agar dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia memasuki alam pekerjaan. Para pelajar perlu meningkatkan ketrampilan diri dengan melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, kursus-kursus pembinaan peribadi dan juga motivasi agar dapat meninggikan estim kendiri dan juga efikasi kendiri pelajar. Peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pensyarah juga besar bagi memastikan matlamat ini tercapai. Oleh itu, pensyarah perlu lebih kreatif dalam menerapkan kemahiran ini dan menekankan
elemen-elemen kemahiran yang dikehendaki oleh majikan industri. Golongan berkeperluan khas ini boleh dibentuk agar menjadi aset yang boleh menyumbang kepada keperluan modal insan negara yang besar suatu masa nanti
PENGGUNAAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH ZON BENUT
Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam kalangan guru serta persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam pdp. Seramai 40 orang guru teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah sederhana. Manakala persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah positif. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai persepsi yang positif terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia namun tahap penggunaannya masih di peringkat sederhana. Ini menunjukkan bahawa inisiatif atau kesedaran dalam penggunaan ABBM berasaskan multimedia perlu ditingkatkan
KAEDAH MNEMONIK AKRONIM DALAM MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MERSING
The purpose of this study was to investigate the extent to which the use of the acronym mnemonic method can attract and improve pupils\u27 recollection of the subjects studied in Design and Technology subjects at Mersing Integrated Religious Primary School. This study uses survey method which the sample consists of 86 respondents from different sexes of three age groups; 10, 11 and 12 years. The research instrument includes a set of questionnaire containing 22 items. Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) version 22.0 is used to perform statistical analysis. Analysis data includes mean score and percentage. The results showed that the level of students\u27 interest in design and technology subjects through the use of the acronym mnemonic method was high. Meanwhile, the level of pupil’s memory also at a high level through the use of an acronym mnemonic method. This suggests that, this method is practically practiced among primary school students, as it is not only able to attract learning but also to improve the memory of the students to master a topic more quickly
Empowerment of Women\u27s Leadership Through Various Technical and Vocational Education and Training (TVET) Programmes
This systematic literature review identifies women\u27s leadership empowerment through various Technical and Vocational Education and Training (TVET) programmes. Women in leadership positions offer numerous advantages and play a crucial role in achieving gender equality and fostering a more inclusive and prosperous society. 20 articles based on qualitative and quantitative research from prominent research platforms such as Scopus, Directory of Open Access Journal (DOAJ), and Google Scholar were analysed using PRISMA guidelines. The review determines nine training programme domains and their impact on the development of women\u27s leadership, such as Change Management, Coaching and Mentoring, Conflict Resolution, Communication Skills, Gender Equality, Inspiring workers, Leading Innovation, Problem-solving, and Project Management. The findings reveal the significance of implementing and expanding specialised TVET programmes to ensure women\u27s active participation and leadership in various sectors. This study highlights the transformative potential of TVET in empowering women and calls for further research and policy development in this field.
 
IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU SOSIAL PELAJAR DI KOLEJ VOKASIONAL
Social media networks have created a phenomenon on the internet that helps maintain relationships with other users. However, in recent times there are a handful of teenagers who are too obsessed with the use of social media that result in the phenomenon of social media addiction. Therefore, this study is conducted to examine the impact of social media on student\u27s social behaviour in vocational colleges. The study was quantitative. The sample of the study consisted of 345 vocational college students. The research instrument involved a set of questionnaires that contained 41 items and used the Likert scale as a measure. The mean score analysis and standard deviation are used to see the purpose of using and the impact of social media among students. T-test is used to see the impact of social media impact on gender-based social behaviour. There are social media effects on students such as wasting time, depression and stress as students are exposed to immoral videos and pictures. Furthermore, there was no significant difference in the impact of social media on students based on student gender based on t-test. In conclusion, social media has had a negative impact on the students. Thus, high awareness needs to be applied to students to curb social behaviour problems
- …
